Saturday, September 18, 2010

Interview dengan Wali (Tak kusyuk di depan Kaabah)

(sambungan dari Interview dengan Wali (Lipat Bumi))
Student ILP Pedas. Pandai berqasidah

"Eh? Dah Jumaat dah ekk?" tempik Atan sebagai icebreaker. Semua orang memasang telinga pada Atan sambil meneruskan perjalanan kami ke STARGATE untuk ke Mekah. Brader dengan Atan kat saf belakang sekali. Abu kat tengahtengah. Aku dengan abang karkun kat saf depan. Jalan kampungku lengang tengahari ni.Sumer orang dah pergi solat Jumaat agaknya. Kami dok berjalan kaki dalam formasi ghash pulak melawan arah ke masjid. Kami melalui kawasan fertigasi rockmelon kebanggaan kampung. Sesampainya kami ke simpang yang banyak pokok buluh tu, abang karkun membelok ke kiri, ke arah semak, ke kawanan pokok buluh dan pagar reput yang hampir runtuh. Pada yang tau sejarah kampung paya besar pedas, nilah jalan lama ke arah rumah aku kat kampung ni. Jalan yang dilalui sekarang ni, baru ni. Dulu semak sumer ni... Cheiii...

"Sempat ke nak sampai sana sebelum imam naik ke mimbar?" usik Abu yang memang terrer bab agama. Abang karkun mendengus.
"Insyallah-Insyallah!" jawab henponku. Eh. Henponku berbunyi. Abang karkun mengacah-acahkan tangannya dengan gaya cengkaman harimau. Aku menjawab henponku.
"Assalamualaikum" salamku.
"Wa'alaikumussalammm. Wan! Kau katne?" tanya member yang kat dalam henpon. Abang karkun mengusharku sebagai peringatan 'Jangan Menipu'.
"Aku on the way nakgi masjid, ni" jawabku. Fuhhh. Alhamdulillah punya jawapan.
"Aku nak datang beraya umah kau ni" kata orang tu.
"Kau takgi semayang jumaat ke?" tanyaku ringkas. Nafasku pendek sebab abang karkun melajukan rentak langkahnya sebab kami melalui kawasan yang banyak semut hitam. Berpeluh jugak aku nak menepis semak-samun kat tepi pagar ni. Ada ular lidi takni?
"Aku dah pegi dah minggu lepas. Harini aku dah dengar khutbah dah. Kira OK la tu. Kau dah kuar ke? Lekk luuuu. Aku bawak kueh ni.." racun member yang minta namanya dirahsiakan. Dia bukan Azil.

"Alamak, beb, Sori arr. Aku dah nak duduk kat saf dah ni" kataku cuba melawak. Seraya tu jugak bahu kiriku ditujal oleh abang karkun sebab menipu, walaupun melawak. Sebab kitorang dah bayan hidayah. So kena jaga segala-galanya. Berdengung otot bahuku kelenguhan. Aku menukar tangan yang memegang henpon sedangkan jemaah kami dah mula slow. Aku tak berapa perasan sangat, yang aku tau, bahu aku sakit. Aku meluruskan tanganku ke bawah. Sedetik jer aku berkelip menahan lenguh dan tuptup, line talipon putus...
Kelihatan orang ramai bersedia untuk solat Jumaat


Kami dah sampai kat Mekah. Orang ramai tengah berduyun-duyun memenuhi saf hadapan, tanda solat jumaat nak dimulakan. Aku menge offkan henpon. Brader dengan Atan pergi belah Hajarul Aswad. Aku dengan abang karkun dok kat sini. Abu, dia terus menuju ke arah Kaabah, seolah-olah mencari orang. Bila dia dekat dengan pusaran orang bertawaf di sekeliling Kaabah, dia berenti dan memandang ke arah kami. Aku pandang abang karkun dan dia tunduk slow macam ada komunikasi antara dia dengan Abu. Aku memang dah syak Abu ni lain macam sikit, tapi nampaknya itu tak penting sekarang.

Aku pandang abang karkun lagi, mengharapkan dia eye contact dengan aku. Aku nak tau apa yang berlaku sebenarnya ni. Kita solat jumaat kat sini apsal? Saja nak tunjuk gempak kat aku ke apa? Apsal abang karkun kata INI ialah KELUAR 3 Hari? Dan kenapa diorang ni plan sumer tak libatkan aku? Apsal taknak bagutau aku? Apa kurangnya aku? Taknak genglah camni. Aku rasa macam nak balik walaupun dah depan Kaabah dah ni.

"Dah kau asyik dedahkan rahsiaaa jer, camner aku nak cayerr?" kata abang karkun sambil menujal bahu kananku pula.
Hadoiiii laaaa...


(bersambung ke interview dengan wali: Wali naik UFO? Biar betulll?)

2 comments:

Aizat Hawari said...

subhanaAllah..rasa macam nak jumpa je brader2 yang ko citer tu.. untung kau Irwan ada sahabat2 mcm ni..

Irwan said...

Kalau la aku dibenarkan mendedahkan SEMUA cerita, maka tentu korang akan kata aku GILA

Lain-lain cerita berkaitan:

Related Posts with Thumbnails