Wednesday, November 10, 2010

Anonymous di payabesarpedas

Akhirnya blog ini juga sudah ada pengomen yang bernama Anonymous. Dan komennya juga agak gempak. Komen yang sebegini memang ditunggu-tunggu oleh aku yang ada juga selit cerita pasal karkunisasi dalam blog ini. Jadi, sebelum aku jawab komen tersebut (KENA jawab ke, SEMUA komen?), aku tunjukkan komen tersebut kepada watak-watak yang berkaitan. Mereka semua komen sambil membaca artikel ni serentak. Amatlah susah aku nak masukkan balik rekording tu dan buat ia dalam satu presentation yang korang semua boleh paham. Cuma aku harap, korang jangan takut mengomen di setiap artikel di blog ini. Salah satu sebab kenapa entry ini dikeluarkan ialah sebagai tanda penghargaan kepada setiap pengomen (takkan aku nak cium Dark Half, Chirpy, Kak Ida dan lainlain plakkkk). I love you guys!



Alhamdulillah, setelah bersendirian selama 15 minit dan setelah anak-anak dengan mak-maknya tidur, aku memaksakan diriku menulis artikel ini. Aku amat hargai sesiapa yang baca entry ini sampai habis the first time they saw it. Bismillah..

--------------

Sesampainya di rumah brader, aku tengok diorang sumer (Atan, Abu, brader bus stand dan abang karkun) tengah lepak layan Supernatural kat TV. Siap ada air dan jajan lagi atas meja. Amender la diorang ni. Nama jer pakai ketayap ke hulu ke hilir. Layan Supernatural tak ajak aku!



Lepas abis siri kali ini, kami sependapat bahawa SuperNatural semakin menampakkan dakyahnya. Kami sependapat SuperNatural kena tunjuk warning 18PL sebelum ke udara takut orang yang akal setengah buat kongklusi yang salah pasal realiti dan Allah.



Setelah perdebatan kami reda, aku keluarkan laptop sebab nak tunjukkan satu page dalam blog aku yang aku nak mintak pandangan mereka sebelum berkata-kata. Aku pun tunjukkan komen mamat anon kita ni tadi...Berikut adalah katakata mereka:



Abu : Memandangkan komen ni ada kena mengena dengan karkun, aku serahkan maikrofon kepada abang karkun.

(kami semua memandang abang karkun)



Abang karkun: Apahal pulak? Karkun jer aku. Tablikkk jer, aku. Korang pun karkun jugak...Korang keluar jugak, apa?

(dalih abang karkun sambil buat memek muka. Brader tersenyum melihat gelagat seorang yang selalu jadi amer dalam jemaah kami ni instead of dia)



Atan : Betulla tu, bangg. Dah-dah. Iwan baca, abang komen dulu, pastu kami topup laaa. Siannn, si Iwan susah payah bawak laptop.

(aku buat muka kesian. Brader bus stand mengacah nak tujal bahu aku. Aku mengelak. Brader buat isyarat: mula lah!)



Aku: Kita semua maklum akan soalan kubur, yang mana diajukan oleh mungkar n nakir. Sapa Rob, nabi, kitab pegangan, saudara dan kiblat kamu? Semua ni soalan bocor tapi yang jawab nanti bukan hafalan pada lidah dan akal, yang jawab tu bukti amal yang dibuat harihari.

(aku pause dan pandang abang karkun. Kami semua pandang abang karkun. Abang karkun buat muka blank sambil angkat bahu)



Abang karkun: Nak kena komen setiap perkataan ke? Mutajim ke apa ni?
(kami semua ketawa. Aku rasa cam this is a bad idea. Diorang ni tak ambik serius)



Brader : Memang betul kita dah tau jawapan bocor. Tapi adakah amalan kita ni benarbenar MEMBANTU kita nantik? Ntah-ntah kain buruk buat lempar kat muker jer.


Atan : Lagi malanglah kalau diorang takde kain buruk pun.

Abu : Ntah-ntah asbab kain buruk tu pulak kita singgah kat neraka. Nauzubillah

(kami pandang abang karkun sebab turn dia pulak bagi komen)

Abang karkun: Ayat ni takde kena mengena dengan karkun, pun?

(kami semua menujal bahu abang karkun. Dia ketawa)



Aku : Dalam amalan maqami/2.5jam terkumpul semua jawapan. Jumpa jiran tunaikan hak saudara sekalimah, ceritakan kebesaran Allah, ajak fikir samasama tentang perkara yang haq yakni pentingnya iman amal, pesan memesan tantang hidupan yang sementara..ajak diri, keluarga dan jiran untuk makmurkan masjid. semua ni nabi buat. Semua kisah2 nabi Inilah penyaksian yang nabi2 buat.




Abang karkun : Haaaa..Nilah jawapan kepada semua perbincangan korang tadi.
(Abang karkun buat muka puas hati)



Brader : Adakah ini maknanya semua orang kena keluar tabligh?

Abang karkun: Takdelar. At least kepada yang tak mampu tu, support jemaah dan fikirmen buat usaha makami pun dah cukup. At least ada gak benda nak claim kat mahsyar nantik.

Aku : Adakah kita buat semua ni sebab nak claim atau nak lepas soalan dalam barzakh?

Abang karkun : Kita buat ikut tahap keikhlasan, laa. Ada yang buat sebab nakkan khasiat dunianya. Ada yang betulbetul sebab nak tolong Baginda SAW. Ada yang sebab nak selamat di sana...(katakata abang karkun disampuk)

Abu : Ada juga yang tak tau dia tengah buat apa dalam usaha.

Atan : Atau sekadar mengikut atau terperangkap sebab dia selalu tumpang kereta atau satu ofis dengan karkun.

(kami semua ketawa dan meneguk minuman sambil mempersoalkan niat kami sendiri kerana terlibat dalam usaha)



Aku: Kita tau, tapi masalahnya kita TAK YAKIN LAGI, pasal apa? Kita jauh daripada zaman Rasulullah SAW, jadi, amalan agama dah jadi asing pada akhir zaman; baca quran, solah berjemaah, zikir, sunnah org sekarang kurang amal, apa lagi usaha ziarah, asing aneh dan pelik tapi padahal itu sunnah nabi SAW yg paling besar dalam dakwah..



Abang karkun : Dakwah itu tulang belakang agama. Ghash itu tulang belakang dakwah. Satu peringatan yang bagus.

Abu : Budak ni mesti selalu kena bagi adab ghash, ni.

(kami ketawa lagi sebab teringat peristiwa Atan kena bagi adab ghash tapi akhirnya masa nak ghash tinggal 10 minit ajer sebab semua orang sibuk nak betulkan ATan)



Aku : "Lagi malang kalau yg TAK YAKIN TU adalah karkun2.. karkun yang tak yakin lagi dengan usaha ni, dia pun tak kan daapat hidayah. Ini semua orang-orang alim kita yang bagitau nih"

Abu : Eh? Dia baling batu dan tuding kat ulamak, nampakkkk.

Atan : Ketepek! kena sedas kat muka sendiri.

Aku : Mamat ni cakap pasal aku, ni...

Abang : Karkun dah dapat hidayah. Sebab tu dia karkun. Cuma dia kena kekal dan gilapkan hidayah tu agar ia berguna untuk dirinya dan orang lain.

Brader : Orang amal usaha bukan sebab nak yakin dengan usaha. Usaha tu adalah ALAT untuk YAKIN kepada Allah. Sama cam method zikir beribu-ribu kali sebagai method nak YAKIN kepada Allah. Cuma USAHA itu adalah tool yang PALING SENANG yang boleh dilakukan oelh SEMUA LAPISAN ummat Islam, tak kira pemahaman atau background macam mengajar agama atau menjadi pengkaji.



Aku: "Setelah siapnya Kaabah, Allah perintahkan nabi ibrahim untuk menyeru (berdakwah) tapi pada ketika itu yang wujud cuma lah gurun yg luas dan takde orang. Nabi ibrahim pun tanya


"Wahai Allah bagaimana nak seru manusia datang ke rumahMu padahal sekeliling takde sapa.." Allah jawab:






"Engkau cuma laksanakan perintahKu, yg MENYAMPAIKAN adalah Aku"



Abu : Ni nak kasi argument dia ada isik la niii...

Abang karkun : Ader pulak. Dia kongsi satu cerita betapa pentingnya usaha menyeru manusia kepada Allah tu, tak kira ada pendengar atau tidak sebab perbuatan menyeru kepada Allah itu adalah asbab keselamatan dan rahmat dari Allah.

Atan : Oh? Ye ke? Mana lagi afdal? Taat pada mak yang suruh kita pergi beli minyak masak atau pegi nusrah ghash jemaah yang keluar di tempat kita?

Aku : Taat pada mak!

Abang : Join ghash

Brader : Solat istikharah, buat keputusan dan tengok tanda-tanda. Perbetulkan tindakan jika tersalah.
(Atan dan aku menggaru kepala kami)


Aku: "Maka seruan nabi ibrahim Allah sampaikan kat alam roh, yang mana sebanyak mana banyak roh jawab seruan tu, sebanyak itu nanti dia tunaikan haji"


Abang karkun : Aku rasa aku ada dengar ni dalam bayan mana-mana...
(kami semua tersenyum dan menjauhkan prasangka buruk)


Aku: "Macamtu jugak usaha karkun. Dia cuma buat je keje, niat kerana perintah Allah. Percakapan lidah karkun sedikitpun tak mampu bagi hidayah, hak MUTLAK bagi hidayah kpd manusia dan jin adalah Allah. Kita bergerak je, Allah akan buat segalanya"




Abang karkun: Makhluk takde kose, Allah ajer berkuasa.

Brader : Hidayah Allah bagi, tapi kita kena buat ASBAB supaya hidayah itu dikurniakan.

Atan : Hidayah kena ada asbab ke?

Abu : Benda mahal, mestilah ADA harga, nya

Abang : Kengkadang, hidayah tu turun gak, tapi bukan kepada kita.

Aku : "Masalahnya datang bila karkun perasan dia yg boleh bagi hidayah. Ini bahaya.."






Abang dan brader: BENARRRRR

Atan dan Abu: Subhaaaaanallahhhhh



Aku : "Hidayah ni ramuan dia 3 perkara: 1. Mujahadah 2. Pengorbanan 3. cara nabi saw"

Brader: Ini untuk yang MEMINTA hidayah. Ada gak orang yang DAPAT hidayah yang hakiki setelah buat sesuatu yang Allah suka.

Atan : Macam Malik bin Dinar tu ke?

Abu : Atau Zun Nun?

Aku : Apa maksud MEMINTA hidayah? Bukankah ia perlu dipinta?

Brader : Orang Islam sudah ada cahaya iman. Kadangkadang dia tau cahaya imannya malap. Maka dia pun MEMINTA HIDAYAH.

Kami : OOOhhhhh.



Aku: "Kita masih teraba-raba, tak nampak perubahan, teragak-agak dan mainmain lagi maka kehidupan kita Allah pun main mainkan. Kata orang lama, ambik pil, tapi racun dia nak telan jugak.. mana boleh sembuh"



Brader : Maha Suci Allah dari apa yang mamat ni perkatakan. Aku rasa, pernyataan ini hanya benar kepada mereka yang pernah BUAT KEPUTUSAN saja. Ada gak yang dok ikut tabligh tapi sebab makbapak dia tabligh, atau member dia tabligh, atau sebagainya, tapi hidup OK jer? Takde pun kena uji cam sesetengah karkun yang lain?

Abang : Ayat mula tu ayat provo jer tu. Dia nak leverage quote katakata orang lama tu.

Atan dan Abu: Tapi kami sebagai perokok amatlah terasa

Brader : Kalau camtu, aku yang tak isap rokok tapi yang mengumpat, mengadu domba dan makan riba ni lagi terukk...

Abang : Semua orang ada masalah sendiri. Tapi orang yang berjaya ialah orang yang ada terfikir dan risau dengan keadaan imannya. Maka dengan ada budaya tabligh, mudahlah mereka nak recharge. Takdelah nak kena join tarekat atau usrah atau lain-lain yang inward tu...

Aku : Saya tak telan racun. Saya cuma isap ajer...

Aku: "Keyakinan, kesan dan perubahan akan dtg dlm kehidupan bila kita buat keputusan. buat keputusan jadikan dakwah dan hidupan amal agama cara nabi sebagai maksud hidup"



Abu : Tipikal karkun. Nak tasykil orang la tu.

Atan : Dia suruh buat keputusan, laa..
Abang : Ahhh..Cakap pandai laa.. Tapi bila ada jemaah yang datang tempat sendiri, usahkan nusrah, iktikaf malam-malam pun taknak.

Brader : Bila dah buat keputusam. Maka ujian akan bermula. Ia bermula dengan dilema. Kemudian keterdesakan. Kemudia kesempitan. Kemudia penyisihan. Malangnya aku tengok, ahli jemaah ramai yang kantoi sebab tak support each other time karkun lain dalam memerlukan. Sebab mereka sendiri tak percaya dengan dengan solat selesai masalah. Yang percaya pulak, leka dok dengan jaws dia sampai tak pedulik sangat keadaan keluarga dan emosi karkun lain, selain mencari orang yang sanggup sambut takazah yang dia bentangkan. Lastlast, jemaah jadi berpecahbelah dan takde semangat.

(kami semua merenung brader bus stand yang bunyi komennya tadi cam perliiii jer? Dia jarang perli-perli kalau tak penting)



Aku : "Org yg usaha atas kesolehan dan taqwa di atas jalan Allah dan Rasul, maka Allah sendiri akan bertangunggjawab uruskan kehidupan dia"




Brader : Dah tu, bila ada sedara yang monyok dan sedih jer, bukannaya nak ambik tau atau nak menghulur seketul dua. Diorang larikan topik dengan niat diorang pun susah sambil serahkan sedara yang tersepit tu tadi bulat-bulat kepada Allah. Takde lah terdetik nak jadikan diri ni asbab kepada Allah yang menguruskan kehidupan orang yang Dia suka tu...

Abang : Weii bro...Luahan hati nampak?

Abu : Tah. Lain macammm jer bunyi nyer ni?

Brader : Ntahlah. emo aku bila ada orang cakap benda yang dia sendiri tak caya ni. Cakap tawakal tapi masih harapkan gaji bulanan dan bergelumang dengan riba.

Atan : Brader, hutang brader tu, nantik saya bayar la...

(kata Atan sambil memegang bahu brader. Atan buat muka bersalah. Brader merangkul kepala Atan. Kami semua ketawa sebentar dari ketegangan)



Aku: "Satu lagi pesan; bab menyentuh tasawuf atau ilmu macam blog tajuk pasal saksisaksi nih, banyakbanyak la jauhkan daripada RIWAYAT PARA KARKUN. Karkun pun banyak gak kelentong. Maka rujuklah dengan pemahaman ulama2."

Abu : Kalau camtu, semua hujah dia takbley pakaila. Sebab dia karkun dan dia mungkin kelentong?

Atan : Bukan camtu, lah Stephen Hawking oiii..

Brader : (tersenyum. Dah kembali ke normal agaknya)

Abang : Dia cakap jangan sebarkan sangat cerita lagenda yang diborakkan dikalangan karkun...

Aku : Saya percaya, samada benda tu betul atau tidak, bila ia sudah sampai ke saya, maka saya kena ambik pengajaran dengannya sebab setiap kejadian di alam ini adalah perbuatan Allah dan Allah tak buat sesuatu dengan siasia. Subhanallah.




Aku : "Lastly ana mintak maaf kalo kasar dalam komen ruangan blog anta, OK? Just to let u know i'm one of your fan, ok bro. Blog anta memang reminds me of life para karkun. 2thumbs up"




Atan : Ni puji ikhlas ke, tidak ni? Cam double meaninggg jer?

Abu : Prasangka baik jer lerr.

Abang: Elleh..taktik ni. Dia dah sound kau 30 kali, pastu dia kasi kau chan nak sound dia sekali. Ni nak cover balik la niii..



Aku: Tapi saya masih tak nampak mesejnya. Atau dia menjawab soalan saya dalam entry ni. Ke saya yang tak paham? Jawapan abang-abang semua pun tak membantu...

(Atan, Abu, brader dan abang karkun menujal mana-mana anggota badanku yang tercapai dek mereka.



Semoga si anonymous tidak rasa tergempak atau tercabar dek entry kali ini. Aku tekangkang sekali lagi: tabligh dan karkunisasi adalah salah satu episod dalam perjalananku ke arah Nya. Aku belum bersedia untuk menjadikannya SEGALAGALANYA. Tapi aku memang SUDAH BUAT KEPUTUSAN.

19 comments:

± said...

byk yg tersurat dan tersirat.dalam btol bahasa karkun2.aku faham je sket2.nak tengok ade komen balas tak dari incik anon

~* chirpy_chummy *~ said...

banyak terms yg chummy x paham..ghash tu ape? byk 8celi..tp tny satu je la dulu..hee~ *malu gok ckit2..tp nk tau..

Irwan said...

ghash: ziarah petang-petang dari rumah ke rumah

karkun: orang yang pernah keluar tabligh

fikirmen: think tank dalam jemaah tempatan

tabligh: menyampaikan

Anonymous said...

Atan : Oh? Ye ke? Mana lagi afdal? Taat pada mak yang suruh kita pergi beli minyak masak atau pegi nusrah ghash jemaah yang keluar di tempat kita?

Aku : Taat pada mak!

Abang : Join ghash

Brader : Solat istikharah, buat keputusan dan tengok tanda-tanda. Perbetulkan tindakan jika tersalah.
(Atan dan aku menggaru kepala kami)
- JOS BIARLAH DENGAN HOS (KEBIJAKSANAAN) kata almarhum said ahmad khan rah. Ikut la ilmu, mana perintah allah n larangan Allah pada setiap masa n keadaan mengikut ketentuan dgn cara nabi saw. Ilmu bukan untuk menghukum org, tapi sukatlah diri setiap masa n waktu, adakah kita dah sukakan Allah?.

Anonymous said...

Brader : Bila dah buat keputusam. Maka ujian akan bermula. Ia bermula dengan dilema. Kemudian keterdesakan. Kemudia kesempitan. Kemudia penyisihan.


Boleh ke agama diusahakan dlm diri dengan berlenggang pinggang? Kalau boleh aku pun nak gak, tlg ajarkan…
Dunia ini macam roda. Sekejab naik dan sekejab turun, ada susah ada senang, ada lapang adakala sempit, kejab bahagia kejab sedih dan sebagainya. Mahu ke tak Semua manusia samada yg kafir ataupun yg beriman sekalipun akan menghadapinya. Itulah DUGAAN dan UJIAN

Almarhum maulana umar palanpuri (semoga Allah sinari kuburnya dgn Nur) bagitau Ada 3 jenis org yg hadapi dugaan n ujian dalam hidupan, sekalipun karkun dlm buat usaha.
1.ada tiket – dia akan berusaha dan bertahan sehingga bertemu dgn Allah
2.ada ½ tiket – akan berusaha dalam urusan dunia dan masalahnya. Tapi bila urusannya Allah penuhi maka org ini akan berhenti.
3.takde tiket – dia berusaha tetapi bila ditimpa sesuatu masalah, dia akan melompat keluar daripada gerabak
Org mukmin adalah jenis org yg pertama, yg akan kejar tiket..
Yg membezakan org mukmin dgn yg org lain, adalah kesan daripada mujahadah yg dilaluinya dlm hidupan.
Dalam usaha agama ni, org dah benar2 buat KEPUTUSAN UTK USAHA AGAMA sememangnya tahu dirinya akan berhadapan dgn dilemma+keterdesakan+kesempitan. Itu namanya mujahadah..
Nak hadapi mujahadah hidupan inila kene ada TAHAMUL, yakni kesabaran dan ketahanan..mujahadah tapi takde tahamul, takkan jadik, yg jadik tu putus asa, mempersoalkan Allah, “slack” pun datang. Nauzubillah.…itu lah yg membezakan antara mukmin dan kafir. Org yg bergelar karkun, pasti kena sisih, kena pulau kena fitnah kena cacian oleh keluarga, masyarakat sekalipun dgn yg tercinta. Kene cop SESAT itu perkara biasa.
Tapi kalau karkun itu berjaya dlm mujahadah dgn benteng tahamulnya,
Perkara yg paling mahal sekali Allah bagikan kpd karkun/org yg bermujahadah sambil istiqamah dalam tahamulnya adalah,
Allah tanam KEYAKINANnya hanya dlm agama. TAWAKUL N TAWAJUH hanya pada Allah
Inilah yg telah jadi dlm kehidupan nabi saw dan para sahabah ranhum. Penjelasan riwayat kehidupan mulia mereka ini ada dalam kitab hayatus sahabah karangan hazratjee maulana yusuf kandhlavi, adalah utk kita lebih2 karkun ambik iktibar, muraqabah dan teladan dlm kehidupan harian kita. Cermin hidupan karkun bukan pada karkun-karkun, tapi pantulan hidupan sahabah r.a. dgn niat begini kalau kita betulkan agama dlm diri dgn sukatan riwayat para sahabah ra, agama akan maju dlm diri.
Org lama kita di nizamuddin bagitahu, yakin lah bila kita tahamul atas sebarang mujadahah dlm kehidupan lebih2 lagi dlm usaha agama, 4 perkara akan datang..
1.Rahmat Allah
2.kirafah atas segala dosa dosa
3.dinaikkan darjat oleh Allah
4.Hidayah akan diturunkan

Anonymous said...

Memang berat, ana pun takda lagi hakikat perkara ini, tapi kene ingat bukan anta sorang je yg sedang diuji kesusahan dpd Allah. Ulama2 kita di sri petaling bagitahu, kalau Allah cintakan satu hambaNya, dia akan datangkan kesusahan dalam hidupan hamba itu. Pada awalnya bila ditimpa masalah, dia akan cuba2 belajar tangani masalahnya dlm beramal. Lumrah manusia nih, bila susah je BARU INGAT ALLAH. BARU nak datang kpd AMAL.
apabila Allah nak terima hambanya dlm usaha agama, maka Allah campakkan kerinduan n kemanisan hidupan hamba itu hanya dalam beramal, sbg asbab taqarrub kpd Allah. BILA dah TAQARRUB dgn ALLAH Ketenangan hamba itu hanya dalam beramal, hamba itu tidak akan tenang melihat dirinya dalam dunia dan ke”material”an.
Masa uji dan kesusahan ini la tawajuh kita kepada Allah tak macam org lain..Beramal menjadi manis…Tawajjuh n tawakul jadi asbab kekuatan untuk menyahut seruan tahajud, menangis merayu depan Allah menjadi satu kecintaan. Keasyikan membaca Alquran mengatasi segala keagungan. cinta menyeru yg lain utk datang kepada yg Dicinta. Cinta kepada bertasbih kpd yg Maha Mendengar. Kalau character mcm brader busstand n abg karkun tu, Mustahil anta tidak melalui perkara ini kalau anta sorg karkun..
Aku mencintaimu ya Rasulullah – kata sorg sahabah ra
Kamu fikir benar2 akan apa yg cakapkan – Rasulullah SAW
Aku mencintaimu ya RAsulullah ( 3kali) – jawab sorg sahabah
BAIKLAH jika benar kau mencintaiku, maka tunggulah KESUSAHAN akan datang seperti air yg turun dari LEMBAH – Rasulullah SAW.

Anonymous said...

BRADER….Malangnya aku tengok, ahli jemaah ramai yang kantoi sebab tak support each other time karkun lain dalam memerlukan. Sebab mereka sendiri tak percaya dengan dengan solat selesai masalah. Yang percaya pulak, leka dok dengan jaws dia sampai tak pedulik sangat keadaan keluarga dan emosi karkun lain, selain mencari orang yang sanggup sambut takazah yang dia bentangkan. Lastlast, jemaah jadi berpecahbelah dan takde semangat.

Kalau watak mcm ATAN n ABU tu ana tak heran . tapi Yg ini adalah jawapan yg TAK sepatutnya keluar daripada mulut wali Allah/org lama

Apa yg terjadi, sedang terjadi, akan terjadi, semuanya dengan IZIN ALLAH. Apa yg terjadi keatas org beriman samada baik atau buruk, lebih2 lagi keatas daie, pasti dan pasti Allah letakkan kebaikan disebaliknya.
Bukan je tempat anta berlaku perkara2 mcm nih, seluruh usaha tempatan maqomi seluruh alam karkun terjebak dgn masalah2 buat usaha tak ikut tertib n asyk nak pecahkan hati org lain.. ana sendiri pun hadapi benda nih.
Tapi ana nak ajak diri kita semua pandang perkara ini dgn hanya kaitkan dengan diri kita sahaja. Pasal PERTAMA, usaha agama ini usaha JAGA HATI diri masing2 dulu. untuk btanggungjawab atas bahu org lain adalah perkara KEDUA.
PASTI DAN PASTI akan terjadi perkara2 yg mana kita berhadapan dengan tabiat buruk, kelemahan, kesilapan, kejahilan dalam satu suasana, individu, sesuatu perkara...karkun jos ka, slack ka, itu hal dia dgn Allah, bukan hal kita. Hal2 keyakinan tu bukan jadi hak kita utk menghukum. Hal2 KEYAKINAN itu muhasabah hati diri, tanya diri kita HARI2 dulu. utk Kene ingat apa yg terjadi tu semua Allah yg wujudkan. Bukan karkun, bukan makhluk. Allah wujudkan malah utk DIA tengok diri kita.
Bila benda2 macam ni berlaku syaitan pandai dia akan tekan kita, daripada ambik iktibar utk islahkan diri, kita pun dah start MENGHUKUM, akan terjadi 2 perkara yg amat kritikal sekali.
1 TABAH HATI atau
2 MAKAN HATI.

Maka ketika MENGHUKUM tu, ALLAH PANDANG HATI KITA. Ketika itu apakah bicara n sangkaan hati? Yg 1 ke atau 2?

Anonymous said...

4 perkara mesti dilihat untuk maju dlm tarbiyah, usaha agama dna hasilnya DICINTA ALLAH
1. lihat keburukan amal yg ada pada diri kita
2. lihat kelemahan iman yg ada pada diri kita
3. lihat kebaikan orang sehingga tiada masa nak lihat kebaikan diri
4. lihat kelebihan org sampai tiada masa utk lihat kelebihan diri

Kalau ada 4 perkara ni ada dlm diri maka org inilah TABAH HATI mahal beb. (dlm diri ana takda lagi ampun ya Allah)

Maka kalau ada karkun yg langgar usul, josh, slack, tak ikram keluarga, dia akan :

DOAKAN DIRI SENDIRI
- Ya Allah, jangan kerana beliau melanggar usul, maka saya bersangka buruk dan membencinya

DOAKAN UNTUK INDIVIDU ITU
- Ya Allah berilah taufiq dan hidayahMu agar beliau dapat mengikut usul, dan ubahkan dirinya lebih baik dpd saya.

Anonymous said...

(kami semua ketawa dan meneguk minuman sambil mempersoalkan niat kami sendiri kerana terlibat dalam usaha)

Mianji zuhar azmad DB bagitau, 3 jenis orang yg suka buat usaha agama
1. TALIB – suka belajar dan niat belajar
Inilah ada pada diri sahabah RA, padahal semuanya sahabah RA adalah alim dalam agama. Hakikat, makrifatnya Pandai pun tapi, buat2 diri tak tau. Bukak hayatus sahabah dlm fadhail amal maulana zakariya kandla, kisah Ubay bin Kaab RA ditanya Nabi SAW. Wahai Ubay, manakah ayat al-quran yg paling agung sekali? Apa jawab Ubay?
“ALLAH DAH RASULNYA LEBIH MENGETAHUI.”
Cerita selanjutnya, bukak la kitab taklim tu n niat terus hidupkan taklim rumah.
Dengan niat belajar, kalau dia buat salah dlm usaha agama, Allah akan bantu n perbetulkan langkah2 kesilapannya. Macam sorg murid bila baru belajar satu perkara dan dia buat salah, cikgu tak rotankan dia atas kesalahan dia, malah cikgu dgn penuh kasih saying akan bimbing, ajar sampai murid itu dapat kefahaman yg betul.
Kesan TALIB – org ini akan maju dlm agama. Berbalik dgn kisah NIAT yg betul, 3 perkara dalam diri org yg Allah mahukan KEBAIKAN baginya
1. dipandaikan n faham dalam agama
2. Dizuhudkan pada dunia
Dilihatkan kekurangan diri

Anonymous said...

2. QANIK – rasa cukup, niat takda nak belajar – tak kemana
NABI MUSA as, ditanya oleh kaumnya “sapa yg paling bijak sekali di dlm dunia ini sekarang ya nabi musa?” nabi musa as jawab aku (baginda as jawab bukan atas dia mengetahui dirinya paling bijak, cuma baginda as berpendapat dirinya adalah kalamullah. Kalau tak tau, tanye je Allah direct atas sesuatu perkara).
Kerana jawapan itu ALLAH menegur, bukan dengan firmanNYA, tapi dgn kaedah dibayan hidayahkan utk bertemu dgn NABI KHIDIR as. Pendek crita, baru je 3 ujian n dugaan bersama nabi khidir, nabi musa dah out. Sebelum tangguh, maka ditanya nabi musa apasal dia buat perkara dlm 3 ujian tu, lepas nabi khidir bagitau karkuzari, barula NABI MUSA faham dia tak kemana. ILMU KHIDIR lebih esoteric n complex dpd nabi musa as, salah sorg nabi ULUL AZMI. Itulah kaedah islah Allah bagi kat nabi musa as, bersuhbat dgn nabi khidir, tak banyak cerita ttg nabi khidir as kecuali yg ini dah la detail lagi tu(padahal pada nabi khidir as riwayat hidupnya banyak rahsia). Allah abadikan kisah ini dlm alquran sampai kiamat utk kita ambik iktibar berkenaan dengan NIAT QANIK nih. Satu org wali, bahkan SORG NABI ULULAZMI sekalipun terdetik niat macam ni, dia takkan kemana

3 NAQIB – suka mengkritik
Makhluk yg paling bijak, mulia, dilantik sbg imam kpd malaikat 7 petala langit 7 petala bumi sekalipun, bila dah rasa diri bagus sangat – dalam bahaya
Nak crita pasal azazil ni panjang.. maulana ubaidullah rah bagitau, Saat malaikat2 mengetahui dlm lauh mahfuz ada makhluk hina, semua mereka mintak kat azazil buat doa perlindungan utk mereka. Azazil berdoa, tapi tak LUPA nak doa utk diri, malah dlm doanya azazil melaknat makhluk yg disebut hina dlm lauz mahfuz. So datanglah hari dimana Allah perintah semua utk sujud kpd jasad Adam as. Semua tunduk n patuh. Kecuali Azazil.
org2 tua bagitau Allah BELUM melaknat Azazil lagi ketika dia tak SUJUD, Allah maha adil maha penyantun. Allah bertanya kpd Azazil kena dia tak sujud?
(Allah maha mengetahui).

Anonymous said...

Dgn meRENDAHkan, mengkritik Adam as, azazil cakap
- DIA dperbuat dpd tanah, aku daripada api, AKU lebih baik lagi dpd dia!
KETIKA LAFAZ ITU terlepas, maka Allah LAKNAT azazil bukan kerana keingkaran,
TAPI sifatnya NAQIB. Suka merendahkan yg lain n perasan diri sempurna.
2 natijah jika usaha agama, dibuat tidak diniatkan utk BAIKI DIRI dan BELAJAR
1. kita akan kecewa putus asa dan marah bila org tak mahu terima usaha kita
2. kita akan ujub, kibbir dan takabbur bila org terima usaha kita.

Maka untuk menjauhi kemalangan mcm AZAZIL aka IBLIS, kena ada 4 semangat disemaikan dalam hati dgn niat belajar sampai MATI….
1. semangat mendengar
2. semangat belajar
3. semangat menyampaikan
4. semangat mengamalkan

bila mcm ni, almarhum hadratji Innamul Hasan bagi tau, 5 kesan akan datang.
1. KEYAKINAN jadi betul
2. AMALAN jadi mudah
3. CARA HIDUP lebih suci murni
4. AKHLAK bertambah murni
5. MUALAT menjadi betul

Saya bukanlah orang yg baik baik..tapi saya sukakan orang yg baik baik..saya harap saya menjadi orang yang baik baik…tuan doakan saya agar menjadi orang yang baik baik..

Anonymous said...

Abang : Semua orang ada masalah sendiri. Tapi orang yang berjaya ialah orang yang ada terfikir dan risau dengan keadaan imannya. Maka dengan ada budaya tabligh, mudahlah mereka nak recharge. Takdelah nak kena join tarekat atau usrah atau lain-lain yang inward tu...

ustaz makruf jitra cakap, nabi2 as bergerak atas tiga perkara
1. dakwah
2. ilmu
3. tazkirah

masalah org sekarang, termasuk karkun2 sendiri buat tabligh tapi tak jaga amalan infradi sangat, bahkan merendah2kan tariqah. Padahal org2 tua kita semua yg dlm usaha dakwah ini rata2nya dapat kilafat atas 4 turuqah. Naqshabandi, surhawardi, chishti n qadiriy. Dalam fadhlat amal bab solah2 ahlullah, rata2nya rampaian kisah ttg sifat2 solah wali2 Allah. Solah mereka hakikat ehsan, dgn perantaraan dzikirullah. Kalau bukak buku fadhilat amal, banyak kisah2 ttg kehebatan amal n tazkiyatun nafs para masyaikh tariqah2 terdahulu. Amatlah pelik, karkun yg buat usaha yg tawajuh benar dgn amalan taklim tapi meremehkan tariqah2. Hadratji Maulana iylas rah, maulana zakariyya rah, hadratjie innamul hasan bahkan anaknya maulana zubair db tu khalifah tariqah atas 4 turuq yg umum ini, Cuma usaha dakwah ini lebih akrab dengan amalan chishtiyyah. Asas Rohaniah usaha tabligh ini bergerak dgn amalan tariqah chishtiyyah sabiree imdadiyyah. Maka secara automatiknya, bila karkun jaga amalan infradi yg telah digariskan oleh org2 tua kita, kita dah beramal dgn amalan tariqah tapi pada peringkat “LAYMAN/BEGINNER”. Bila jiwa rasa sedap tenang dgn dzikirullah, maka ulamak dakwah kita sarankan penting utk CARI MASYAIKH yg ADA FIKIR DAKWAH utk islah nafs. anta lebih tau lah apa nak buat, artikel pasal tariqah pun melambak gak dlm blog anta. Kalau nak cari masyaikh yg dekat dgn kita di Malaysia ni yg buat tabligh, jumpa la maulana johari jerantut db, selain menjadi sorg syura, ulama fuqara dan mudir madrasah, beliau adalah khalifah 4 turuqah silsilah. Kalau turun ke markaz tomboro Indonesia, carila kiyai khuzairon db. Sama mcm maulana johari, tapi beliau adalah amir syura Indonesia. Daripada silsilah sunan nampel, beliau adalah keturunan yg mulia yg ke 16 atau 17, khalifah, suyuth naqshabandiah qolidiah. kalau turun ke India nizamuddin, cari la maulana zubair db, beliau adalah khalifah 4 silsilah tapi lebih kpd suyuth chishtiyyah. Kalau turun ke raiwind carila maulana nazlur rahman, beliau adalah zakirin markaz raiwind dan terkenal dgn rohaniah jazbah solahnya. Kalau bayan pasal tasawuf, menusuk hati..beliau adalah khalifah dzikir yg lebih kpd naqshabandiah mujaddidiyyah.

Anonymous said...

Buat dakwah tapi tak buat tazkirah, TAK JADI. tak datang la TAZKIYATUN NAFS. Jos kosong. Zikir paling layak buat umat akhir zaman ini, BANYAK2 ISTIQFAR. Pas anfas – istiqfar nabi yunus. Paling sedikit 100kali pagi petang. Durud shareef selawat nabi saw – 100kali pagi petang. Tahmid, takbir, tahlil, 100kali pagi petang.
ZIKIR TAPI TAK BUAT DAKWAH, yakin tak soleh terpacak sangat, zikir jadi adat n dikhuatiri ghaflat, zikir utk keramat, taksub dgn sheikh yg dikhuatiri seterusnya syirik asbab ketaksuban syeikh. Salah amal, makan diri…
Jadi penting buat dakwah, bergerak amalan kerohanian tasawuf. Nabi saw pagi harinya ghash terjun dlm lautan umat (Dakwah), malam harinya bangkit ghash memohon rayu depan Allah(ibadat zikir). Maka dakwah, tazkirah, ilmu bergerak serentak dgn satu landasan. Laaillahailallah muhamaddar rasulullah.

Banyak mana pun amal, dakwah, hebatmana pun blog, perkara2 kita kena akui selepas beramal baik berdakwah atau dlm ibadat. (saidina umar ranhu)
1. usaha kita banyak kekurangan
2. usaha kita itu banyak kesalahan
3. ianya adalah TAUFIQ dpd Allah
4. belum tahu lagi adakah amal itu diterima Allah atau tidak
5. SEMUA amalan kita terhapus dengan NIKMAT allah di akhirat.
6. KITA belum tahu timbangan baik atau buruk berat di akhirat.
Jadi kenapa mesti beramal? BERAMAL kerana nak tarik EHSAN, KESIAN ALLAH.
Dgn KESIAN n EHSAN ALLAH je kita di RAHMAT ALLAH.
Ya Allah bantulah, tetapkanlah, berilah kemanisan kpd kami dgn amalan2 yg engkau redhai.
Semoga Allah kurniakan istiqamah dan istiqlas dlm usaha

Anonymous said...

Brader : Maha Suci Allah dari apa yang mamat ni perkatakan. Aku rasa, pernyataan ini hanya benar kepada mereka yang pernah BUAT KEPUTUSAN saja. Ada gak yang dok ikut tabligh tapi sebab makbapak dia tabligh, atau member dia tabligh, atau sebagainya, tapi hidup OK jer? Takde pun kena uji cam sesetengah karkun yang lain?

Bergantung dgn amalan masing2. amal baik, HAYATAN TAIYIBAH. Kalau amal baik tapi dtg kesusahan, SAAT UJIAN utk TINGKATKAN DARJAT dan QABULIAT ALLAH dlm usaha. ATAU ada buat DOSA asbab nafsu, tabiat buruk yg tak dapat lagi ditundukkan.. Selebihnya FIKIR atas diri sendiri. BILA dah buat KEPUTUSAN, banyak2 mohon dpd Allah supaya tak diuji dgn DUGAAN ditahap luar kemampuan kita. Slebihnya PAS ANFAS –“ ALLAH MAHA ADIL”. Surah albaqarah yg terakhir.

Anonymous said...

Abang : Ahhh..Cakap pandai laa.. Tapi bila ada jemaah yang datang tempat sendiri, usahkan nusrah, iktikaf malam-malam pun taknak.

Kalau anta ikhtimam dgn usaha ini, takda masa nak tunggu2 org lain, anta akan jadikan diri sbg org pertama utk sambutkan takaza agama kerana anta FAHAM agama ini adalah AGAMA SAYA. Bukan AGAMA org lain, tak perlu tunggu org lain.

BILA SAYA RASA AGAMA INI SAYA PUNYA, anta ada bayangan sahabah ra, jadikan diri sbg org pertama sambut takaza. Dan anta akan buat 3 uslub kerja utk satukan hati, bila berhadapan dgn org yg tak bagi masa, tak nusrah dan tak iktikaf sbgnya.

1. TARGHIB – selalu bagi fadhilat dgn hikmah
2. KHUSYAMAH – selalu positif
3. HUSNU ZON – sangka baik (inilah kita banyak kurang esp saya yg hina nih)

Bila tak buat benda nih, ASYIK nak tengok org ja. Yg akan masuk tu la MAKAN HATI..Bila makan hati, datang la 3 perkara….
1. SU UZ ZHON – sangka buruk (setan amat suka)….lepas itu akan
2. TAJASSUS – mengorek rahsia, nak cari kelemahan….seterusnya akan
3. GHIBAH – mengumpat

Maka dirinya rasakan dirinya baik, kecewa org lain tak betul. Itulah UJUB n KIBIR.
Kalau bab2 tengok org lain menunjukkan indikasi riak, takabur, hasad, nafsu amarah, cepat je die DETECT…

Anonymous said...

Nabi saw bila tengok kaabah, baginda saw bkata “subhanallah, allahuakbar! Sungguh sucinya engkau, sungguh mulianya engkau dengan kedudukan engkau , tapi…
ketahuilah bahawa MULIA dan SUCI lagi maruah seorang mukmin daripada engkau. Maka telah haramlah utk seseorang bersangka buruk, merendahkan maruah dan mendedahkan kelemahan seorang mukmin.”

Dgn bersabitkan hadith diatas (ada dlm kitab muntakab hadis) Maulana ibrahim gujerati bagitahu, kalau kita sebarkan cerita kelemahan, kesilapan org2 islam, maka keburukan org islam yg tersebar. Org tua kita bagi tahu kalau kita buat bende nih, kita LEBIH TERUK dpd ORG YG MERUNTUHKAN kaabah,

Org tua kita bagitahu, dlm diri karkun pun banyak kelemahan n kesilapan tapi semuanya yg terjadi atas karkun tu, Allah nak datangkan dia kpd jalan islah diri dan membaiki kelemahannya. ana cuma tak sangka, kecewa sampai kelemahan2 saudara karkun2 dikhabarkan dlm blog “karkun” sendiri. Kalau website salafi, wahabi, ana tak heran fitnah merata.. tapi Dah dinamakan blog, org yg view n follow blog pun melambak dan mestila dia akan baca kelemahan2 org dlm usaha ini. Kalau kita cintakan usaha nabi, kita takkan biarkan kelemahan2 karkun dipandang n diketahui oleh org2 awam. Cukup la antara teman2 seusaha.. Org2 tua kita tak suka. Pasal tu org2 tua kita tak izinkan dakwah nih dibuat melalui medium internet. Jadi fitnah.. ini dah ditekankan, dlm mesyuarat Malaysia setiap 3 bulan baru2 ini di sri petaling.
semoga Allah ampunkan kesilapan kita.

Anonymous said...

Jgn lah ada yg terbuat blog tapi dlm masa yg sama secara sedar tak sedar telah mengaibkan teman2 seusaha dlm usaha yg suci murni ini. Usaha dakwah ini, pusaka rasulullah saw yg sangat agung, dibelakangnya tersirat beribu2 hidayah.. Cuma ana je tak layak utk perkara ini.. almarhum maulana umar palanpuri pesan “ banyak buat, banyak takut” Cukuplah dgn muzakarah ini. Maka ana kena pesan diri agar ingatkan banyak2
1. kebaikan org kpd kita
2. ingat kejahatan kita kpd org
kena lupakan banyak2
1. kebaikan kita kepada orang
2. kejahatan orang kpd kita.
.. sentiasa jaga niat. Anta nak jaga Allah, jagalah akhlak anta bersangkutan dgn usaha ini. Semoga massive comment yg ana bagi ini adalah yg terakhir dpd ana utk diri yg hina ini mengambil iktibar. Bukan utk menunjukkan kelemahan n kesalahan Cuma utk asbab fikir kita dlm landasan yg betul. Fikir betul, percakapan pun betul, keluar dpd percakapan yg betul, seterusnya yakin pun betul. Bila yakin betul, amalan manusia pun betul... Seterusnya kembali dgn kaedah yg digariskan oleh org2 tua kita. USAHA keramat, usaha MAQOMI.
Ya Allah tunjukkanlah, bantukanlah kami dgn setiap langkah2 kami…Semoga Allah ampunkan kita n semua manusia, n jin lebih2 dlm umat nabi saw.

± said...

nah,hambek kau scuba. kena bom non stop. sori, aku tumpang menyemak je kat sini.mari kita lihat apa kata incik scuba pula. kembali ke sari pentas...zasstt

Irwan said...

Dark: Waaahhh..kemain suker lagi kau yerrr....Kau bila nak keluar dengan aku? Takper, aku boleh khidmat kau. Kau jangan risau...


salam anonymous. Aku tertunggu-tunggu gak bila dan camana ko nak jawab entry ni. Memang sengaja aku kupas komen kau satusatu. Dan seperti yang di harapkan, kau tak mengecewakan.

Tujuan entry itu dikupas sedemikian rupa, ialah kerana siri Interview dengan Wali dan Wali dari bangi akan tamat akhir tahun ini. Dan aku ada masalah nak beritahu semua benda yang aku temui dalam USAHA ni melalui siri tersebut, takut aku akan dilabel karkun atau mengajar atau berdakwah. Aku tak pernah rasa aku karkun. MACAM, tu mungkin. Sebab tulah setiap kali aku keluar 3H, aku rasa macam newbie. Semuanya menarik padaku...


Terima kasih kerana menerangkan adab adab dan fikrah dalam karkunisasi. Komen-komen anda telah menguraikan apa yang berbuku di hatiku. Sungguh cantik penjelasan anda. Maka nyatalah anda ini seorang karkun. Hehehe. Dan aku suka teguran pasal jangan berprasangka buruk pada tarekat, makhluk lain, apatah lagi pada Allah yang BUKAN makhluk. Maha Suci Allah dari segala yang aku perkatakan.

Sangka buruk itu datang setelah kita buat keputusan. Masakan tidak, dalam dunia globalisasi dan inflasi spiritual di Malaysia sekarang ni, orang yang tak buat keputusan join tabligh pun hidup melarat. Semalam ada bapa yang dijatuhkan hukuman penjara sebab curi susu untuk anak.

Abu Jahal tau pasal isu mujahadah dan kesusahan yang akan datang jika dia memeluk Islam. Namun kepada sesapa yang dah tau akan mujahadah itu, tapi terus juga istiqomah dalam jalan ini, maka orang itu aku salut. Dan akan aku kepit ke hulu ke hilir.

Aku meletakkan pedang dileher kau dengan melarang kau dari berhenti mengomen. Aku perlukan teguran. Ditekangkang sekali lagi, aku bukan berdakwah melalui blog ini. Apatah lagi mengajar. Ahh. Malaslah aku nak explain part ni...Cuma aku harap ko teruskan mengomen dengan niat nak berkenal-kenalan. Bukan menegur, berdakwah atau sebagainya.

Barulah datang fun

Barulah datang kefahaman

Lain-lain cerita berkaitan:

Related Posts with Thumbnails