Saturday, September 18, 2010

Wali dari Bangi (Menyampai tanpa amal?)


Abang karkun menghampiriku. Dia duduk antara dua sujud sebelah aku. Kami menghadap kiblat. Aku tau adab bagi salam, tapi aku tunggu jer abang karkun bagi salam dulu. Cam tak beser. Dia wali maa. Wali mesti bagi salam dull..
"Assalamu alaikumm. Jemm jer?" mula abang karkun. Kan aku dah kata.
"Wa'alaikumussalam" jawabku pendek. Aku tak sembunyikan kesedihan yang menyelubungiku ketika ini. Aku jem. Aku kaya. Aku rasa macam dilenyek atas jalan tar.
"Cuba story kat abang, kotkot Allah bagi reda sikit sebak di dada tu" offer abang karkun.

"Takde arr bang. Haritu saya terjumpa dengan sorang karkun sejuk tu. Dia ada cakap something yang membuatkan saya ada rasa cuak sikit" sambungku.
"Apa dia?" tanya abang karkun berminat. Tahapapasal, dia tak baca pulak apa yang bermain di fikiranku kali ini. Biasanya, belum sempat perkataan tu nak keluar dari mulut aku, dia dah jawab dah. Sama cam brader bus stand.

"Mulamula, dia tanya saya ni jemaah tabligh ke. Saya boleh terjawab 'iyer' pulak. Lepas tu dia tanya saya apa rahsia saya dalam mengamalkan apa yang saya sampaikan..." aku terhenti seketika.Emosiku pada masa kejadian, kembali memflashback kan dirinya padaku. Air mata mula berlinang di kelopak mata. Aku tertunduk meng cover.

"Aku paham." jawab abang karkun. Dia memandang ke kiblat dengan pandangan yang jauh. Kami terdiam sejenak melayan perasaan sebak terkenangkan hadis yang mengingatkan golongan penyampai agar beramal dengan apa yang disampaikan. Jika tidak, si penyampai akan dihukum lebih teruk lagi kerana sudah tahu tapi buatbuat tak tahu. Bila kupandang abang karkun semula, kulihat air mata dia lagi deras mengalir dari air mataku. Langsung tak cover.

"Jalan yang kita lalui ini sempit. Berbahaya. Tapi ia mesti dilakukan kerana permintaan terhadapnya sudah jatuh ke hukum wajib. Golongan yang menyeru ke arah kebaikan itu PERLU ADA" kata abang karkun seolah-olah membentangkan pendapat dan proposal kat depan prof. Aku mengesat air mataku dan menyeluk tanganku ke kocek. Aku on kan record henpon aku.

"Kalau diumpamakan dunia ini sebuah rumah, maka rumah itu sedang terbakar pada saat ini. Apinya amat marak dan panas menyala dan membinasakan apa saja dalam sekelip mata. Dan aku tak boleh berdiam diri sementara menunggu bomba sampai atas alasan aku takde PhD dalam memadamkan api. Sudah tentulah aku akan lakukan apa saja demi untuk memadamkan api itu. Walaupun adakalanya membahayakan diriku sendiri" kata abang karkun dan terus tertunduk. Dia mencubit keningnya. Kesedihannya nampak lagi hebat dari kesedihanku. Aku rasa bersalah pulak merecordkan perbualan ini...

"Tambahan pula..." abang karkun cuba menyambung ayatnya tapi terhenti sebab ombak emosi datang menyerang. Aku juga terasa tsunaminya. Kami terdiam sejenak sambil masing-masing sibuk mengesat air mata. Aku rasa aku tau apa yang abang karkun nak cakap..

"Tambahan pula, rasa-rasa macam diri ini MEMANG akan masuk neraka" kata kami serentak. Abang karkun makin tunduk. Aku dah rasa gempak pulak sebab cakap benda tadi serentak dengan dia. Abang karkun mengangkat kepalanya.

"Kita kuatkanlah lagi angan-angan dan teruskan berharap.
"Sebelum pintu syurga tertutup selama-lamanya" kata abang karkun. Dia bangun dan meninggalkan aku keseorangan. Aku offkan record henponku. Aku rewind balik. Dan melayan perasaan sampai ada orang kejutkan aku kembali untuk solat Asar.

No comments:

Lain-lain cerita berkaitan:

Related Posts with Thumbnails