Awasi Lisan anda |
Lebih ramai yang mendaftar sebagai ahli NGO dari mendaftar sebagai pengundi. Lebih ramai pengundi berdaftar pulak, taknak dikaitkan dengan mana-mana parti politik. Lebih ramai yang mengambil lesen untuk menjadi pendakwah bebas dari menjadi PENGAMAL bebas. Aku bukan cakap pasal agama Islam saja. Dan peningkatan kedua-dua ini di Malaysia motifnya satu: Deeyuduu. Aiti eitt.
Rakyat yang mendaftar sebagai ahli politik itu katanya sekadar mahukan connection. Mahukan laluan. Dalam hati, tuhan yang Tahu. Diorang ni, nak join sebuah kapal yang dipertanggungjawabkan untuk menguruskan khazanah dan kepercayaan TANAH ini. Kapal tu kononnya milik raja. Tapi tahapajadi, kapal tu lebih dikuasai oleh kapten, keturunan dan sedara mara mereka. Maka mat jenin yang terdiri kebanyakannya dari negeri atas angin berpendapat; kalau tak dapat seketulseketul, dapat habuk pun jadilah. Si kapten pun lagi suka sebab makin ramai crew dia. Kapal pun masih ada space, laut pun baru nak teroka. Mereka telah belayar dengan jayanya. Tapi asbab kelemahan amalan orang Islam dunia pada masa itu, kapal yang mereka naiki (atau lebih tepat lagi: gantungi) mula bergoyang-goyang dek angin globalisasi dan juga dek kegemukan kapten dan keturunannya. Yang mula-mula sekali kena humban ke bawah, tentulah muatan dan barang-barang yang tidak berkenaan macam rakyat yang bergantung kat tepi kapal. Malah, ada antara kelasi yang terjatuh ke laut dan masih terkial-kial cuba menyelamatkan diri. Ada yang dah mati. Mana-mana kelasi yang masih selamat, mula berwaspada. Ada juga kelasi kelas atasan kroni si kapten masih tak sedar diri dan tanpa segan silu menuang todi manalah tau ini kali yang terakhir. Sebahagian kecil pula sedang menanti untuk mengambil takhta kekaptenan setelah kapten sekarang jatuh. Tapi, ramai antara kelasi kelas atas pagar yang mulai tersedar seumpama telah menelan red pill yang diberikan oleh Morpheus pada Neo dalam Matrix.
Maka ada kelasi yang menipu diri sendiri dengan me make-upkan diri sebagai pejuang yang IKHLAS. Kira mereka ni kononnya 'holier than thou' dari golongan yang aktif (berborak pasal) politik. Kalau kita andaikan kapal itu ialah Malaysia, kat Malaysia takbley berkumpul lebih dari 3.5 orang. Kalau nak kumpul lebih, kena berdaftar. Kalau tak, kapten rasa insecure. Jadi mereka berkumpul dalam badan berdaftar. Maka ramai join NGO. Mereka bersuara pada mulanya asbab dari sesuatu isu kemanusiaan atau kebangsaan. Sebab asyik ditemuramah (atau banyak bercakap?), mereka ni lantang kerana ketagihan reputasi. Kerana dengan reputasi, baru boleh pitch cari sponsor atau donor serta FOLLOWER yakni potential FUNDER. Baru ada LEVERAGE dan MILEAGE nak berSTONEAGE (baling batu sembunyi tangan). Target utama batu-batu mereka ini tentulah kapten yang dalam perenggan sebelum ini tadi. Tak kisahlah kapten tu jepun ke, british ke, RAJA ke, kawan sendiri ke. Sapa saja. Dan untuk membaling, mereka kena ada sebab. Takkan nak baling batu tanpa sebab? Tak IKHLAS laa. Jadi mereka carilah sebab. Cari pasal. Lagi ikhlas sesuatu pasal yang dicari itu, lagi tinggi unik visitor blog NGO tu. Yang gempaknya Stoner ni, masa Raya, diorang mintak maaf zahir dan batin. Sampai ada KAPTEN bersara yang kembali bersuara sebab tak suka dengan jumlah batu (kebanyakan jenis taik laktu) yang semakin menenggelamkan kapal. Imej kapal dan lambang perkaptenan yang dipamerkan oleh pengemudi kapal dipersoalkan. Maaf boleh maaf. Zahir takkan membawak ke BATIN. Mesej utamanya sekarang ialah; kapal semakin nak tenggelam. Dan busuk.
Kelasi yang dah telan atau TERtelan red pill dalam perenggan pertama tadi pulak, telah kembali ke agama masing-masing. Mencaricari sisasisa rohani dan erti untuk semua ini. Mulanya memang ikhlas. Tapi bila dah ada geng satu kepala, mulalah celen sapa lagi berilmu. Lama-kelamaan, bilangan yang bercakap mengatasi bilangan yang mendengar. Maka bilangan PENDAKWAH bebas juga semakin meningkat. Makin ramai yang ambik test nak jadi pendakwah. Islam dan Kristian Malaysia ada badan yang mendaftarkannya. Aku tak pasti pulak agama Hindu atau Buddha ada ke idak. Tapi makin ramai yang beralih ke spiritual. Sebab lepas 13 MEI, nenek moyang MALAYSIA, yang memahami konsep TUHAN, MANUSIA dan keharmonian telah menetapkan rukun sah jadi warganegara MALAYSIA nombor SATU ialah: KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN. Konsep ini sangat berjaya sebab generasi 13 Mei itulah 60% rakyat Malaysia pada hari ini, yang kita semua lihat begitu sensitif dalam soal agama. Jadi demand untuk pendakwah bebas sangatlah tinggi sebab badan agama tak tertanggung nak melayan permintaan surau atau church untuk para pencari kebenaran. Yang lucunya, pendakwah yang kita boleh lihat keikhlasannya dalam menyampaikan kasih sayang dan harmoni sangat rare dan kalau ada pun perlukan hidayat nak dengar ceramah mereka sampai habis sebab setan banyak bergayut di mata, telinga dan hati kita. Yang kita sampai sanggup keluar duit nak dengar dan lihat biasanya adalah pendakwah yang lebih menumpukan kepada kepuasan pelanggan dari kepuasan TUHAN. Dan biasanya dalam blog mereka ada banyak iklan dari isik atau pemahaman baru dari Tuhan. Yang ikhlas-ikhlas, henpon pun takde. Bila yang berdaftar meningkat, pendakwah bebas haram pun koman-koman dua kali ganda tingkatannya. Dan diorang bergerak bawahtanah. Dapatlak dengan Jalur Lebar, maka mudahlah nak download kat youtube. Dan yang peliknya pulak, tak ramai pulak yang nak jadi pendakwah yang BETULBETUL BEBAS: jemaah Tabligh. Takde ikatan politik, ekonomi, bangsa atau negara. Tapi yang dah join pulak makin ramai yang jadi STONE COLD. Sebab bila dah join, musuhnya satu: setan dan setan memang hantar batalion nurkan 4bulan40hari jer untuk menggugat karkun.
Ledakan dari kedua-dua senario ini memenuhi lanskap media dan pemikiran rakyat Malaysia. Kat TV kita ada satu pihak. Kat internet kita ada satu pihak yang lain. Kat sokkabar, kita ada macam-macam. Dalam kesibukan kedua-dua ini, ada di celah-celah itu timbul pelbagai budaya escapism di kalangan budak-budak yang bakal menjadi pengundi tak lama lagi. Ada budaya kapelhud (nakkan kasih sayang), budaya tak kisah (bukan tanggungjawab aku), budaya supermodel (biar papa asal bergaya). Paling membahayakan ialah budaya movie (yang banyak tengok movie, yang nak tiru movie, yang terpengaruh dengan movie, etc). Budakbudak gangliosida lah yang banyak terpengaruh dengan movie dan TV. Mereka akan membesar menjadi ultraman, batman, cicakman atau watak dalam anime mangkuk macam Marchen Awaken Romance. Apa punya nama daaa..
Generasi ini ialah generasi yang asyik dalam dunia mereka sendiri. Mereka tak pedulikan politik, isu semasa, agama atau apa saja yang tak menarik minat mereka. Mereka hanya berminat dengan diri mereka sendiri. Mereka mahu didengari tapi tak mahu mendengar. Mereka hanya meninggalkan jejak mereka dishoutbox tanpa pedulik pun apa yang blog mereka lawati itu cuba sampaikan atau wakili. Heck, mereka tak pedulik pun apa kandungan makanan mereka. Mereka mementingan diri sendiri dan excitement demi membuang masa mereka. Mereka kenyang. Mereka ada tilam yang empuk. Mereka sedang online sekarang. Mereka ialah rakyat Satuuuu?...Malayshierrr!! Satuuu?...Malayshier!! Log offlah. Sebarkanlah salam, bertentanganlah mata. Gunakanlah FB. Jangan dipergunakan oleh MEREKA. OK, aku STOP.
Hahaha. Aku taknak puaskan hati korang dengan menghabiskan artikel ini. Lagipun, aku cepat boring cerita benda camni. Kalau nak tau cerita selanjutnya pasal artikel atau ideologi di sebalik artikel ni, kau tanyalah melalui komen. Kalau kau tanya aku; aku nak jadi wali. Aku nak sambung abiskan Interview dengan Wali. Lagi SKIZO...
2 comments:
hakhak..itula manusia pny hal
Bukan. Cuma manusia di Malaysia yang gunakan agama dan politik untuk tempolok masing2..
Post a Comment