Wednesday, August 4, 2010

Kita, mug dan Realiti 3.1 (Malaikat)

baca dari mula...

Allah Maha Mengetahui. Tak pasti sama ada Dia ciptakan malaikat dulu atau manusia dulu. Namun diceritakan patung-patung prototype (yang bakal ditiupkan roh Nabi Adam a.s), ada terdapat di sekeliling. Dan para malaikat memang dok hairan dan kagum dengan binaan patung ini. Namun mereka tak habiskan masa dengan patung-patung ni sebab diorang ni memang diprogram untuk asyik dengan Allah sahaja. Sebab mereka telah diberitahu akan perjalanan realiti ini. Satu hari nanti, akan ada hari kiamat. Dan cara mereka nak selamat selepas kiamat ialah bukan dengan mengumpul amalan sebanyak yang mungkin, tapi terus aim nak jadi urusetia masa alam akhirat nantik. Dahla malaikat-malaikat ni, mereka menurut saja perintah Allah. Yelah. Sapa tak menurut perintah bila mereka dah berada dekat dengan Nya? Semua akan berebut-rebut nak dapatkan perhatian Nya. Sebab Allah Maha Agung. Kalau nak senang paham, malaikat ni kira macam peminat fanatik kepada artis laa. Bila jauh, peminat ni dok teringat-ingat kat artis. Bila dah bertemu, peminat akan terus meracau-racau, sawan dan pengsan. Kira camtu lah. Orang yang tak kenal artis, takkan ada rasa macam ni. Ada malaikat yang asyik bersujud. Ada yang asyik rukuk. Ada yang asyik berdiri. Ramai juga yang asyik dengan berputar-putar mengelilingi garisan dari Kaabah hingga ke atas sana, macam pengikut tarekat Mevlevi di Turki tu. Malaikat ni diperbuat daripada cahaya. Cahaya bermakna mereka ini adalah HASIL dari SUMBER CAHAYA, bukan sesuatu yang mampu menghasilkan cahaya dari diri mereka sendiri. Mereka hanya boleh berubah-ubah bentuk dan dipantul-pantulkan macam cahaya lampu. Dan kepada yang belajar fizik sampai form 5, kita paham bahawa cahaya ni bergerak dalam garis lurus. Macam malaikat. Allah suruh cabut nyawa, mereka cabut nyawa. Allah suruh pegang Arasy, diorang pegang Arasy. Jangan salah faham. Allah tak memerlukan sesiapa. Cuma bagi mereka yang dah lihat keagungan pentadbiran Allah, pasti mereka akan berebut-rebut nak berkhidmat kepada Allah dengan mengambil tanggungjawab menjaga itu atau ini. Tapi malaikat bukan suka-suka jaga angin, suka-suka jaga laut macam manusia. Diorang buat pun setelah Allah izinkan. Tak macam aku yang suka-suka jadi manusia biasa bila dah jadi wali. Ni nak jadi wali balik bila dah sedar betapa hampirnya dunia dengan expiry datenya...Amenda laaa.

baca sambungan...

4 comments:

± said...

dan sebagai malaikat dah for sure x payah risau pasal neraka kan?itulah kelebihan mereka

Irwan said...

risau? sesapa yang hampir dengan Allah takkan ada rasa risau or what so ever. itulah dia 'hati yang sejahtera'

hitam said...

wali tu ape? bole eh nk jd wali xnk jd wali? ak slalu dgr pktn wali ni, wali band, wali songo, org indon mmg sinonim gan wali ke?

Irwan said...

wali itu adalah sahabat/orang suruhan Allah. Mereka melakukan asbab di dunia ini agar ketentuan Alah itu berlaku.

Orang indon sinonim dengan kewalian bukan sebab wali songo, tapi sebab animisme masih kuat dalam hati mereka, tinggalan kerajaan Srivijaya duludulu...

Lain-lain cerita berkaitan:

Related Posts with Thumbnails