Aku sedang melayan video di yutiub. Atan tengah main game kat hempon dia. Abu dengan Abang Karkun tengah selidik something kat tab Abang Karkun.
"Power jugak Tab made in China, ni" kata Abu.
"Made in China, tak semestinya takbley pakai" jawab Abang Karkun.
"Bukankah Baginda SAW pernah kata yang bunyinya lebih kurang; tuntutlah ilmu walau hingga ke negeri Cina?" kata Atan tiba-tiba. Tengah pasang telinga, rupanya. OK. Aku test.
"Hari tu masa 4th of July, diorang jumpa apa yang dikatakan sebagai Higgs boson. Diorang dah jumpa bukti yang dalam 'space' and 'time' kita ni, ada medan yang dipanggil Higgs field. Pendek cerita, diorang dah temui konsep 'alam ghaib'" kataku panjang lebar. Semua orang pandang pada aku kecuali Abang karkun. Tipikel.
"So?" tanyanya.
"Takdela. Saya terpikir jer, camana alam ni berfungsi, sebenarnya"
"Teruskan"
"Camni. Ahli sihir datang ke sebuah kampung. Di atas pentas, ada sebiji batu yang besar. Depan orang ramai, dia angkat batu tu tanpa sentuh pun. Orang kampung pun kagum" mulaku.
"Tetiba ada pakcik berteriak, ahli sihir itu hanya guna tipu daya. Yang berlaku sebenarnya ialah, ada jin yang angkat batu tu. Tapi orang ramai tak nampak. So, orang pun selamat. Cerita pun abes kat situ" aku senyap sebentar, bagi Atan dan Abu catchup. Aku tak risau Abang karkun tak paham ke apa sebab dia boleh baca pikiran. Aku tau dia dah tau makna soalan aku.
"So, melalui ilmu mata kasar, saya boleh explain the mechanics of macam mana nak mengangkat batu tu. Kena ada peralatan. Tapi sekarang, saya tak nampak jin tu. Dan saya tak nampak atau rasa apa-apa yang boleh dijelaskan menurut ilmu fizik saya, bagaimana jin itu, mengangkat batu tersebut. Macamana batu tu boleh lepas dari tarikan graviti bumi. Macamana benda yang tak berjisim boleh angkat batu besar tu" Aku tengok Atan dan Abu. Dua-dua tengah menganga. Abang karkun ketawa.
"Oh, keh keh keh. Amender, la kau ni. Itu yang kau pikirkan?" kata Atan.
"Ntahnya. Cubala pikir kalau elektrik takde masa 21 Disember nantik, mana nak cekau lilin ke, mana nak cari motobot murah ke, sapa ada batang pancing lebih ke..." kata Abu pula. Kami semua ketawa. Tapi itu tak menjawab soalan. Aku pandang Abang karkun. Dia sibuk lap air matanya dek lawak bangang adik beradik dua ekor ni. Aku mula saspek diorang ni ada darah jin sesikit. Aku picit ibu jari kaki kiri Atan.
"Keluar! Keluar!" kataku. Atan menggeleng-gelengkan kepalanya macam kena histeria. Makin kuat kami ketawa.
"Dah-dah! Astaghfirullah...Lalai betul aku dibuatnya dengan korang ni!" kata Abang karkun. Aku ushaar jer Abang karkun, menunggu jawapan kepada soalanku. Ada jugak aku try-try konon nak baca fikiran Abang karkun tapi biasalah. Paling kuat pun aku terbayang gambar sebijik kacang, jer. Makrifat kebendanya? Anyway, by that time, Brader bus stand pun sampai membawa dulang berisi jag dan gelas-gelas kosong.
"Air dah sampai!" kata Abu.
"Bismillah! Bismillah! Jemput! Air orang bujang jer, ek?" kata Brader bus stand merendah diri. Wali-wali memang camni. Baik budi pekerti dan suka menjamu orang. Aku leka sekejap tapi kembali fokus kepada persoalan bila bibirku menyentuh air kopi o yang masih panas lagi. Adoi! Kok ye, pun kaaaan...
"Hehe. Maaf. Nabi biasanya akan minum air bila dah suam sikit. Tunggu dia sejuk, jap" kata Brader bus stand. Kelihatan Abu dan Atan yang tadi berkerut memuncungkan bibir nak menghirup air kopi panas, terus buat muka relaks dan meletakkan gelas masing-masing dengan berhati-hati takut air panas tu tumpah, di tempat yang tak terlanggar, nantik. Aku pandang Abang karkun. Dia tak usik gelas dia.
"Dah lama dah, manusia kaji benda ni. Bukaklah Al-Quran dan bacalah dengan tartil. Manusia akan jumpa jugak, macam-macam secret. Rahsia penciptaan, rahsia bagaimana semua ini berfungsi, rahsia masa, rahsia dalam rahsia dalam rahsia...
Sungguhpun begitu,ia tetap terbatas hingga 90% ketepatan. Tetap akan ada 10% ketidakpastian, walau manusia dan jin dah rancang hingga ke nano saat yang ke per sejuta. Dan 10% itu, adalah pivotal pulak tu. Takde dia, 90% tadi tu tak berguna" kata Abang karkun panjang lebar. Kami semua dah duduk mengadap dia. Tapi dia masih leka dengan Tab dia. Ntah apa sajalah yang menarik sangat tu agaknya?
"Ramalan kaji cuaca, ni haaa" kata Abang karkun sambil angkat dan tunjuk Tabnya padaku. Kelihatan gambar peta dunia dengan line-line kaler-kaler dan pola pergerakan awan. OK. Aku diam, sekarang. Sambung arr lagi, bang?
"Tapi, untuk mereka yang dah paham, Allah beri kelebihan. Setiap kelebihan, sesuai dengan tahap iman mereka dan mereka tidak terpengaruh dengan kelebihan itu. Ingat tak cerita pembantu Nabi Sulaiman Al-Asif yang ahli kitab tu?" Abang karkun berenti dan meletakkan Tabnya tadi ke sisi kirinya.
"Yang kalahkan ifrit dengan bawak Istana Puteri Balkis, tu?" tanyaku. Abang karkun mengangguk dan membetulkan postur dan duduk tegak depan gelas minumannya. Dia senyum. Atan dan Abu buat muka saspen. Brader bus stand pun senyum sambil geleng kepala. Aku tenung jer Abang karkun.
Dengan selamber dia pegang gelas panas tu dengan telapak tangan kanannya. Dia angkat dan pegang gelas tu depan bibir. Kelihatan wap air terbang laju dek nafas Abang karkun. Eh? Bukan gelas tu panas ke? Aku pandang Abu. Atan muka excited. Dia pun pegang gelas dia tapi terkujat sebab panas.
"Alhamdulillah. Semoga Allah tambahkan barokah dalam hidup tuan rumah yang menyediakan hidangan ini. Bismillah..." katanya dan terus meneguk air panas tu perlahan-lahan. Setelah tiga teguk, dia letakkan semula kat tepi dan ambik balik Tabnya tadi.
"Perghhhhh!!!!! Camner abang buat? Camner bang? Ajar, arrrr" kata Abu sambil goyang tangan Abang karkun. Atan pulak dah duduk kat tepi bahagian kaki dan ambik kaki kiri Abang karkun dan taruk atas pahanya dan mula mengurut-ngurut. Brader bus stand tersengih. Aku usik gelas aku dan biarkan tanganku memeluk gelas panas tu sambil cuba fokus nak tahan kepanasan tu. Siap buat berdengung lagi macam meditasi reiki. Tapi panas jugak. Nak meletup rasanya jari aku. Aku masih tak puas hati.
"Kongsi-kongsi, la ilmuuu" kata Atan pula.
"Ntah. Tapi tabligh.." cucukku. Abang karkun ketawa lagi.
"Dah tua pun tak berubah-ubah!" seloroh Abang karkun pada kami.
"SIFU!" kata mereka berdua serentak.
"Sifu bijik tasbih, kau! Hahaha" jawab Abang karkun. Serambi rumah brader bus stand, bergema lagi dengan gelak ketawa, malam Selasa tu. Dah lama tak camni...

No comments:
Post a Comment