Wednesday, August 18, 2010

Wali dari Bangi (Ghash 2)

KuWali Hitam dengan Abang Karkun
"Assalamualaikummm" salamku kepada tuan rumah. Senyaap jer? Tapi TV berbunyi dan kipas nampaknya berpusing. Tapi takde orang jawab. Ishhh!! Tak baik berburuk sangka. Mungkin tuan rumah dalam bilik air kot? Aku meninjau-ninjau ke dalam rumah. Abang karkun yang masa tu amer jemaah ghash (ziarah), bertasbih menegurku. Aku memandangnya dan tersenyum. Ziarah dari rumah ke rumah pada waktu petang ni memang aktiviti wajib kalau kitorang keluar mana-mana. Inilah tulang belakang kepada usaha ini: mengetuk setiap pintu rumah dan mengambil peluang yang sekejap itu untuk berbicara serba sedikit tentang iman. Tapi kena lakukan dengan adab. Dan menjenguk-jenguk ke dalam rumah itu sesuatu yang kurang beradab semasa ghash. Haduii. Kena lagi.


"Assalamualaikumm" salamku kali kedua. Aku memandang ke arah ahli jemaah yang lain. Mana-mana yang ter-eye contact dengan aku tu, tertunduk sambil meneruskan zikir mereka. Aku pun tertunduk. Kami berdoa agar Allah berikan kami peluang untuk bercakap tentang kebesaranNya di rumah orang ini. Aku ternampak kelibat sesuatu yang bergerak dari dalam rumah. Bunyi TV di slowkan. Astaghfirullahhh (istighfar sebab doaku diterima)...Ada orang rupanya di dalam. Kedengaran tapak kaki tuan rumah mendekatiku. Hanya pintu depan saja yang memisahkanku dari tuan rumah. Inilah peluangku untuk buat dengan lebih baik lagi. Semoga Allah memimpin lisanku dan membolehkan aku belajar sesuatu dari semua ini. Tombol berputar. Pintu dibuka. Kelihatan seorang brader Melayu, berspek, berseluar pendek membuka pintu rumah sambil tersenyum. Aku tersenyum kembali. Beliau memandang ke arah jemaah kami yang berpeluh-peluh berdiri kat luar. Masing-masing tersenyum sambil mulut masih terkumat-kamit berzikir.

"Assalamualaikum, bang. Saya Irwan. Nama abang?" mulaku.
"Wa'alaikumussalam. Jefri" jawabnya pendek. Masih tersenyum.
"Abang Jefri, kami datang dari rumah Allah, berjalan kerana Allah, mau belajar pasal Allah. Harap abang Jefri sudi beri sedikit masa untuk jurucakap kami berlatih berbicara mengenai iman" kataku selamber bagaikan robot yang telah diprogram untuk menuturkan kata-kata itu. Brader tu macam dah budget kedatangan kami tu, masih tersenyum ajer.
"Silakan, silakan. Tapi takleh lama. Saya tengah masak something kat dapur tu" jawab brader tu mesra. Aku terus mempersilakan Mutakalim (jurucakap) untuk menjalankan tugasnya.

"Alhamdulillah bang Jefri. Nama saya Fahmi. Saya student Poli PD. Kami jemaah 40H berada 3 hari di masjid abang ni dan kebiasaan petang-petang ni, biasalah, kami buat aktiviti ziarah, ye bang ye" mula Fahmi. Dia ni selalu jadi Mutakalim kalau kitorang ghash. Kira dahsyat gakla ayat dia. Dia cerita, dia belajar dari abang karkun. Kira Fahmi ni dah lama kenal dengan abang karkun berbanding aku. Tapi aku rasa dia taktau abang karkun tu wali. Sebab hanya wali ajer akan mudah mengecam wali yang lain. Hehehe. Terperasan pulak aku.

"Subhaanallah" tasbih abang karkun sambil mengusik tanganku. Aku memandang padanya. Abang karkun memuncungkan bibirnya ke arah Fahmi, mengisyaratkan agar aku fokus pada kata-kata Fahmi. Memang ni adab ghash, pun. Masa Mutakalim berkata-kata, kita kena dengar dengan teliti dan menganggap apa yang kita dengar itu adalah sesuatu yang masih belum kita fahami hakikatnya. Walaupun Mutakalim dok ulang-ulang ayat yang sama jer untuk setiap rumah yang kita kunjungi dari tadi. Tapi itulah kehebatan ajaran Islam. Ada ajer sudut pemahaman baru yang terdapat dalam setiap ajaran dan amalannya. Abang karkun mencuit tanganku pula. Aku fokus kembali kepada Fahmi yang tengah bercakap sambil mengangkat-angkat tangannya macam Karam Singh walia.

"..dan untuk maksud ini, malam ini selepas solat Maghrib, kita ada sedikit majlis fikir atas iman dan amal dan amatlah berbesar hati jika abang Jefri dapat turut serta bersama kami" closing Fahmi.

"Kat masjid?" tanya brader tu kebangangan. Memang arr. Takkan kat rumah abang pulak..Dub! Haduiiihhh!!! Bahu kananku disekeh dari belakang oleh abang karkun. Pukul curi bolehlah...Dub! Hadoiii...Bahu kiriku pula disekeh. Lenguh bahu aku. Fahmi dah salam-salam dengan tuan rumah. Semua orang dah senyum-senyum. Aku nak hangkat nak hulur tangan nak salam pun dah tak larat sebab lenguh kena tujal dek abang karkun...Aku cuma dapat angkat-angkat kening jer dengan tuan rumah . Selepas memberi salam, kami pun meneruskan ghash kami ke rumah sebelah. Cam berkuncii jer gate depan tu..Hehehe. Yes! Skip lagiii...Ni pun dah nak dekat Maghrib dah ni. Lepas ni, kang, boleh balik masjid...Dub!! Adeh!! Bahu kananku ditujal lagi. Aku dah tak boleh rasa seluruh tangan kananku. Abang karkun mengacah-acah tujalannya padaku dan mengarahkanku meneruskan perjalanan kat depan.

"Assalamualaikummm" aku bagi salam sambil menggoyang-goyangkan rantai kunci yang mengikat gate rumah sebelah.
"Assalamualaikum" salamku pendek. Aku berzikir dua-tiga kali sambil mengusap bahu kananku yang lebih lenguh dari bahu kiri.
"Assalamualaikum" salamku kali ketiga dan kali terakhir. Aku memandang ke arah abang karkun.

"Kita tangguh dengan astaghfirullah" kata abang karkun pendek. Dan jemaah pun membentuk formasi dua-dua dan terus bergerak kembali ke masjid untuk program seterusnya.

Tangan-tanganku karen-karen sebab kena tujal. Tulah. Tak jaga lintasan hati langsung. Padan muka aku...

8 comments:

Jik es said...

salam eid mubarak,

saya berminat nk join majlis fikir atas iman. bole tolong bagitau macam mana?

Irwan said...

salam kembali...cari budak tabligh yang sedang kelaur 3 hari di kawasan anda dan join majlis diorang yang lepas maghrib tu.

Atau, nak lagi terasa, kau join dulu program ghash mereka (yg biasanya dilakukan selepas asar, sebelum program majlis fikir tadi)

Nak lagi gempak, kau join malam program malam sabtu di markas seri petaling..

huhu..

semoga Allah memilih aku sebagaimana Dia memilih engkau

Jik es said...

terima kasih brader scuba. belum penah perasan golongan tabligh di masjid sini lg. hmm.. akan ku cuba step by step insyallah

Irwan said...

kat mana tempat kau tu? kau kira untung sebab tuhan belum buat keputusan lagi kat tempat kau. Kalau kau nak tau, bila budak2 tabligh dihantar ke satu2 tempat, maknaya Allah nak uji orang tempat tu.

Kalau terima, selamat. Kalau diam atau benci, tunggulah masa...

Pakistan dah kena

Jik es said...

aku ada di pinggir TTDI, sg penchala. mungkin ujian kami di sini lain bentuk, wallahua'lam

pakistan dh kene? kene ape? huhu.. macam berchatting pulak. bole bg email address? aku nye jik_es@live.co.uk

Irwan said...

takper, mari kita berchatting di mana saja

kena bala ler..kan banjir tak surut-surut tu...kita kat sini sibuk beraya sampai membazir...

Penglipur Lara said...

Owh..poli PD ke bro? saya asal port Dickson jgk..kenal la dgn Haji Hisyam? Pak Hasan?

Walaupon ayat mutakallim sama, kefahaman berlainan Allah bagi..tambahan pulak kalo kita mutakallim..lagi besar kesan..sbb telinga kita paling dekat dgn mulut yg berkata2..jadi kita kena cakap lagi dan lagi pasal Allah punya kuasa.. hoho..
kat Tasmania ni, tiada usaha lagi..asbab saya tak buat usaha.. tolong doa syeikh! :D :D :D

Irwan said...

tak ah..aku cuma respek dgn budak tabligh lepasan poli PD.

Dua-dua kenal walaupun diorang tak kenal aku...

Tasmania? Coool...

Lain-lain cerita berkaitan:

Related Posts with Thumbnails