Thursday, January 5, 2012

Atan dan Abu - Jangan di tegur Pengemis itu




Atan dengan Abu sedang menusan depan masjid jamek kat mana ntah sementara menunggu masuknya waktu Asar. Sebuah kereta mewah berhenti dekat dengan mereka dan keluarlah 3 mamat berpakaian smart bertali leher siap ber-name tag sekali. Sorang dari mereka terus masuk ke masjid. Dua darinya mengejoin Atan dan Abu menyendatkan peparu. Salah seorang dari mereka meminjam lighter Atan. Dalam beberapa minit, mereka berempat dah rancak berborak pasal propa parti memerintah, masalah ekonomi global hinggalah ke masalah susahnya nak mendapatkan stok nusan di area PJ. Sedang mereka leka berborak, seorang pengemis tua lalu dekat dengan mereka. Seorang dari mamat smart memekup hidungnya.
Tak semena-mena, si pengemis berpaling dan memandang mereka berempat.


"Apa tutup-tutup hidung? Aku busuk sangat ke?" tempik pengemis itu sambil menghidu-hidu area ketiaknya. Atan dan Abu tertunduk. Mereka mengakui bahawa, mana ada bau pun.


"Takdelah. Nak mengadap tuhan, kan kena pakai pakaian yang suci?" kata mamat smart A.


"Mana kau tau pakaian aku tak suci? Seluar kau tu. Mana kau tau takde kesan percikan air kencing kau?" tanya si pengemis. Mamat smart A terdiam dek pertanyaan pengemis yang sungguh tepat.


"Ye, lah. Kalau suci pun, at least pakaila pakaian yang OK sikit" kata mamat smart B, membacking mamat smart A.



"Kalau aku ada duit, baik aku beli makanan. Pakaian aku masih boleh digunakan. Syaratnya ialah suci. Bukan baru ke, lawa ke. Kalau betul apa yang kau cakap, kenapa kau tak tukar pakai jubah ke baju melayu ke bila nak mengadap tuhan? Kau nak hadap tuhan dengan pakaian yang kau guna nak menghadap makhluk?" jawab dan tanya pengemis itu. Peh! Dasat jugak pengemis ni. Atan dan Abu dah rasa macam nak bagi teh cina dan angkat si pengemis jadi sifu mereka jer. Tapi mereka maintain.

Tetiba azan berkumandang memecah kehangatan perbincangan ilmiah yang sedang berjalan. Si pengemis berpusing nak bergerak.


"Nabi pernah kata, kalaulah taknak memberatkan ummatnya, nescaya Baginda SAW akan wajibkan ummatnya bersugi sebelum solat. Haa..Korang eloklah pergi gosok gigi dulu sebelum join berjemaah..." kata si pengemis sambil berlalu.

Atan dan Abu cepat-cepat memadamkan puntung masing-masing dan mengiringi abang pengemis masuk ke masjid...

No comments:

Lain-lain cerita berkaitan:

Related Posts with Thumbnails