Monday, October 11, 2010

Wali Dari Bangi (tersilap orang)

Markas Seri Petaling, tempat seribu cerita menjadi satu: Cerita Allah

"Assalamualaikummm" trademark abang karkun yang ditiru oleh brader.
Seorang wali, sungguhpun dia kena menjalankan hukum Allah dalam dirinya (dan kaumnya), mereka juga adalah penenang hati orang yang berdamping dengannya. Tu sebab Baginda SAW sentiasa didatangi oleh pelbagai tahap masyarakat untuk bertanya dan mengadu masalah mereka. Dan Baginda SAW pulak, akan sedaya upaya nak menolong orang yang meminta bantuan. Bukannya sebab politik atau niat tersembunyi. Tapi dah memang Baginda SAW itu ialah manifestasi kasih sayang Allah di dunia ini. Allah Maha la Penyayang dan Pengampun. Tak tergambar kehebatan Nya der.  Jadi, Baginda SAW dijadikan salah satunya sebagai asas perbandingan bagaimana kasihnya Allah terhadap manusia.


Kerana hidup di dunia akhir zaman ni, hati memang kotor dan senang nak jadi tak tenteram. Jadi para wali ni, di samping mengajar manusia untuk dekat kepada Allah, mereka juga pandai jaga hati orang. Pendek kata, wali yang betul, setelah lulus kita uji suluh dengan syariat dan sunnah mereka juga seronok untuk didampingi. Kalau ada masalah kita tak teragak-agak nak cerita kat dia.

"Assalamualaikummm" sekali lagi salam dari brader. Aku dah hampir lupa macamana aku boleh bertemu dengan brader bus stand. Pagi hari itu rasanya paling cibai dalam hidup aku, telah menjadi hari yang paling bertuah kerana bertemu dengan beliau. Dan seperti yang aku agak, hidupku dah tak sama lagi selepas tu.

"Assalamualaikum!" keras bunyi salam brader. Kikiki. Aku dah jawab yang dua tadi dalam hati sebenarnya.

"Wa'alaikumussalammm" jawabku memujuk. Aku membuka pintu bilik. Berkepul asap rokok melarikan diri dari bilikku di rumah sewa di Bangi.
Eh! Bukan brader laaa...
Wali dari Bangi

"Abang karkunnnnn!" kataku terkejut.

"Orang bagi salam secara lisan, jawabnya secara lisan jugakkk. Tulah adabnya. Hablum minallah wa hablum minan nas" kata abang karkun tersenyum pahit. Macam dipaksa-paksa jer. Maklumlaa... Wali takleh marah. Wali kena jaga adab. Kikiki.

"Ingatkan brader, tadi..." kataku mengcover keadaan. Sebuah penjelasan yang tak perlu ketika bercakap dengan seseorang yang boleh baca fikiran orang lain macam abang karkun.

"Abih tu, kalau brader, boleh la bukak pintu lelambat? Apalah nasib housemate kau yang lain" kata abangkarkun tepat sambil masuk ke dalam bilik dan buat cam bilik sendiri.

"Kan cam tu.." jawabku mengcover lagi. Kan aku dah cakap. Takyah aku nak explain-explain der. Baik aku diam jer.

"Abih camner?" tanya abang karkun lagi. Waaahh. Tak kasi chan, nampak? Aku nak ambik jalan diam dan bagi beliau membebel sensorang ajer (maklumlah, kena buat 2jam setengah setiap hari, maka akulah mangsa tetap), tapi aku nak layan dia malam ni.

"Cam beser laaa" kataku sambil ketawa. Aku kononnya menujal bahu abang karkun lembut. Abang karkun membalas dengan menujal bahu aku dengan cam beser. Berdengung bahu aku. Macam biaser.

Abang karkun terus berkongsi denganku takazah terbaru untuk jemaah kami. AKu dah mula rasa macam team mission impossible pulak dah. Macam A team ajer. Eh? Betul lah. Memang setiap kali jemaah kami sambut sesuatu takazah, semuanya bermula dengan plan A jer. Tak pernah pun terpikir nak rangka plan B ke.

Kali ni kami ke Tebing Barat, bukan naik kapal atau UFO. Kami jugak tak gunakan ilmulipat bumi. Abang karkun cakap kami akan naik keretapi. Aku tak sabar nak keluar bulan ni. Eh? Brader ikut tak?

"Ikut" jawab abang karkun.
"Jin-jin Islam tu (Atan dan Abu)?"
"Ikut" jawab abang karkun lagi.

Perghhh. Aku duduk menyandar. Aku tak sabar untuk episod seterusnya cerita Wali dari Bangi ni nantik....

2 comments:

± said...

dari apa yg dicterkan, cam dah lama je kau join A-team ni...

Irwan said...

camacam mission dahh..tapi takde senjata atau terjun tiruk dari heli..cuma main ziarah dari rumah ke rumah dan azan halau setan jer

Lain-lain cerita berkaitan:

Related Posts with Thumbnails