baca dari mula..
Kemudian, Allah ciptakan satu lagi makhluk. Makhluk ni gempak sikit. Sebab diorang ni diperbuat dari API. Api ni sumber cahaya. Makhluk ni dinamakan jin. Jin ni diletakkan di bumi. Disebabkan sifat mereka yang suka membakar untuk terus hidup, mereka dah buat pelbagai kerosakan kat muka bumi ni. Tapi jangan salah faham. Dalam ramai-ramai tu, ada sekor yang Allah beri kesedaran akan hakikat realiti ini sebagai keadilan kepada kaum jin. Dan namanya Azazil. Azazil ni, masa kat dunia punyalah warak. Jalan setapak, sujud. Jalan dua tapak, sujud. Camtu sekali dia punya makrifat kepada Allah. Sampaikan banyak jugak jin yang belajar dengannya, dapat naik makam dan berkhidmat untuk Allah di tingkatan-tingkatan langit yang tertentu.
Cahaya api memang bergerak dalam garis lurus, tapi sifat api ni, dia perlukan bahan bakar untuk terus hidup dan bercahaya. Api masa kecil menjadi kawan, masa besar menjadi lawan. Azazil menggunakan sifat apinya dalam mempertingkatkan ibadatnya kepada Pencipta. Dia kecilkan api dalam dirinya dan gunakan cahaya yang kecil itu untuk naikkan lagi martabatnya. Takde sapa yang tau apa niat dia nak naikkan martabat tu. Kita prasangka baik jelah. Kita anggap dia ikhlas dengan ibadatnya bertujuan untuk dapatkan tanggungjawab dari Allah. Sebab masa tu, semua berebut-rebut nak kerja dengan kerajaan. Macam kat China...
Last-last dia memang diangkat sebagai ketua malaikat. Pergh. Layak la tu. Malaikat cahaya. Ketuanya ialah sumber cahaya. Dan makhluk bernama masa terus berjalan. Sementara itu, bumi yang sudah mula dipenuhi oleh bangsa jin, semakin lama semakin rosak. Bangsa jin ni membiak dengan banyaknya (dapat lak tulang dinosor memang besar-besar) dan seperti biasa, bila makan dah banyak, main pun kuat laaa. Dan bangsa jin ni dah experimen macam-macam kat dunia. Macam manusia jugak. Ada yang sampai tahap cross-breed bangsa jin dengan dinosor pun ada. Bila diorang dah tau pasal realiti, mulalah konon-konon nak manipulasi. Bila dah pandai, nak memandai-mandai. Macam Yahudi. Konon-konon nak lari dari maksud penciptaan kita yakni beribadat dan taat kepada Yang Menciptakan kita. Ada yang buat sistem demokrasi la dan beberapa jin ni akan angkat seseorang dari mereka jadi raja. Ada yang buat kepala sendiri dan tubuhkan kerajaan dalam laut atau di padang pasir atau di hutan. Ramai juga yang blank-blank dan tak tau apa-apa dan masih merayau-rayau dalam semak di sekitar garisan Khatulistiwa. Tapi sebaik-baik mereka adalah sejahat-jahat manusia. Kira Yahudi tu adalah contoh jin paling baik laaa.
Dan bila kerosakan dah makin melata di bumi ini, Azazil yang pada masa itu menjadi ketua malaikat diperintahkan untuk membersihkan bumi ini dari semua kemungkaran. Maka Azazil yang menganggap ini ialah ujian kepadanya (maklumlah, dia jin. Yang dia kena musnahkan ni ialah kaumnya sendiri; jin jugak). Dia taat. Dia mengetuai rombongan malaikat dan mereka menghujankan tahi bintang ke arah bumi. Banyakla jin yang terkorban. Azazil melakukan semua tanpa perasaan. Takde belas kasihan. Tahi bintang paling besar dan hebat di aimkan kepada kepala gangster jin yang pada masa tu cuba melarikan diri ke benua Asia. Tak sempat. Lepas menghujani bumi dengan tahi bintang, pasukan ini turun pula ke bumi untuk memastikan yang mati tu mati dan yang cedera tu pun mati. Bila dah habis kerja, pasukan penggempur ini pun kembali ke langit. Laksana api yang baru disorongkan kayu, cahaya Azazil semakin terang.
baca sambungan..
4 comments:
ko rasa azazil memang diprogram utk rasa riak ke?
semua benda ni adalah jalan cerita yang Allah dah tentukan. soalnya, apa pengajarannya?
kalau camtu, adakah bermaksud nasib kita semua mmg dah ditentukan sejak azali akan masuk ke neraka atau syurga? adakah nasib kita dah ditentukan seperti malaikat dan iblis? banyak pulak soalan aku
Bila Allah buat sesuatu makhluk, Dia dah buat dengan segala pengetahuan tentangnya. Baik, buruk, untung, rugi dan lain-lain.
Kemudian mereka ditebarkan di atas hamparan realiti ini dan diberikan sedikit 'kebebasan memilih'
Masa dalam bebas inilah ramai yang screw up. Bukan sebab mereka ti screw up. Tapi memang susah nak kekal BAIK dalam DUNIA ni. Bahkan malaikat yang telah kenal ALlah pun boleh screw-up (Harut Marut), inikan pulak kita yang tak pernah TAHU pasal Allah walhal JUMPA Rasulullah SAW.
Bila sesuatu kejadian berlaku di alam ini, dan kemudian dibincang-bincang oleh para malaikat di langit sana. Bila mereka tanya pada Allah, Allah cuma jawab:
"Kan AKU DAH CAKAP?"
kemudian para malaikat bertasbih...
Post a Comment