Tuesday, September 14, 2010

Interview dengan Wali (Nama adik sapa?)

Tak paham lagi, taktau lah aku


Masa ghash, aku suka jadi penunjuk jalan. Dan sepanjang karier aku sebagai rahabah, aku selalu tegur budak-budak. Adab dalam memulakan perbualan ialah mengetahui nama orang yang kita nak bercakap tu (supaya kita boleh sebut namanya masa doa dalam qiamul lail malam nantik). Apa yang merisaukan aku ialah meningkatnya jumlah budak-budak yang bernama 'Daniel' atau yang bunyinya sedap, tapi maknanya tahapahapa. Mak bapak zaman sekarang ni dah takde idea ke? Nama-nama yang Islam compliance dah takde ke? Ke, dah macam tu sekali tahap kejahilan orang Melayu?



Memang betul nama 'Daniel', 'Adam' atau 'Jacob' tu nama nabi. Dan nama para nabi ni, kononnya ada kelebihan la sikit kat mahsyar nantik. Kalau camtu, apsal tak namakan ajer anak tu Jesus atau Moses? Apa kurangnya dengan nama Muhammad? Atau Abu Bakar atau Umar? Atau Ali? Ni tidak, dahlah gaya hidup pun macam yahudi, nama pun nak yahudi jugak. Nama macam Khatijah atau Fatimah atau Atan tu dah jatuh tahap nama untuk orang asli pulak.

Wahai ibu bapa, ingatlah. Memberi nama yang baik itu adalah hak anak-anak. Aku taktaulah apa kedudukan jika menggunakan nama nabi sebelum Nabi Muhammad SAW, tapi bukankah syahadah itu dah cukup sebagai hujah bahawa Nabi terakhir itulah ikutan yang muktamad? Apsallah kita ni mudah sangat nak terikut-ikut dengan sesuatu yang tak berfaedah? Pikir punyalah lama. Last-last, nama Yahudi jugaklah yang menjadi pilihan.

Jadi, aku menyeru kepada ibu bapa dan diri aku sendiri agar berwaspada dalam memberikan nama kepada anak-anak. Bangsa aku dahlah takde budaya. Dengan hilangnya tanda bangsa pada nama, maka tamatlah sudah riwayat orang Melayu di bumi ini. Melayu takkan hilang dari dunia ni. Diorang ada, cuma diorang tak perasan yang diorang Melayu...

5 comments:

FazMelati said...

entri sangat menarik!!!

Irwan said...

Hai, saya syez jezel, hero citer asmara kat RTM3..kakaka..Syez Jezel..apa punya nama daaaa (macamlah nama Scuba tu best sangat)

Unknown said...

Seelok nama biarlah ia bermaksud yg baik coz ia bakal mempengaruhi anak2 kita in future...tq

± said...

kira incik irwan mengikuti la jugak perkembangan drama asrama tu yer..siap tau nama hero syed jezel..kakaka...hai, saya ryan gigola

Irwan said...

aku dapat tau secara tak sengaja, Dark...MAria Tunku Sabri yg promo

Lain-lain cerita berkaitan:

Related Posts with Thumbnails