"Siapa tak azam, takleh rasa beriani gam yang dihidangkan di luar tadi" |
"Wahh, den nampak kau asyek kono togo kek para sheikh dan awwalinn, yoo...ottai gak, kau ni ek?" kata brader bertopi Dr.Sam sambil mengurut janggutnya.
"Abang ni mesti karkun 4bulan, kan? Sebab kenal dengan maulana xxx tu" tembak seorang student PD masa sessi ngeteh keluar kat PD tempoh hari.
"Sapalah ana kalau berdiri di sebelah awwalin macam tuan, ni" kata seorang karkun sejuk yang kejap ada kejap takde masa mesyuarat.
Aku jarang dilihat di markas atau di mesyuarat. Apatah lagi di malam program Markas. Tapi bila ada ijtimak-ijtimak yang otai-otai dari serata dunia turun, aku ni disapa oleh tahsapa-sapa dan ini membuatkan karkun tempatan tertanya-tanya: siapa budak ni? bila aku jalan sensorang cari tandas masa ijtimak Malaysia. Yang diorang taktau ialah aku hanya keluar dengan jemaah abang karkun yang biasanya ada mission impossible. Dan orang yang menyapa aku tu, bukan sibuk dengan aku sangat pun. Aku ni dah jadi macam sekretari abang karkun pulak..
"Salam, sheikhhh. Wahhhh, semakin tebal janggutmu nampaknya. Abang karkun mana?" tanya otai dari China haritu.
"Assalamualaikum, bang. Bang. Abang ada nombor fon abang karkun tak?" tanya student berserban besar berspek tebal yang menghalang pendakianku ke dewan solat utama di markas Rahang.
"Wan, kalau kau jumpo dio kang, kau bagitau dio tolong alih an lori dio dari bolakang umah den. Orang umah den nak buek konduri sikit. Nak pasang kemahlah tompek paaking eh tu" perintah brader janggut 3 helai berwarna putih padaku pula.
"Suroh dio kol eden. Nah" sambungnya lagi sambil menghulurkan namecardnya padaku.
Adakalanya, keadaan ini memerangkapkanku. Sebab abang karkun ni wali. Dan dia tahu, aku tahu yang dia wali. Dan dia suka buli aku. Selalu jugaklah dia main lesap jer masa kitorang keluar 3H. "Ada keperluan". Itulah alasan kukuhnya setiap kali melarikan diri dari membayan pada hari kedua atau ketiga. Dan aku akan dibiarkan tinggal bersama dengan jemaah student tersebut. Yang aku tak suka, dalam keadaan macam ni, biasanya akulah calon bayan yang paling ideal.
[bersambung ke Wali Dari Bangi (kena bayan 2) ]
No comments:
Post a Comment