Tuesday, September 14, 2010

Wali Dari Bangi (kena bayan 2)

"Camana dengan bantuan yang saya mintak dulu, tu?"
[sambungan dari Wali Dari Bangi (kena bayan 1)]

Membayan ni, sebenarnya senang jer. Ia dimulakan dengan bersyukur kerana kesempatan yang Allah Berikan dan memuji-muji ke hadrat Ilahi. Kemudian kita panjat selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW dan para sahabat, keluarga, pengikut dan orang soleh.
Kemudian cerita apa itu kalimah tauhid. Apa ganjaran mengimaninya dan apa kerugian jika tak percaya. Kemudian tips bagaimana nak dapatkan ganjaran tadi. Itu pun dah makan sepuluh minit. Bab bayan ni, yang pentingnya ialah tasykil. Bayan yang memberatkan ilmu ialah ceramah. Bayan yang bagus ialah tasykil yang bagus. Ramai orang bentang azam secara terang-terangan atau sembunyi untuk berubah lebih baik setelah mendengar bayan. Ada bayan buatkan kita menangis. Ada juga bayan yang buatkan kita berinspirasi. Aku suka mendengar bayan. Tapi aku tak suka bagi bayan. Walaupun guideline nak bayan dah ada, kepala lutut dan mulut tetap hilang kawalan setelah duduk di kerusi dan memandang mata-mata yang mendengar dengan penuh teliti.



Aku lebih suka anggap bayan ni sebagai 'kata-kata motivasi'. Sebab bayan ada banyak bayan. Ada bayan subuh yang menyegarkan dan membuatkan kita bersemangat untuk buat usaha pada hari itu. Ada bayan yang menggalakkan kita untuk turut serta dalam program ghash (bayan Asar). Ada bayan yang menimbulkan fikir risau kita terhadap tahap keimanan dan perbekalan kita untuk balik kampung (bayan Maghrib). Sebelum mula sessi keluar tabligh, jemaah kena dengar bayan hidayah sebagai peringatan untuk membetulkan niat dan recap adab-adab yang perlu dipatuhi semasa keluar. Setelah habis sessi keluar tabligh pula, ada bayan tangguh bagi mengingatkan apa tugas kita sebaik saja sampai di tempat tinggal kita.

Walaupun kepala masing2 berlainan, di depan Nya, kita ni hanyalha tanah
Setelah membayan, kita akan dapat rasa satu tenaga baru dalam buat usaha. Tenaga ini kita gunakan untuk menaikkan lagi pengorbanan dan fikir risau kita dalam membuat usaha tabligh. Kita kena pandai kawal tenaga ini takut-takut ia akan membinasakan kita. Ada orang binasa sebab tenaga itu berubah jadi riak. Ada pula yang binasa sebab tenaga itu berubah menjadi ancaman sebab apa yang dibayan, tidak diamalkan. Ramai yang binasa sebab tenaga itu membuatkan pembayan menjadi ketagih dan mahu lagi dan lagi merasai kenikmatan tenaga tersebut. Susah nak diterangkan apa dia 'tenaga' itu. Hanya orang yang pernah public speaking ajer yang merasai kewujudan 'tenaga' tersebut. Kalau nak rasa, cubalah keluar dengan budak tabligh dan kasi bayan satu round.

2 comments:

Penglipur Lara said...

salam bro..teringat dlu penah kna suruh bayan subuh...aku tatau da point lain utk bayan, aku bayan 6 sifat sahabat..berjela2 la bayan aku..aku pon tatau aku ckp ape..blasah je.. sampai orang2 ckp "time's up!"

lama da tak dengar byn..dpt dgr bayan audio je kat sini..doakan aku bro..

Irwan said...

insya Allah, tak lama lagi aku akan keluarkan satu artikel menasykil orang keluar 3 hari, satu setiap minggu. Jangan lupa ikuti setiap hari Isnin, k

Lain-lain cerita berkaitan:

Related Posts with Thumbnails