Friday, September 3, 2010

Interview dengan Wali (Malam tadi Lailatul Qadar? Biar betulll)

Bersiap siaga, walau dalam tidurnya


Aku tersentak. Aku rasa ketinggalan. Aku rasa rugi. Aku dapat tau dari Abu baru ni tadi bahawa besar kemungkinannya malam tadi ialah malam yang di nanti-nantikan itu. Dalam ramai-ramai jemaah yang berada kat Masjid Pedas-Gaing yang beriktikaf malam tadi, cuma aku sorang jer yang tak bangun tahadjud. Dah puas Atan dan Abu kejutkan aku sampai last-last diorang sendiri tertidur. Kalau abang karkun ada, mesti dia simbah air kat aku punya. Aku tak kisah. Simbahlah. sebab aku rasa rugi gila ni. Aku rasa hina gila. Dah terlepas malam lailatul qadar untuk tahun ini.


Malas aku nak cerita apa hujah adik beradik ni dalam dakwaan mereka tentang kedudukan malam tadi. Tapi yang pasti: malam tadi malam Jumaat. Malam Jumaat dalam bulan Ramadhan. Malam Jumaat dalam sepuluh malam terakhir pada bulan Ramadhan. Malam Jumaat minggu depan dah Raya. Kalau bukan Lailatul qadar pun, kedudukan malam semalam sudah pasti yang paling berkat antara malam-malam bulan Ramadhan tahun ini. Dahlah malam tadi hujan, maka pagi ni suasana agak syahdu-syahdu spiritual sikit. Arghh. Lagi tertekan aku dibuatnya...
"Lain macam la jemaah 3H kali ni" bisik tok siak dalam hati

Abu yang dah nampak kekecewaan di muka aku setelah mereka menyatakan dakwaannya tadi, tersenyum. Atan memeluk bahuku dalam gaya nak memujuk.
"Rileklaa. Kitorang cuma kata 'MUNGKIN'. Kau jangan percaya dengan cakap kitorang. Kau cuma boleh mengambil manfaat dari apa yang didedahkan kepada kau. Yang mutlaknya ialah Allah. Pengharapan kau terhadap Nya jangan dihentikan" Abu mengayat aku sambil mencubit kedua pipiku cuba nak buat muka aku seolah-olah tersenyum. Aku yang sedang tertunduk sedih di tepi tangga masjid, rasa macam nak isap rokok jer di bulan puasa ni. Tension lah konon. Nilah aku. Bila tension jer, asap. Tension jer asap. Bukannya asap tu boleh menyelesaikan apa-apa pun.

Aku sedih bukan sebab terlepas. Aku sedih sebab dengan kelepasan ini, aku risau aku ni dah tergolong dalam golongan yang tak baik jer. Aku sedih sebab dah sepanjang tahun aku menanti saat ini, lastlast aku terlepas sebab aku MEMBUTA. Dah sungguh hampir, tapi rasa terlalu jauh. Best gak layan emo ni kadang-kadang. Dah hujung-hujung Ramadhan ni, hati memang mudah sebak dan syahdu. Bukan sebab Syawal yang menjelma atau terdengar lagu Sudirman. Roh ini sedih kerana Ramadhan dah semakin hampir ke penghujungnya. Aku rasa kesepian. Aku mula rasa air mata berlinangan. Rasa macam nak mintak ampun kat mak pun ada jugak.

Tibatiba bahuku ditepuk dari belakang dan..
"Assalamualaikummm..." abang karkun? Apa dia buat kat sini? Wa'alaikumussalam. Bukan ada misi kat Palestin ke, malam tadi?
"Misi dah setel. Ingat nak balik lepas solat Jumaat. Tah camana boleh sampai ke sini pulak. Kau apsal sedih-sedih ni?" tanya abang karkun. Atan dan Abu bersalam-salam dengan abang karkun dan diorang menyambut barang-barang yang abang bawak untuk di masak buat berbuka nantik. Abang karkun usha mata aku. Kemudian dia usha budak dua ekor tu yang lebih nampak macam nak melarikan diri dari nak pergi menyimpan barang-barang tadi.

"Mana boleh cerita malam tadi malam Al-Qadar ke idak pada orang lain. Walaupun kita dok tercari-cari, pada paginya, kita tak cakap pasal malam tadi. Kita terus cakap apa plan kita untuk malam ni, jer takut malam tadi tu decoy..." kata abang karkun padaku. Hatiku tenang kembali. Dia bingkas bangun dan menuju ke arah Atan dan Abu di tempat memasak. Dari jauh aku dengar jeritan Atan dan Abu. Dah biasa dah dengar jeritan diorang. Tu mesti abang karkun pulas telinga diorang sebab buat dakwaan tanpa memikirkan akibatnya kepada moral orang lain.

Aku bersemangat kembali. Ahhh. Al Qadar atau tidak, aku berazam nak habiskan sisa-sisa Ramadhan ni dengan lebih baik lagi...Walaupun nyawa dah tinggal satu, tapi game masih belum over.

4 comments:

Syed Nizam Syed Omar said...

Hari ni jumaat.panas sangat.lailatulqada apa benda nye..buat suspen je taju.ni jumpa wali mana?WALI BAND! HEHEHE
http://nizamullah.blogspot.com

Irwan said...

sebenarnya ia adalah peringatan bahawa malam ni ialah malam secondlast kemungkinannya berlaku Al Qadar pada tahun ini...Sengaja bagi orang terpikir dan mengambil peluang yang sudah didepan mata ini...


Anyway..thanks for the excellent comment. Dalam ramai-ramai tu, kau sorang jer yang perasan..

"Timuur ke barraat, selatan ke utaraaa..."

Hahaha

aziz said...

Malam tadi malam lailatul Qadar aku rasa laa...hari ini matahari macam malas nak naik sahaja..
Yang malang nye aku sebab malam tadi beribadat ALA KADAR je...

Irwan said...

jangan risau...malam ni (malam 27) ada lagii..

shortcut nya ialah:
solat Isya secara berjemaah. Pastu Iktikaf. Bila iktikaf, gerenti dapat solat Subuh secara berjemaah.

Dapat solat berjemaah untuk Isya dan Subuh tu dah kira OK, Tapi dapat ber Laila lagi OK..

Anyway, kalau malam ni pun lepas jugak, Malam Raya masih ada. Pada malam ni, DOA MAKBUL, so mari doa sama-sama!

Lain-lain cerita berkaitan:

Related Posts with Thumbnails