Monday, August 23, 2010

Hipnotisma ala payobosa 2

Cara menggunakan payabesarpedas.blogspot.com

Klik kat gambar untuk tengok dengan jelas

Aku pasti, ramai yang tak sempat nak baca sampai habis cerita-cerita dalam blog ni. Dapatlak aku dah buat style butang 'read more' untuk meng-adventurekan lagi hidup korang. Akibatnya, korang tak dapat menikmati dengan sepenuhnya akan lautan informasi yang terkandung dalam setiap cerita kewalian yang diketengahkan. Sebab korang malas nak tekan butang read more tu dan baca sampai habis. Aku susah-susah taruk gambar banyak-banyak dan penuhkan server blogger, korang taknak nikmati..Rugilah...Jadi, demi memutuskan hubungan persaudaraan dengan setan sebab membazir, kat posting ni, aku ajarkan cara yang aku sangka korang dah tau, untuk menikmati setiap cerita dalam blog wali-wali ini. Aku pun dapat benda ni dari member aku dan member aku tu dapat dari member dia, dan dia tu dapat dari satu seminar blogger tu. Sanadnya tak sampai ke golongan tabiin atau mana-mana golongan agama pun.


Bila korang dah masuk blog ni, kasi dia load habis-habis dulu. Bila dah habis, usha senarai posting mengikut tarikh dulu. Takut-takut ada posting semalam yang terlepas. Kemudian, save page utama itu sebagai 'main_tarikh hari ini'. Kalau ada apa-apa iklan, bawak-bawakla klik sepam dua. Menderma kat aku. Lepas tu, korang tekan butang read more dalam setiap posting yang korang nak baca tu. Tunggu sampai habis load page tersebut dan korang save page tu. Bila dah save, tekan butang 'home' yang ada kat bawah cerita tadi. Ulang untuk setiap posting yang korang nak baca. Korang boleh cari ikut date posting tu dikeluarkan. Atau mengikut Label cerita yang aku dah katalogkan. Dan kalau korang tak perasan lagi, dalam blog ni ada beberapa siri yang tetap seperti Kita, Mug dan Realiti (cerita pasal realiti alam), Kisah Para Wali, Interview dengan Wali (cerita tarekat dan sufism) dan Wali dari Bangi (cerita tabligh). Ada jugak cerita-cerita boring macam isu terkini, politik atau topik sukaramai: politik sebagai Melayu Islam.

Bila korang dah save page-page tu, korang bolehlah simpan dalam pendrive atau handphone dan baca bila ada masa terluang. Ada orang baca novel. Ada baca majalah. Korang: Korang suka baca payabesarpedas. Hahaha. Selamat Hari Isnin.

No comments:

Lain-lain cerita berkaitan:

Related Posts with Thumbnails