Monday, October 11, 2010

Hipnotisma ala payobosa (Aku Terlupa Save)


Seperti yang korang dah tau, aku update blog melalui CC. Tapi malam tadi aku terlupa nak save dalam pen drive dan bila dah sampai CC ni, aku rasa cam mengong sebab takde material untuk korang sumer.

Anyway, aku ucapkan terima kasih kepada hardcore fan blog ni sepanjang minggu lepas (Dark Half, Blur, Azhafikah, budakbudak dari Israel dan NajibJB). Walaupun aku tak blogwalk, tapi kehadiran korang telah menstabilkan graf pengunjung blog ini. Sekarang aku dah boleh kenalpasti sapa yang aku nak kasi award. Korang buatkan aku bersemangat untuk menulis dan tido lambat setiap malam.

Aku akan cuba update malam ni untuk mengelakkan korang diserang sindrom penarikan sebab tak dapat lagi fix payabesarpedas untuk hari ini. Tapi aku tak janji memandangkan aku baru dapat anak kecik. By the way, terima kasih kepada semua yang vote untuk nama anak aku minggu lepas. Walaupun Qaleesha Humaira paling tinggi, ahliya dan aku bersetuju untuk menggunakan kuasa veto kami untuk menamakan anak kami yang baru sebagai Amanina Humaira (sebab nama anak pertama aku ialah Amanina Zahra)

Sekali lagi, aku minta maaf. Segala yang Allah dah tentukan itu, ada hikmahnya. Kita hanya perlu bersabar dan berusaha dengan lebih giat lagi.

Teruskan melepak di sini.

4 comments:

kemm said...

hehe.. aku dah lupa nama mana aku vote, rasanya amanina tu lah hihihi.. tahniah lagi sekali scoob. Semoga bertambah rezeki korang.

Bos said...

dah update...hehe

Irwan said...

thanks, kemm. boleh mintak tangguh bayar utang tak? hehe...

great update bos!

Dark Half said...

waah..dah pilih nama anak.aku vote qaleesha tapi amanina humaira pun sedap

Lain-lain cerita berkaitan:

Related Posts with Thumbnails