Sejak kebelakangan ni orang semua kecoh pasal perkauman. Dikatakan garisan yang menghalang si AhChong dari melempang si Junuh telah lama putus putus. Atau kesabaran Mutusami terhadap kesialan Robert dah sampai tahap dewa dewi. Malaysia diambang huruhara. Dan satu-satunya yang menghalang masing-masing dari bertindak ialah hutang pada bank sapa nak bayar kalau dah mati nantik.
Aku pulak, yang dikatakan menyuntik semangat kemelayuan dalam blog ini diberikan amaran kerana cuba menyedarkan bangsaku yang membuatkan AKU terlena. Aku dikatakan low class sebab memilih bahasa Melayu sebagai pengantar. Tak outreach laa, kata seorang blogger yang lawyer.
Aku dikatakan murahan kerana berbicara tentang kesufian tapi bercambur baur dengan keduniaan dan ada iklan dan lain-lain yang melanggar hukum warak. Aku akui. Aku tak kisah.
Obviously, diorang ni tak baca disclaimer kat bawah blog ni. Atau terlepas membaca yang ni.Aku mintak maaf kepada semua dan mengucapkan terima kasih kepada semua komen yang membina. Keep our friends close. But keep our critics closer. Dan untuk itu, semua dijemput mengeklik di sini bagi mendapatkan ucapan subliminal yang menerangkan pendapat aku mengenai tajuk artikel ini...
No comments:
Post a Comment