Thursday, August 26, 2010
Kisah Para Wali (Abu Yazid dengan aku)
Pada suatu hari seorang aku yang tidak mempercayai Abu Yazid datang mengujinya.
"Berikan kepadaku jawapan satu masalah," katanya kepada Abu Yazid.
Abu Yazid mengetahui bahawa aku tidak mempercayainya. Maka berkatalah Abu Yazid: "Di atas sebuah gunung itu ada sebuah gua dan di dalam gua itu ada seorang sahabatku. Mintalah padanya untuk menjelaskan masalah itu kepadamu"
Aku segera pergi ke gua yang dikatakan Abu Yazid. Tetapi yang kujumpai adalah seekor naga yang besar dan sangat menakutkan. Menyaksikan hal ini, aku pun jatuh pengsan dan pakaianku menjadi kotor. Apabila sedar cepat-cepat aku meninggalkan tempat itu, tetapi kasutku tertinggal. Aku kembali kepada Abu Yazid, sambil bersujud di kaki Abu Yazid aku bertaubat lalu Abu Yazid berkata kepadaku:
"Maha Besar Allah! Engkau tidak berani mengambil kasutmu hanya kerana takut kepada makhluk Nya. Apabila engkau takut kepada Allah, bagaimanakah engkau berani mengambil 'rahsia' yang engkau cari dalam keingkaranmu?"
Labels:
Abu Yazid,
kisah para wali
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment