"Wan, aku rasa kau kena kurangkan cerita-cerita pasal tabligh dalam blog kau" kata abang karkun pada malam tu. Aku tertunduk memandang seliparku. Aku cuba menguis-nguis kesan cat wrought iron yang melekat. Cuba mengcover akan kecemasan yang membuak-buak dalam dadaku.
"Kenapa?" tanyaku.
"Sebab cerita-cerita kau boleh sebabkan banyak ketidakfahaman daripada kefahaman" kata abang karkun.
"Kan ada ruangan komen. Pembaca boleh tanya kalau dia tak paham" jawabku.
"Camana dia nak tanya kalau dia sendiri tak pasti apa yang dia paham? Dahla kau buat artikel kau dalam bentuk umum dan lawak-lawak. Cam tak series jer. Kerja dakwah ni benda series. Dia ada adab dan tertibnya. Bukan melalui blogging-blogging sumer ni" kata abang karkun. Aku hanya terdiam. Aku kasi chan kat dia menaburkan peluru-pelurunya.
"Dakwah memberikan kesan yang baik kepada pendakwah dan yang didakwah. Kau pun tau hal ini, kan?"
"Ramai yang kata cara saya ni berkesan, apa?"
"Berkesan untuk terus mendekati blog kau dan kau, bukan berkesan dalam mendekatkan orang tu kepada Allah melalui perantaraan amal" jawab abang karkun. Aku terasa dengan kebenaran kata-katanya. Aku memang suka dengan popular. Padaku, kata-kata orang yang popular yang bangang lebih didengari dari kata-kata seorang abid yang rigid.
"Tapi bang, saya bukanlah berblogging ni untuk berdakwah. Saya cuma berkongsi" pusing aku ke arah lain pula.
"Tapi kau sendiri sedar yang pikir-risau kau dah berubah sejak kau mula berblogging, kan? Dari seorang yang suka mengkaji kepada seorang yang suka mengkeji. Daripada seorang yang merendah diri kepada seorang yang rasa dialah yang terkini" hujah abang karkun pula.
Aku terdiam lagi. Tak cilah camni. Dia boleh baca pikiran aku dan aku pulak kengkadang tak paham pun apa yang bermain dalam kepala aku sendiri. Dan memang aku akui, sejak berblogging ni, kengkadang termasuk jugaklah pemikiran tentang dunia blog ni dalam solatku. Nampak sangat pikir risauku dah mula berubah...
"Perjuangan kita bukanlah setakat habis kat dunia ni sajer. Kita sedang mengumpulkan dana untuk perhitungan terakhir di mahsyar nantik. Sanggupkah kau mengambil risiko jika cara yang kau ambil ini menyebabkan orang semakin jauh dari Nya? Kau kan tahu jalan kau ni takde jaminan?" tanya abang karkun series. Dia memandang tepat ke mataku. Terasa tusukan matanya itu menerjah jauh ke dalam peparuku. Aku mengetapkan bibirku. Aku jawab:
"Ye. Tapi dunia sekarang ialah dunia cyber. Saya sedang meletakkan lukah saya di sana. Dan kepada yang tertangkap, saya akan hilirkan kepada abang dan kengkawan abang. Dan bila air sungai dah surut nantik, saya sendiri yang akan masuk ke dalam lukah itu"
Abang karkun menepuk bahuku.
"Kau bercakap macam anak murid Abu Yazid...Adoihhh!!!"
Aku tujal bahu abang karkun.
"Baik abang sembelih jer saya dari abang acu-acukan pedang kat leher ni" kataku sambil ketawa.

4 comments:
abih la pasni. takde cerita agama lagi dahh...nak kena join kekarkunan kot baru leh dengar cerita agama?
ye la kot
Nabi dulu pun guna mekanisma lain juga untuk berdakwah..... e.g. nabi pernah menggunakan gusti sebagai medan dakwah.... teruskan ... memanglah cara yg paling baik adalah seperti saranan abg karkun tuh, tapi jangan lah sekeras2 nya menidakkan metodologi lain yg di terima pakai oleh ramai pendakwah zaman cyber e.g. yusuf qardhawi , yusuf estes dll
terima kasih, anon.
Tapi seperti yang saya katakan di entry lain, saya menunggu apa keputusan ijtimak berkenaan hal ini...
Post a Comment