Thursday, August 26, 2010

Tips Pemanduan: Berhenti ketika lampu isyarat merah

"Naik sawan aku melayan lampu isyarat ni"

Semalam, semasa kami sekeluarga dalam perjalanan pulang dari rumah mentua aku, kami melalui beberapa siri lampu isyarat. Sampai kat area taman perumahan kami, lampu isyarat dah kuning. Ada beberapa saat saja lagi sebelum ia bertukar merah dan aku memecut kereta. Lampu dah merah tapi aku langgar jugak. Isteri aku menepuk bahu aku.
"Abi, lain kali takmau lah buat camni. Bila lampu merah, berenti lahhh" katanya. Aku terdiam. Kepala hotakku mencari alasan-alasan pemati hujah. Aku sebagai ketua keluarga, mesti mempertahankan keputusan yang aku dah buat. Aku takmau dilihat sebagai flip-flop atau dianggap sebagai telah membuat keputusan yang salah. Biaser laaa. Ego.




"Kalau tunggu kang, kena tunggu 81 saat" jawabku series. Mataku memandang ke depan, tapi telinga, hati dan tumpuanku tertumpu kepada jawapan yang isteriku nak bagi.

"Alaah, seminit jer. Tak rugi der. Sekarang kita dah berumahtangga. Ada baby, ni. Bukan bujang lagi" jawabnya spontan. Aiseh. Ni teguran ikhlas, ni. Laksana setan, aku memang takbley lawan dengan keikhlasan dan lojik yang mutlak. Aku tersedar. Aku rasa bersalah sangat. Betul apa yang isteriku katakan. Jika aku tak sayangkan diri aku pun, sekurang-kurangnya sayangilah orang yang menyayangi kita. Sebab diorang pun ada sekali dalam kereta. Bukan kat rumah ke apa.

Dan aku rasa sayang sangat kepada isteriku kerana telah melakukan peranannya sebagai anggota masyarakat yang bagus. Di sini perlu di highlight kan akan kepentingan suara wanita dalam menegur kepimpinan lelaki. Dan kepentingan pemimpin menerima segala feedback dari orang yang dipimpinnya. Kerana team takkan berjaya jika setiap watak dalam team itu, ikut kepala masing-masing. Kesalahan perlu ditegur, tak kira sapalah yang buat salah tu. Walau mufti sekalipun. Diorang dengar atau tidak, itu soal dia dengan Dia. Kita sebagai pengikut, hanyalah menurut perintah dan peraturan.


Dan peraturannya sekarang ialah: perlahankan kenderaan semasa lampu kuning dan berhenti di lampu merah. Baiklah. Belum pun sampai kami di rumah, aku dah azam dan janji dengan isteriku untuk lebih berhati perut semasa memandu. Kami semua bahagia dan meneruskan aktiviti malam Ramadhan kami dengan cerianya.

3 comments:

Linda2 said...

tau xpe....

Anonymous said...

Il semble que vous soyez un expert dans ce domaine, vos remarques sont tres interessantes, merci.

- Daniel

Irwan said...

Daniel:

puis-je savoir quel domaine faites-vous allusion? l'écoute de ma femme ou à la conduite?

(apa benda yang aku mengarut, ni?)

Dan paham ke Daniel dengan apa yang aku tulis? Ke ini SPAM ajer?

Lain-lain cerita berkaitan:

Related Posts with Thumbnails