Seperti yang kita tau, patung prototype untuk Nabi Adam a.s dah ada di sekeliling. Sekeliling apa aku pun tak pasti sebab makrifat aku tak berapa jelas lagi part ni. Maklumlah, cerita lamerr. Ada yang cakap sekeliling syurga. Ada yang cakap sekeliling satu lapisan langit tu sebab makhluk jenis cahaya takleh rapat sangat dengan Allah. Aku malas nak pikir part ni. Tapi Azazil yang sejak dah dinaikkan pangkat dan dah berkhidmat untuk tugas yang besar tu (menghapuskan kaumnya), perasan dengan patung-patung ni. Dia usharr jer patung ni. Andaian dia ialah, Allah akan lantik pentadbir baru untuk bumi yang dah dibersihkan tu sebab Allah tak suruh musnahkan bumi walhal Allah boleh tekan butang 'reset' dan start new game. Dan semua malaikat perasan jugak dengan tulisan "La ila ha illal lah Muhammadur rosulullah" yang menghiasi segenap ceruk tingkatan langit itu. Azazil pikir, mesti 'Muhammad' ni ialah nama untuk pentadbir bumi itu nantik. Dia pun aim nak jadi pentadbir tu. Jadi, dia pun mulakan dengan memahami patung tu. Manalah tau kalau-kalau Allah suruh guna patung ni untuk mentadbir bumi. Dia paham konsep bahawa Allah hanya akan berikan sesuatu kepada yang layak maka dia pun cubalah mempersiapkan dirinya dengan kelayakan yang sepatutnya.
Sampailah ke saat Allah menyatakan bahawa Dia akan melantik manusia sebagai khalifah. Malaikat biasa takkan berhujah dengan Allah sebab diorang ni cahaya, lurus. Yang mempersoalkan keputusan Allah tu, sudah pastinya ketua malaikat kita ni tadi. Dia jer yang API. Azazil yang dah memahami selok-belok bumi, dan segenap binaan patung manusia tadi, sekadar menyatakan pendapatnya kerana dia tengok binaan patung tu ialah jenis yang bakal membuat kerosakan di bumi. Dahlah mempersoalkan kehendak Allah, dia rasa dia lebih tahu pulak apa yang terbaik untuk bumi. Tu yang Allah terus tempelak jer dengan mengatakan Allah lebih tahu apa yang mereka (malaikat) tak tahu. Dan sebagai menzahirkan kehebatan Nya, Allah suruh semua malaikat ni sujud hormat kepada bakal ketua mereka (manusia). Semua tunduk kecuali Azazil. Bila ditanya kenapa dia tak sujud, Azazil kata buat apa api nak sujud kepada tanah. Api lagi baik dari tanah. Selamba jer Allah tanya dia balik, mana dia tau tanah lebih baik dari api? Azazil tak dapat jawab dan dia dah perasan dia dah silap. By this time, semua malaikat dah sujud kali kedua (sujud syukur sebab mereka taat untuk sujud kali pertama tadi). Bila dah tengok semua malaikat sujud kali kedua, sedarlah Azazil dia dah buat silap besar. Tapi sebab dia api dan dia banyak sangat pikir pasal macam-macam selain samikna wa ata'na, dia terus melayan api yang semakin membesar dalam dirinya. Allah ajer yang tahu apa yang bermain di benak Azazil pada masa tu hingga membuatkan Azazil dilaknat. Lagi la dia tak puas hati sebab makhluk masa masih berjalan tapi nasib dia dah diketahui, seolah-olah tak bagi harapan langsung untuk kembali. Padahal kesalahan dia rasa macam kecik sangat, kalau nak dibanding dengan tugasan dan jasa yang dah ditaburnya. Sebenarnya, salah satu hikmah penciptaan manusia adalah bukti akan kehebatan pengetahuan Allah. Allah dah tulis dah nasib setiap makhluk; syurga atau neraka. Dan perjalanan hidup di dunia ni umpama 'simulator' yang membuktikan kebenaran keputusan yang telah Allah tentukan itu. Bukti yang menunjukkan bahwa keputusan Allah menempatkan Iblis dalam nereka selama-lamanya adalah tepat dan bukan sebab bengang dengan kegopohan Azazil pada masa perbincangan berlaku.
Tapi Allah Maha Mengetahui lagi Maha Penyayang. Allah bagi chan lagi kat Azazil untuk bertaubat. Azazil cuma perlu sujud kepada Nabi Adam a.s, selagi belum kiamat. Allah dah tau Azazil takkan buat begitu dan atas pelbagai sebab yang lain lagi, Azazil di tukar nama ke Iblis. Dan sejak dari itu, Iblis memang tak puas hati dengan manusia dan akan bawak manusia ni ke neraka, seperti yang didakwanya dahulu ketika namanya Azazil.
6 comments:
takde sambungan lagi ke bro?
seluruh siri ini bersambung-sambung.
bang, kalo suma jin dihapuskan azazil masa tu , yg saki baki jin sekrng ni dari mana?
Azazil dah musnahkan semuanya masa zaman dia jadi kapla malaikat.
Jin-jin yang ada sekarang ni datang setelah peristiwa Iblis dicampak ke bumi...
Post a Comment