Kalau isu macam tsunami atau gempa bumi tu, aku boleh OK lagi laa kalau kita terkejut. Sebab kita takde pengalaman untuk menghadapinya. Tapi isu banjir ni dah jadi macam musim durian. Tapi kita masih tak belajar.
Jepun terletak dalam kawasan yang paling selalu gempa bumi. Tapi kesusahan itu hanyalah semakin mengkreatifkan mereka untuk terus berada di kawasan tersebut. Mereka menginovasi dan mengkaji semula teknik membina bangunan tinggi dan jambatan di kawasan gempa. Dan terus bangun WALAU setelah di BOM dengan bom atom. Siap buat mitos Ultraman lagi nak kasi anak-anak mereka sinar harapan akan hari esok. What do you expect? Diorang tak kenal Allah...
Namun kita kat Malaysia ni, yang tampuk pemerintahan dipegang oleh satu parti sejak dari lepas merdeka, yang takde sangatlah bencana alam selain BANJIR, masih macam budak baru bertatih dalam menghadapi isu bencana alam. Bukannya tampuk pemerintahan tu bertukar-tukar antara parti republikan dengan demokratik ke apa. Bila timbul isu jer, lagging reaction. Balik-balik kumpul makanan. Balik-balik bagi beg plastik, menyumbatkan lagi sungai.
Pepehal pun, kita sesama doakan agar sedara mara rakyat Malaysia yang sedang menghadapi ujian pada masa ini agar bersabar. Smeoga Allah mengampunkan dan menyelamatkan kita dari murka Nya.
3 comments:
hurm ada betolnya jugak.
banyak lagi isu yang patutnya boleh ditangani tapi tak ditangani sebab tak kena batang idung PM atau TPM atau kerabat Raja. Paling cikai ialah jaundice.
Tiap-tipa hari ada baby lahir dapat jaundice, tapi apa KKM punya solution? Setakat ambik darah baby kita dan bagi kaunseling cam kita lak yang salah...
Apsal klinik pakar boleh jumpa solution sedangkan hospital KERAJAAN yang cukup serba serbi tak boleh jumpa?
Sebab tak kena kat anak orang bangsawan. Sapalah nak pedulik nasib rakyat hina cam aku dan kau orang ni....PKR pun takbley pakai. PAS pun dok komfius. Raja pulak tahapa yang dibuatnya...Lastlast ni kang aku merompak jugak kang ni nak beli susu anak aku...
sape la kita,scuba. hanya rakyat yg hinaa…haha. kena pandai2 survive. dunia sekarang, sape ada pengaruh n duit, dialah yg berkuasa. benda camni xkan ada solutionnya bila org yg berada di atas asik pass baton pada kroni yg xde sifat kepimpinan yg berlandaskan islam. PAS konpius sbb dia takde total power. pakatan pun dah berterabur. kalau ada solution pun,ada ke org atas nak hirau dgn usul dorg?
Post a Comment