Friday, September 24, 2010

Hari ini hari Jumaat

Selamat Hari Jumaat hai pengunjung semua.
Mari kita bersyukur kerana masih bernafas lagi. Mari kita bersyukur kerana harini bukan hari kiamat. Mari kita bersyukur kerana kita masih berpeluang untuk berubah. Berubah dari semalam yang baik kepada harini yang lebih baik. Berubah dari semalam yang penuh dengan kerja duakali kepada harini yang lebih berhatihati. Berhatihati dalam perbuatan. Berhati-hati dalam perkataan. Dan lebihlebih lagi, berhatihati dalam menjaga kebersihan hati.

Kerana musuh amatlah licik. Mereka kenal kita sedangkan kita tidak kenal diri sendiri. Mereka sentiasa ingat kepada ikrar sedangkan kita masih cuba memahami. Mereka nampak dan mempermainkan kita namun kita selalu lalai walaupun dah terhantuk berkalikali. Bahkan mereka punyai sekutu yang berada dalam diri kita, sedangkan kita masih lagi memilih untuk berdengki sesama sendiri.

Demi Hari Raya minggu ini. Demi janji bantuan dari Ilahi pada hari ini. Dan demi peluang kedua yang dah entah berapa kali. Marilah kita lupakan dulu kehendak jasad. Atau runtunan nafsu yang semakin hari semakin menggiat. Atau gangguan dari manusia yang patut kita dekati lebih rapat dari seorang sahabat. Untuk menumpukan pada keperluan hati nurani. Dan berjalan menghampiri, kepada Dia yang Datang Berlari.

Bersihkanlah diri. Sucikanlah hati. Kerana buntut kuali pun akan kembali berkilat. Walau kita menggosoknya seminggu sekali.

5 comments:

Unknown said...

menjadi yang lebih baik.hee.

Ziarah76 said...

berhati-hati sifat orang bertaqwa..

Irwan said...

1) jarang orang berhati-hati (terutama bila perut penuh dan tidur cukup)

berhati-hati dalam menjaga hati kerana kita tak tau yang kita jaga itu hati atau nafsu...

wallahualam

Ratu Syahadah said...

jln2.. ala shoutbox lmbt kuar la

Irwan said...

cbos mmg slo time noon

Lain-lain cerita berkaitan:

Related Posts with Thumbnails