Tuesday, August 17, 2010

Harini Hari Selasa (Malam kang ada dinner bukak Puasa)

Hari ini datang lagi. Aku masih bernafas lagi. Syukur ke hadrat Ilahi. Kerana peluang ini. Aku bingkas bangun, menggosok gigi dan mandi.
Perjalanan ke tempat kerja, orang berlumba-lumba, bukanke harini puasa? Kenderaan banyak, tapi keta kosong ajer. Bawak sorang layan kepala. Ataupun dok berdua. Yang bermotor tak engat dunia. Yang bawak bas, berenti ikut suka. Yang bawak lori, memandu macam dia beroda dua.


Depan komputer, malasnya nak mula kerja, tapi keberkatan kena dijaga. Dah dulu sendiri yang gatal gi mintak kerjaa. Mula dengan menggaru kepala, kemudian dengan bersandiwara. Kemudian buat muka macam dah letiih gila. Sambil tu, usha-usha jam, tengok dah sampai ke, masa?

Pintu gate sudah dibuka, orang dah keluar pun dua tiga, sampailah giliran kita, tutup buku, kemas-kemas dan balik kerja. On the way ke rumah kita, walau sesak, tapi kepala rilek ajer. Nak isap rokok, takbley sebab poser, kita singgah dulu beli juadah berbuka.

Cari parking cam carik jodoh, orang bangang dan orang bodoh. Semwa letak main ikut ego. Samalah jugak yang naik motor.

Kat bazar, orang ramai giler, masing-masing muka, macam tak poser. Ada air, ada nasik, ada kueh bingka. Nak beli apa? Duit cuma dua ringgit ajer. Ah takper, kita jalan-jalan ajer. Tak dapat kenyang perut, kita cucilah mata.

Kembali di rumah, terus berdandan. Kasi bersih, dan nampak tampan. Malam ni ada majlis makan-makan. Bertemu kembali dengan kawan-kawan. Mengimbas kembali cerita lama dan kenangan. Tapi soalan bila nak kahwin, jangan ditanyakan. Kerana itu urusan tuhan. Buat masa ni, kita have fun. Teruskan makan dan meneguk minuman.

Sampai di rumah, dah tengah malam. Perut kenyang, mata pun kelam. Tanpa ragu, terus ke tilam. Padam lampu dan selamat malam.

No comments:

Lain-lain cerita berkaitan:

Related Posts with Thumbnails