Aku sedang menjalankan satu eksperimen freemason melalui topeng CIA. Untuk entry kali ini, aku nak korang gerakkan pointer mouse ke gambar untuk mengetahui apa kaitan gambar tersebut dengan jumlah visitor yang menurun setiap kali musim perayaan.
Kalau korang taktau lagi, setiap kali korang gerakkan pointer mouse ke gambar, CPU komputer korang akan mempamerkan nama fail gambar tersebut. Bila ini berlaku, kelip-kelip elektronik dalam CPU korang tadi akan beritma mengikut kod yang telah di enkripkan melalui penamaan fail tadi. Contoh: nama fail dalam gambar pertama ialah:
"aku tak suka dengan hari raya tahun ni"
Bila prosesor dalam CPU korang berdetak masa nak mempamerkan nama fail tadi, ia telah menghasilkan gelombang ritma elektromagnet. Bentuk gelombang ini, bila ditafsirkan melalui dekoder ASSTRU dengan simkad yang di hack, akan memberi maklumat tentang si pembaca dan apa yang ada dalam perut pembaca tersebut. Data ini penting kepada freemason sebab diorang kena pastikan doa orang Islam yang teraniaya tidak diterima sebab perut dan daging orang Islam dibina oleh makanan yang tak baik dari segi syarak dan waraknya. Jadi, diorang boleh terus menggali masjid di kubah biru sementara media mereka menarik perhatian dunia ke masjid kubah emas dan isu persempadanan. Apa yang diorang carik kat masjid biru tu pun aku tak pasti.
Tapi, sebelum data korang ditransmit ke database, aku dengan baik hati telah memfilter data tersebut dan menjammingkannya agar rancangan jahat dan cikai ini gagal dalam bulan Syawal lagi. Untuk itu, aku berharap agar korang meng klik link ini supaya jammer aku dapat memadamkan IP address dan data kandungan isik perut yang dikumpul melalui tekanan jari korang di mouse tadi.
Teruskan membaca! Semoga anda terhibur dengan entry kali ini.
3 comments:
Nice blog bro :)
wahahaha...point sebenar nak tunjuk baju raya tahun ni kan?
cisss..cis kek tahun ni sungguh sedap.ruginya x discover blog kau awal².patut la mood raya aku tahun ni agak down
Allah Maha Hebat dalam pentadbiran Nya. Ada hikmah lah tu.
Aku pun syukur sebab Allah jumpakan kau. Aku pun tak tau apa sebab syukur tu..Syukur je lahh
Jom baca ayat ni ramai-ramai:
Alhamdulil lahhhhh
maka kita baru jer bersyukur (sikit la)
Post a Comment