Kelisa Biru |
"Bagi aku drive" kata Abu. Abu mengambil kunci kereta dari tangan Atan. Biasanya, Atanlah yang tukang bawak kereta dan Abu akan jadi tukang karut kat sebelah. Tapi malam ni, tahapabendantah, Abu gatal nak bawak keta. Si Atan biarkannn ajer. Diorang masuk ke dalam keta. Start enjin. On lampu dan terus cargas. Malam ni mak takde, so kena beli sahur awal-awal. Kalau lambat kang, takut kedai makan dah takde makanan yang memberansangkan. Yang tinggal cuma kuah dan ayam goreng kecut sahaja. Camana nak membekalkan tenaga untuk mukmin yang berpuasa macam Atan dan Abu kita?
"Ek-elleh..." Nak keluar simpang, tunggulah aku jalan dulu. Bukannya aku jauh, pun" rungut Abu tibatiba. Sebijik kereta Kelisa LE biru lusuh berplat NBN3987 keluar tibatiba dari simpang di depan mereka. Abu memperlahankan kereta. Atan dok usha ke depan jer. Senyuman sumbing terukir di bibirnya.
"Haaa, tengok! Tadi tak nyempat nak keluar sangat! Dah keluar, bawak slowslow tetengah lak tu" Abu merungut lagi. Dia highbeam-highbeam kat keta Kelisa depan tu. Kelihatan ada mamat berketayap karkun sedang memandu di dalam kereta Kelisa biru tersebut. Mamat tu macam dok pandang-pandang kat arah pangkuannya.
"Mesti mamat depan ni SMS, ni" Abu mengagak sepi. Dia bagi signal ke kanan, drop gear, dan memotong kereta di depan. Atan terus memakai tali pinggang keledar dan memegang handle kat atap keta. Tangan kanan dah ready kat handbrake, kalau-kalau Abu panik. Masa keta mereka melintasi kereta kelisa tadi, diorang memandang ke arah pemandunya. Kelihatan mamat tu dok pandang-pandang ke bawah sambil kilasan lampu handphone menerangi mukanya.
"Dahlah tak menyempat nak keluar, pastu bawak slow!" |
"Memang sah tengah SMS!" sentak Abu. Abu tekan hon dua kali dan mengeluarkan tangan kanannya dari tingkap dan Atan dapat mengagak apa tanda isyarat lalu lintas yang Abu sedang tunjukkan pada mamat Kelisa sebelah. Kereta diorang sudah memotong kereta tadi. Abu kelihatan puas hati. Atan kelihatan geli hati. 20 saat berlalu dan masa Atan baru nak tukar channel radio, dia perasan rearview mirror kereta mereka bercahaya dek di highbeam oleh kereta belakang. Atan usha belakang dan betul, Kelisa belakang dok highbeam-highbeam keta diorang. Abu usha jugak kat cermin sisi.
"Amenda mamat ni nak, ni?" tanya Abu. Dia macam tertekan jer dengan tindakan mamat belakang yang main-main lampu dengannya. Atan nampak cool jer. Tak lama kemudian, kereta kelisa tu memotong kenderaan mereka. Masa kereta tu kat sebelah...
"Hoi! Bumper belakang kau nak cicir!" jerit pemandu keta tu sambil menghayun-hayunkan tangan kirinya. Dia terus memotong kenderaan Atan dan Abu dan menghilang dalam kegelapan malam. Atan memandang pada Abu. Abu bagi signal ke kiri. Mereka memberhentikan kereta di bahu jalan dan menyalakan hazard light. Kedua-duanya keluar dari kenderaan dan mengusha bumper belakang.
Memang betul bumper belakang dah jatuh. Dok dangling bertahan dengan bracket satu skru yang sebelah kanan jer. Sibbaik tak jatuh kat tengah jalan. Sibbaik mamat tadi bagitau. Sibbaik kitorang potong dia. Sibbaik dia bawak slow. Sibbaik dia keluar simpang tetiba tadi...
Atan dan Abu menanggalkan bumper belakang kereta mereka dan meneruskan perjalanan mencari makanan untuk sahur dengan penuh kesyukuran.
2 comments:
hmmm... tak terpikir pulak aku macam gitu.. ye tak ye jugak ye..?
macam mana laa nak dapat kesedaran macam nih scoob?
kita kena sentiasa ingat setiap saat bahawa Dia sedang berkomunikasi dengan kita...
cuma kalau dia keluarkan text kat awan bagi kita nampak, atau melempang kita sebelum kita nak keluar dating dengan awek kita, maka tak payahlah ada rukun iman...
kengkadang peringatan tu dalam bentuk lisan, cam ceramah atau panggilan telefon dari mak kita. Tapi selalunya, ia dalam bentuk abstrak seperti apa yang berlaku dalam kehidupan seharian kita.
Cuma sekarang ni, mesej ari Allah tu agak ganas-ganas sikit...Tu jerrr
Post a Comment