Tuesday, September 14, 2010

Atan dan Abu (Pengajaran dari Kucing)

"Mamak, teh tarik satu!" order Abu. Mamak tu membuat gerakan dengan kepalanya tanda order diterima. Dia memandang kepada Atan yang masih dok berpikir apa yang dia nak minum. Abu suka dengan keadaan ini. Dia mengusha Atan. Atan masih bingung.
"Mamak, kasi cheese nan dengan ayam tandoori satu" order Abu lagi. Kemudian dia memandang kepada Atan. Mata mereka bertentangan. Atan tertekan.


"Anee, minum?" Desak mamak tu pada Atan. Peluh jantan mula terbit dari pori-pori roma di dahi Atan.
"Kau jangan paksa aku!" kata Atan kepada mamak tu. Abu mengisyaratkan agar mamak tu pergi buat order dia dulu sementara menunggu Atan habis membuat keputusan. Mamak tu beredar dan mula berbicara dalam bahasa dia kepada eksekutif pembancuh air dan pengarah stall nan cum tukang masak ayam tandoori.

Muka penuh pengharapan
Malam ni malam Raya kedua. Tah kenapa, ramai orang kat mamak malam ni. Apa taknya, semua kedai Melayu tutup sempena Raya ni. Ada yang akan dibuka semula. Ada yang tah buka tah tidak. Banyak juga yang buka suka-suka dia. Tapi yang pasti, kedai minum mamak dan drive thru KFC, McD dan AnW, memang laku pada malam-malam awal sambutan Raya. Air teh Abu pun sampai.

"Haha. Air aku dah sampai. Kau dah buat keputusan belum?" pressure Abu kepada Atan lagi.
"Mamak, kasi ho-ho-holicks panas satu" kata Atan.
"Makan?" tanya mamak tu spontan. Atan tertekan lagi. Abu mula meneguk minumannya. Tak lama kemudian, ayam tandoorinya pun sampai.
"Nan nya mana?" tanya Abu kepada mamak yang menghantar ayam tandoori. Mamak tu mengisyaratkan bahawa nan Abu masih belum siap. Abu memicit hirisan limau ke atas ayam tandoorinya. Naik bau limau di sekitar meja mereka. Atan mengushar ayam tandoori Abu untuk idea. Tapi dia masih blank. Perutnya lapar, tapi Atan takde selera.

Tak lama kemudian, datang seekor kucing. Nampak macam kucing belaan sebab bulunya kemas. Kucing tu mendekati Abu yang baru nak memulakan perjuangannya ke atas ayam tandoori tadi. Kucing tu duduk kemas dan ushar Abu dengan mata yang penuh pengharapan. Atan yang tadi memikirkan apa yang dia nak makan, tertarik dengan kucing itu. Abu yang sedang memakan daging ayam, terhenti seketika melihat Atan. Kemudian baru dia perasan akan kucing yang mengushar dia dari bawah meja.

"Shohh! Shohh!" halau Abu kepada kucing itu. Kucing itu hanya mendiamkan diri dan mengushar Abu dengan penuh harap. Abu yang tak selesa dengan pandangan kucing itu, tak dapat menelan dengan aman. Dia cuba menghalau kucing itu dengan kakinya. Kucing tu tetap mempertahankan tempatnya dengan tidak berganjak. Atan yang terkenal sebagai pembela hak haiwan, bersuara:

"Masa kita berharap kepada Allah, keadaan kita sebijik macam keadaan kucing ni. Kau bayangkan kalau tiap kali kita meminta kepadaNya, Dia 'shohh' kita dengan kakinya macam yang kau buat kat kucing tadi" kata Atan. Abu yang dok mengunyah dan terkuis-kuis kucing tu dengan kakinya, terhenti mendengar tamsilan dari Atan. Kemudian Abu membongkok dan menghulurkan sepotong daging yang besar kepada kucing itu. Kucing itu mengonggong ketulan daging itu dan berlalu pergi.

Atan bangun dan mem follow kucing itu. Rupa-rupanya kucing itu membawa makanan tersebut untuk anak-anaknya yang ditersembunyi di celah-celah gerai Melayu yang tah bila nak bukak balik, ni. Lama jugak dia menyangkung memerhatikan gelagat ibu kucing itu. Terus hilang laparnya. Dari jauh, kedengaran suara Abu memanggil:

"Tan! Air ho-ho-holick kau dah sampai!" panggil Abu yang mula rasa bersalah sebab makan sorang-sorang...

No comments:

Lain-lain cerita berkaitan:

Related Posts with Thumbnails