Sepanjang aku jumpa Laila, tak pernah pulak aku tengok pokok sujud |
Ramai yang bertanyakan padaku camana nak tau adakah malam ini malam Lailatul Qadar atau tidak. Manalah aku tau. Aku pun cari kat google dan copy paste apa-apa yang aku jumpa sebagai reply kepada korang. Yang korang pun tak tanya ustaz-ustaz yang berkaitan, apsal? Apsal nak tanya aku? Anyway, untuk tidak mengecewakan rakan-rakan baru, di bawah ni aku kongsikan beberapa tips biasa yang boleh korang kenalpasti kalau-kalau malam ni atau malam lusa ialah malam ITU.
1) Suasana pada malam itu tak panas dan tak sejuk. Suam-suam sakinah jer.Ada orang kata tak hujan atau tak mendung. Aku kata itu semua relatif. Kau tanyalah hati kau sendiri: malam ni panas tak? Kalau ye atau tidak jawapannya, bukanlah tu. Ataupun perut korang yang terlampau penuh...
2) Mata kau memang cam nak cepat terlelap jer (bagi yang mungkar) atau hati kau syahdu-syahdu sentimental jer. Kau pun tak tahu kenapa. Kau pun tak tau untuk apa. Tapi kau macam takleh nak pikir benda lain. MAknanya masa tulah kau kena pikir Allah.
3) Tanda paling famous ialah tanda pada keesokan harinya. Matahari tak panas. Silap-silap sampai ke tengahari. Ini tanda yang paling jelas. Tapi sekali lagi, perkara ini adalah relatif.
4) Bagi mereka yang bernasib baik, mereka seoalh-olah terdengar suara macam orang bertasbih atau berzikir. Itu bunyi makhluk sekalian alam yang bertasbih melihat kelompok malaikat yang turun dari langit. Tapi, kalau terdengar, cuba pastikan sumbernya betul-betul. Mat pit pun ramai gak sekarang ni...
5) Tahapa sebabnya, kau menangis pulak malam ni. Ni tanda LailatulQadar individu.
Banyak lagi tanda-tandanya tapi semua yang itu perlukan si pencari itu ada kelayakan tertentu untuk melihatnya. Kalau setakat orang cam kita ni, dapat merasai suasana sakinah dan dapat bangun solat dua rakaat kerana mengharapkan dapat peluang ini pun dah seribu LailatulQadar...
Jangan lepaskan peluang ini. Tinggal 2 hari saja lagi!!! |
Wallahu'alam
No comments:
Post a Comment