Ibrahim menceritakan pada satu malam, beliau bermimpi melihat Jibril turun ke bumi membawa segulung kertas di tangannya. Ibrahim bertanya kepada Jibril:
"Apakah yang engkau mahu lakukan?"
"Aku mahu mencatat nama sahabat-sahabat Allah" jawabnya.
"Catatlah namaku" Ibrahim bermohon kepadanya.
"Engkau bukan seorang dari sahabat-sahabat Allah" jawab Jibril.
"Tapi aku adalah seorang sahabat dari sahabat-sahabat Allah itu", Ibrahim bermohon dan hampir-hampir putus asa.
Beberapa ketika Jibril terdiam. Kemudian ia berkata:
"Aku telah terima sebuah perintah: 'Tuliskanlah nama Ibrahim di tempat paling atas kerana di dalam jalan ini harapan masih wujud dari keadaan putus asa"
No comments:
Post a Comment