Tuesday, November 16, 2010

Apakah yang real?

 Apakah realiti? Apakah yang wujud dan apakah yang tak wujud? Apakah yang abadi? Sekejap aku rasa macam ada. Sekejap macam takde. Kadang-kadang rasa rilek jer. Tapi selalunya, bad mood ajer...

Adakah kepedihan ini lebih real dari baju yang aku pakai? Adakah 'terima kasih' dari seorang yang kubantu itu lebih berharga dari seribu note jingga?

Adakah segala amalanku ini, ada nilainya?

Atau adakah aku sedang tertipu dan semakin jauh dari Nya?
Dan sekiranya ye, pun, adakah aku akan berpeluang mendapat keampunan dari Nya sebelum aku ke SANA?

Aku boleh terus membuang masa dengan bermain adakah-adakah sampai terlena. Aku hanya akan tersedar kembali bila masa dah nak abis atau bila hukuman sebab tak ikut tempoh masa tadi itu sampai.

Masa tu, barulah aku terkialkial menyalahkan itu inilah, akulah mangsa dalam konspirasi semua lah, aku selalu dalam keadaan yang tak mengizinkan lah, macam-macam 'lah'. Padahal aku tau, kalaulah aku buat betulbetul masa aku mulamula terpikir atau mengadap benda ni dulu, tentu hari ini aku akan lebih bersedia dan mudah.


Tapi takper. Sekurangkurangnya aku tersedar dan bangun semula. Dan aku akan terus bangun dan bangun dan bangun. Bangun, memang dah bangun dah. Dok berdiri jer dari tadi, ni...
Semua orang sedang menaiki kenderaan untuk berubah. Kau bila lagi? Dan nak naik apa?

Masalahnya ialah JALAN nya tah biler...

6 comments:

suka duka abG kasim said...

perghhh...2 bas ke ap 2???

Irwan said...

itulah prebet sapu di negara yang jurang antara kaya dengan miskinnya sangat jauh ketara...

± said...

masa kelas mengaji haritu,ustaz aku penah quote makna dari surah ape ntah x ingat,"manusia tu dijadikan dalam keadaan sentiasa resah gelisah.."

agaknya sebab inilah yg kita semua selalu je tertanya-tanya,gelisah dan macam2 lagi. apa maksud kau apakah yg real?

bagi aku yg real semuanya dari Al-Quran. kat dunia ni apa yg real sangat melainkan yg x real belaka.itu belum turun dajjal lagi,mesti byk lagi yg x real kelihatan real...

mind to share what's on your mind?

Irwan said...

sebelum kita lahir, ibuibu bapakbapak anggap zat makanan itu REAL sebagai persediaan agar anak yang lahir SIHAT.

semasa membesar, parents anggap education dan certificates itu REAL sebagai menjamin masa depan yang sejahtera...

dan untuk dunia SELEPAS MATI, ada sapa-sapa pikir apakah yang REAL untuk dunia itu?

Apakah yang real?

What is real? Who is Real? Can we 'eat' reality?


(nak ku uraikan terlalu dalam, takut orang salah faham. Laksana seorang ayah pin, aku bagi lagi banyak persoalan dari jawapan...)

± said...

susah jugak nak digest ni, bila soalan dijawap dgn persoalan. so, apa yg aku mungkin tersalah faham dari entry ni - benda yg kita anggap REAL di dunia ni hanyalah sesuatu yg akhirnya akan mendatangkan kekecewaan. perkara2 yang real hanya berada di dunia selepas mati.

WHAT IS REAL? - MATI, ALAM BARZAH, KIAMAT, SYURGA NERAKA
WHO IS REAL? - ALLAH SWT
CAN WE 'EAT' REALITY? - NOPE BUT REALITY BITES

bukan ke kau sedang JALANkan? aku jer dok main2 lagi.

terharu tgk sorg ustaz berasaldari johor pergi ke perkampungan masyarakat champa di kemboja utk korbankan lembu yg mana dorg hanya dpt nikmati masakan daging sekali atau 2 kali je setahun

Irwan said...

aku pun masih main-main atau dipermainkan, dark

Lain-lain cerita berkaitan:

Related Posts with Thumbnails