Kenaikan harga ayam di pasaran tempatan tatkala hampirnya penghujung bulan Ramadhan, bukanlah satu perkara yang asing di Malaysia. Orang Melayu Malaysia yang tak kreatif dalam pemakanan, sangat bergantung kepada lauk-pauk yang berasaskan ayam untuk dijadikan jamuan ketika Hari Raya pertama nantik. Tak ketelanjuran juga jika dikatakan, bahawa hampir setiap hari, orang Melayu memakan haiwan ini. Tak hairanlah jika kebanyakan dari Melayu berperangai macam ayam.
Dan kelakarnya, ISU BESAR MELAYU ini, takde sapa yang pedulikan, tak macam isu politik atau isu rasuah atau isu sex melayu. Tiap-tiap tahun dok macam tuu jugak. Balik-balik kena kencing kat apek yang kata harga dedak naiklah, jalan becaklah, ayam tak mau makanlah. Lastlast, Melayu yang kononnya berkuasa di bumi sendiri nilah yang kena main dek orang lain. Ni baru bab makanan. Mana dia pejuang Melayu? Mana dia orang kaya kita? Semua dok sibuk berbuka kat hotel 5 bintang...
Perlukah ayam ini diperbadankan? Atau ada jawatankuasa yang mengambil alih urusannya? Atau diaktakan? Mungkin ayam-ayam ini perlu diperlembagaan kan. Atau di ajaran sesatkan. Tapi yang pasti, mesti ada NGOK-NGOK yang memperjuangkan hak ayam-ayam seMelayu Malaysia. Mungkin masa tu, barulah nak makan ayam tu bukan satu masalah yang perlu kita pikirkan dalam bulan Ramadhan ni...
Tapi, terbiarlah kita, rakyat yang hina. Makanlah apa saja sempena raya ni. Beras pun dah kena import. Ayam pun nak kena import. Tak lama lagi, tanah pun nak kena bayar sewa. Mangkuk ke apa?
Jadi, sebelum terlambat, marilah kita nilaikan semula diri kita. Marilah kita mula membela ayam sepasang dua. Dimana saja kita berada. Jika anda tak mampu nak membela ayam, sila sponsor sepasang ayam dengan harga seratus ringgit dan kami akan BELA kan. hahaha. Sila kontek nombor yang tertera dikaca mata anda untuk keterangan lanjut. Ayuh! Sementara taik ayam masih hangat.
Hahaha. Seperti ayam-ayam yang lain, hanya ayam ajer yang terkenal sebagai pemakan ayam...
Harga ayam dah setanding harga babi. Sapa-sapa pernah makan rendang babi
No comments:
Post a Comment