Tuesday, November 16, 2010

Wali Dari Bangi (Ujian keimanan)


Abang karkun dan aku sedang menunggu pesanan minuman kami di kedai kopi. Kami sedang menunggu kepulangan seseorang untuk dikhususi (ziarah khusus). Sementara menunggu mamat tu balik dari town, kami menunggu di kedai kopi. Seperti biasa, aku akan mencuri peluang sebegini untuk mengupdate blog.

"Bang, camner nak tau tahap iman kita?" tanyaku tibatiba dengan kening yang berkerut. Soalan ni selalu bermain di kepalaku. Yelah. Aku nak tau samada iman aku ada peningkatan ke idak sejak ikut abang karkun keluar-meluar ni..

"Banyak caranya. Tapi aku pun tak pasti. Hehehe" jawab abang karkun.

"Dalam zaman sekarang ni, kita boleh tengok dengan mengetahui tahap istoqomahnya kita menyahut seruan azan. Dan orang yang berulang-alik ke masjid nak menunaikan solat fardhu itulah yang paling beriman" mula abang karkun. Aku menge-on kan rekoding henpon aku dalam diam, tapi tangan kanan masih cover lagi letak atas laptop...Hehehe ;p

Sebentar itu jugalah waiter yang bawak minuman kami pun sampai. Beliau menghidangkan pesanan abang karkun dan aku. Abang karkun memegang lengan mamat waiter tu.


"Mu dah solat?" tanya abang karkun.
"Doh, beiii" jawab mamat tu tersipu-sipu. Abang karkun melepaskan genggamannya. Dia suka kacau mamat Tomyam tu. Dah berapa lama dah abang karkun tasykil dia, tapi masih liat lagi...


"Aisehhhh...Ada semut laa dalam oren saya" kataku setelah melihat ada beberapa ekor semut dalam minumanku.


"Hmm..Itu pun satu. Kalau lah ada segelas milo berisi seekor semut. dan segelas lagi yang berisi seekor lalat, yang mana satu kau akan minum?" tanya abang karkun. Aiseh...Dia buat dah...

"Er....Yang lalat, kot?" jawabku tak ikhlas.
"Ye lah tu. Kau pilih tu sebab kau tau. Tapi Adakah kau benar-benar dapat mengamalkannya? Tang tuu pun kita tak caya lagi cakap nabi. Camner nak pilih tangan kiri kaalu jumpa dajal nantik?" tanya abang karkun.

Aku merenung ajer gelas minumanku.


"Zaman sekarang ni, kita mudah perasan. Iktikad itu, buat keputusan ini. Camana kita nak pass ujian yang besarbesar macam kekayaan atau kemasyhuran sedangkan gelas lalat atau semut pun takleh pilih?"

3 comments:

~* chirpy_chummy *~ said...

urm..ttg lalat dan semut ni..bley x share lg?

Irwan said...

nak share air semut ke, air lalat?

dikatakan jika air dimasuki semut, maka kena buanglah air itu dengan berhikmah

dikatakan jika air dimasuki lalat, cubalah tenggelamkan lalat tu ke dalam air minuman supaya terlepas penawar dari kelopak lalat yang sebelah lagi (bagi meneutralkan racun dari kepaknya yang satu lagi tu)

kalau lipas atau cicak masuk dalam air tu, lempang muka sendiri sebab air kita asyik dimasuki makhluk.

Sila tutup bekas air anda sebelum tido dengan membacakan Bismillah.

~* chirpy_chummy *~ said...

maceh...

kalo msok katak, biarkanlah katak tu menumpang teduh.. kesian kt katak tu..

Lain-lain cerita berkaitan:

Related Posts with Thumbnails