Wednesday, August 4, 2010

Kita, mug dan realiti 6 (Muslim dan non Muslim)

baca dari mula...

Ramai akan bertanya: kalau Islam tu bagus sangat seperti yang dikatakan dalam blog payabesarpedas, kenapa orang Islam zaman sekarang lebih teruk akhlaknya dari orang bukan Islam? Ini mudah sebab Iblis dan kuncu-kuncunya hanya akan menyesat dan melaga-lagakan orang yang akan ke syurga. Sebab orang yang ada password dalam hatinya, dan percaya kepada password ini walaupun sedikit, mereka ini hanya akan LALU dan dok kejap kat neraka. Mereka akan dihumbankan ke syurga juga akhirnya, sebelum pintu syurga ditutup buat selama-lamanya. Yang kekal dalam neraka ialah orang yang takde password. Dan Allah tak mahu seorang pun manusia yang dijadikan dengan kasih sayang ini berakhir di neraka selama-lamanya. Tu sebab Allah hantarkan nabi dan rasul untuk membawa peringatan dari dunia ghaib akan jalan cerita realiti ini. Dan dari 25 orang Rasul tu, 24 darinya diturunkan di kalangan orang yahudi, bangsa paling screw-up kat dunia ni. Tak selesai masalah jugak. Siap diorang bunuh nabi-nabi diorang lagi. Last-last, Allah turunkan Rasul dikalangan bangsa kedua yang screw-up; Arab dan satu dunia dapat Islam sampai sekarang.

Dan menjadi tugas kepada orang yang mengetahui akan kebenaran ini untuk menyampaikannya kepada yang masih dalam kegelapan. Sebab kita kasihankan mereka yang terdedah kepada kemungkinan mati tanpa password. Nanti makin maraklah API yang bahan bakarnya ialah batu dan manusia. Password ini pula, mestilah dijaga sebab ia boleh terbatal. Dan kita kena sentiasa renew password kita ni, takut-takut kita ada terbuat atau terkata atau terlintas apa-apa yang boleh membatalkan password ini.

Dan memang menjadi cabaran kepada mereka yang mengetahui realiti ini, bahawa nak dapat pulang ke syurga, perjalanannya sangat sukar. Syurga dikelilingi oleh cabaran dan kesusahan. Tu sebab orang yang mula-mula nak kembali ke jalan syurga, hidup ni rasa pahit dan payah dan rasa kesunyian. Memang lah. Kesusahan dan kepayahan itu sebenarnya pengimbal-balik akan dosa yang telah kita lakukan supaya neraca mizan itu nantik menunjukkan kita ni golongan syurga. Golongan neraka pula lalai diulit perasaan dan nikmat duniawi dan menyangka mereka berada di jalan yang betul. Sama macam Iblis.

Golongan inilah yang perlu kita sedarkan semula agar mereka juga dapat pengakhiran yang baik seperti kita yang lahir-lahir dah Islam ni. Dan peringatan itu kena selalu kerana kita semua tahu bahawa kita bukanlah seorang yang sentiasa beringat. Dan semoga semua hasrat kita ini, Allah akan pandang dan lihat kita dengan kasih sayang pula dan membenarkan kita kembali dan bertemu dengan Nya untuk menyatakan syukur kerana telah memilih kita untuk menyaksikan bahawa Tiada Tuhan Selain Allah dan Muhammad SAW itu hanyalah hamba Nya.

Wallahua'alam

ikuti siri ini di sini

No comments:

Lain-lain cerita berkaitan:

Related Posts with Thumbnails