Tuesday, August 17, 2010

Interview dengan Saiko

Jangan SEKSI depan akuu!!
...semalam aku dipanggil untuk menemuramah seorang saiko yang baru ditangkap kerana telah menyerang dan membunuh perempuan-perempuan seksi. Aku ditugaskan untuk meneliti mamat ni dalam usaha memahami keadaan mental manusia kerana sungguhpun kes jenayah sebegini masih terpencil, tapi jumlah orang seksi semakin meningkat sejak kebelakangan ini. Yang bertudung pun tak berkecuali. Aku pun saiko jugak kadang-kadang. Anyway, aku dah rakamkan banyak sesi perbualanku dengan mamat tu dan di bawah ni adalah salah satu yang aku dapati paling menarik..

"Bagi aku cerita, camana Allah buat jalan cerita untuk bab cuaca dunia. Perubahan cuaca dunia berlaku kerana pengaruh kedudukan bumi dalam orbitnya yang mengelilingi matahari. Nak senang, kau bayangkan kau ni adalah setitik dot merah di permukaan bumi. Bumi pulak berputar dalam paksinya, sekali putar ialah 24jam. Bumi yang berputar ni, mengelilingi matahari dan sekali round ialah setahun. Dalam 24 jam, kita mengalami 2 musim: malam dan siang. Dalam setahun, musim yang kita alami, bergantung kepada kedudukan kita di muka bumi. Jika kita berada di kutub, kita ada musim terang atau musim gelap saja dalam musim sejuk sepanjang tahun. Jika kita berada di hemisfera utara atau selatan, kita akan ada 4 musim. 4 musim ni pulak terjadi sebab pergerakan kelompok wap air yang macam kita jugak, bergerak dari tempat panas ke sejuk (atau tempat tinggi ke rendah). Kelompok air ni bergerak pulak dipengaruhi oleh perbezaan suhu bumi dan langit antara benua. Bila permukaan bumi itu berada pada kedudukan hampir/menghadap matahari, suhunya akan meningkat, menyebabkan wap air tersejat dan naik jadi awan. Awan ini pulak akan bergerak ke tempat sejuk bila perubahan suhu antara benua itu cukup untuk menarik jisim gerombolan awan ini tadi. Tapi ini semua teori. Walhal hak kat mana hujan turun, dan berapa titik hujan yang turun itu sebenarnya ialah pengetahuan mutlak milik Allah semata-mata. Kita cuma cuba menaakul supaya kita mudah nak budget nak sidai kain ke idak pagi ni sebelum pergi kerja.

Semua orang tahu bahawa ais di kedua-dua kutub semakin cair kerana suhu bumi semakin panas dek kenipisan ozon dan manusia yang suka bikin panas. Dan air-air dari ais yang cair ini kena mengalir somewhere sebelum diorang masuk dalam laut sebab kita semua tahu air masin dan air tawar tak bercampur. Jadi, sebelum air tawar tu nak masin, dia kena lalu atas permukaan bumi dulu. Dalam bentuk banjir. Dan air-air ni sedang mencurah-curah datang ke Malaysia, sebab kitalah yang terletak di paling hujung di benua kita ini. Allah dengan rahmat-Nya telah sudi mengurniakan kepanasan di bumi Malaysia agar air-air itu semua tersejat (sebelum sempat menjadi satu bencana) dan naik jadi awan dan awan itu Allah gerakkan ke benua lain (sebelum mereka turun dan jadi bala). Korang tak perasan lagi ke? Semuanya menunjukkan bahawa BUMI ini sendiri tengah BENGANG dengan orang kat bumi MALAYSIA yang tak berhati perut dengan MEMBIARKAN ZINA BERLELUASA DAN IBU MEMBUANG BAYI SESUKA HATI MEREKA. SEKURANG-KURANGNYA, TANAMLAH MEREKA ELOK-ELOK! Bagi batu nisan sikit. Lagi Ramadhan, lagi menyetan. Bila setan pun dah salute kat kita, maka yang boleh menyesatkan kita lagi ialah dajal. Dan aku taknak dajal tu keluar kat Malaysia, kat tempat adanya mak bapak aku, jadi aku nak musnahkan dulu pompuan-pompuan hodoh ni"

Aku taktau bagaimana nak laporkan penemuanku ini kerana dari rakaman di atas, aku ada bukti bahawa mamat ini tidak saiko. Yang saiko ialah aku kerana menganggap seksi itu kebiasaan...


*Aku, mamat dan saiko bukanlah nama sebenar.

3 comments:

adnoor said...

dengar tak hotfm petang smalam.. ( aku dah lama tak layan radio ni , selau ikim.fm jer..) tetiba terdengar sorang caller pompuan call, <> camnilah dia cakap,

"sukahatilah org pompuan nak nak pakai cemana, kalau org lelaki leh pakai sluar steng, ngan singlet, kami pun boleh gak nak pakai suka suki hati kami, kalau rasa tak nak tengok jangan tengoklah, pandang tempat lain..."

ni apa punya buduhlah pompuannih.. astaghafirullah.. aku nak tegur tak tahu no tipun....

Irwan said...

sebenarnya, minah tu dizahirkan sebagai ujian kepada kita semua yang mendengar.

kalau kita bersetuju dengannya, maka tergolonglah kita dalam golongan itu...

kalau kita membenci, maka ok lah tu...

dan kalau kita tak rasa apa-apa dan terus menukar siaran radio, maknanya kita dah rosakk..

anyway, good sharing...

Ziarah76 said...

musibah umat...

semoga Allah pelihara kita semua

Lain-lain cerita berkaitan:

Related Posts with Thumbnails