Thursday, January 13, 2011

Selamat Hari Lahir, Tuanku


Esok ialah hari lahir tuanku
Esok semua orang kena cuti
Tapi aku kena kerja jugak.
Perasankah tuanku
Esok juga ialah hari Jumaat?


Jumaat lepas aku telah ditemukan dengan rakyatmu yang macam aku jugak;
Miskin, takde kabel, anak bini sakit dan terdesak.
Namun,  bila ditanya, katanya pada raja kita kena taat.

Jumaat sebelumnya aku sedang memandu di jalan raya,
Terpaksa bawak slow sebab minyak keta kering giler.
Sampai di stesen minyak, duit spare terpaksa aku guna. 
Yang dapatnya tak sampai separuh tangki sebab petrol dah naik harga.

Jumaat sebelum-sebelumnya, aku sedang berpanas di atas bumbung rumah orang sebab nak pasang awning. Setelah susah payah, siaplah sudah dan dapatlah baki bayaran dari pelanggan. Tak sampai 3 jam, duit itu habis kugunakan nak beli barang keperluan yang kekontangan.

Pernah beberapa kali aku nak bersalam dengan tuanku lepas solat Jumaat,
Tapi sebab pakaianku tak kemas agaknya, aku tenggelam oleh deretan jawatankuasa masjid, datukdatuk dan mangkuk-mangkuk yang nak menyium tangan tuanku.

Pernah beberapa kali aku cuba nak berkomunikasi denganmu sebelum aku berputu asaan. Tapi tak sapa yang tahu alamat, email atau akaun FB kau. Rumah tuanku pun jauh dari pintu gate. Pasti tuanku takkan dengar laungan salamku pada petang itu.

Setiap Jumaat kami doakan kesejahteraanmu
Khatib tu akan ditukarkan kalau dia tak buat begitu.
Takkanlah takde seorang dari 40 orang ini yang doanya makbul?
Selalu aku tertanya dalam hatiku,
Sedang tanganku yang hina ini menadahkan amin untukmu:

Pernahkah tuanku berdoa untuk kami?
Pernahkah tuanku FIKIRKAN tentang kami?


Esok ialah hari lahir tuanku
Aku akan doakan kesejahteraanmu buat kali terakhir
Kerana selepas itu,
Semua ini tiada erti lagi padaku.


Daulat Tuanku
Aku sudah putus asa denganmu

19 comments:

AKUOKU said...

saya pernah call su tuanku nak minta bantuan utk anak2 kalau ada tapi hampeh di suruhnya kita pi jkm atau pusat zakat... jadi aku cakap terima kasih ajelah sbb sudi membantu...

dari:
raja rohaisham (konon ada raja kat pangkal) tak ada maknanya..

Ka-Ching said...

tersentuh hati aku bace entri ni..
mmg betul pun ape yg ko tulih tu scuba...ntah ade ke tak deme pk psl rakyat.

dalam otak aku kdg2 ter pk..ape tugas raja sebenarnye kalau segala keputusan dibuat menteri2? aku xleh pertikaikan banyak2 sbb diorg tu berdaulat...huh..

aku yg rase mcm berulat!

Ka-Ching said...

akuoku = brader kulupsakah eh?

cayalah bro lop your art!

± said...

rakyat sentiasa mendoakan tuanku, agaknya tuanku ada tak mendoakan utk rakyat? aku dah lama putus asa dengan manusia. cuma aku tak berputus asa denganNya

Irwan said...

akuoku: betul...haritu masa kitorang mintak bantuan untuk brader yang kena tarik keta tu, betulbetul macam mintak sedekah dibuatnya. Aku dah komfius apa pekdahnya aku dok menanggung mereka menyinggahsana di sana sini (istana diorang dalam N9 ni jer ada 4, kat luar tak tau lagi)

dark: aku tak pernah putus asa dengan manusia. Tapi aku putus asa dengan penguasa. Aku tak putus asa kepada Allah, tapi aku faham, dunia ni darul asbab dan aku pun makam asbab, maka kenalah cari asbab. MAsalahnya dark, orang Islam pun taknak jadi asbab kepada orang Islam yang lain. Tapi aku akan terus mencari, menyelak setiap batu dan kayu mencari rezeki yang disembunyikan untuk aku...

AKUOKU said...

akuoku blog saya raja rohaisham bukan kulupsakah... harap maklum...

eszol said...

u r not alone

eszol raar said...

gua da meng-entry-kan

± said...

maksud aku, certain2 manusia je la...tapi aku malas nak mention in detail. sebabnya masih ada manusia yg care dgn nasib org2 disekelilingnya. pembetulan di situ

Irwan said...

ada memang ada dark. tapi aren't muslim supposed to be the most caring of all?

ni terbalik pulak...

Unknown said...

Sungguh ikhlas N3 ni,
hanya dua orang tuanku yang saya cukup hormat dalam malaysia ni,
Taunku Agong Sultan Mizan dan Sultan Kelantan ,Tuanku faris Petra.

boleh copy x?sebab nasib kita serupa,hehehe

Irwan said...

saudara ijok!!!! Boleh...kecik tapak tangan, istana seri menanti yang ada lif tu saya roboh kan...

mae said...

akum..first time aku bace blog ni...menarik..aku follow terus...

Anonymous said...

you are so cool, you inspired me to be uninspired. i want to follow you.

from:zatyhanyut

YUNURUL YAHYA said...

:) terharu baca entry ni :)

Irwan said...

rilek semua....

minggu depan maulidur rasul pulak...

lagi haru...

tunggu...

isk-isk

Anonymous said...

well,tugas raja besar.Kalau rajin try lah cari kenapa tugas raja or sultan sgt besar.Cuba bygkan Malaysia tanpa Raja yang berdaulat.Mampu kah kita org islam org melayu org asli kekal dibumi Malaysia?Apa yg rakyat minta harus dirujuk kpd Raja atau Sultan terutama dlm hal2 agama islam.Jgn lah ckp buruk-buruk pasal Raja atau Sultan kita.Tak elk kalau org lain baca kan??Kerana mereka adalah yang berdaulat mereka dijaga dari rambut sampai ke kaki kerana mereka menjaga malaysia.Satu malaysia.Mungkin ada yg mereka terlepas pdg tp x bermaksud mereka abaikannya...Pertimbangkan apa yg ada mahu ckp sebelum send.Sy hanyalah rakyat biasa yg tak mahu malaysia tidak ada Raja atau Sultan.Kerana mereka wujud lah Malaysia jd negara yg berdaulat.Tak malu ke kutuk Raja or Sultan negara sendiri?

Irwan said...

Dear Anon, gua paham fungsi institusi Raja. Ia adalah satu-satunya institusi yang Allah izinkan selain pemerintahan style khulafa'. Namun, isu ketidak endahan Raja, atau inaccessability rakyat marhaen macam gua ke Raja adalah unexcusable. Mereka ada di situ untukk satu tujuan dan tujuan itu, dikatakan ialah untuk melindungi the so called 'hak dan istiadat Melayu' dan 'hal-hal berkaitan agama Islam'. Kat sini gua tanya; BILA MASA RAJA BERSUARA BILA AGAMA ISLAM TERANG-TERANG DIINJAK-INJAK? APA YANG RAJA BUAT BILA MUFTI-MUFTI TERANG-TERANG MACAM TAKDE PEGANGAN? APA YANG RAJA RASA BILA TAHAP AGAMA DALAM ORANG MELAYU SEMAKIN JATUH? APA TINDAKAN MEREKA BILA ADA PIHAK YANG TERANG'TERANG MENCABAR KEWIBAWAAN MEREKA? APA?

Balik-balik hantar putera katak. Balik-balik bayar NGO buat wayang depan kameraman. Balik-balik sound 'jangan politikkan institusi beraja'.

Pada gua, Islam mengajar gua menilai orang melalui perbuatan

Irwan said...

Pada gua, agama gua ajar nilai leader dari perbuatan. Dan kalau bini sendiri pun takleh suruh pakai tudung, camner nak pertahankan agama? Kalau anak sendiri pun idup tak macam orang Melayu, camner nak pertahan budaya Melayu? Kalau diri sendiri pun tak reti nak rendahkan diri, lupakan taraf/daulat demia memastikan nasib rakyat terbela, camner nak kata mereka berjiwa rakyat?

Point pertama ialah Raja kena sedar apa tugas mereka. Dan apada gua, takde sapa yang terkecuali dari dinilai dan jika mereka tak buat kerja mereka, buat apa gua berkhidmat untuknya?

Point kedua ialah ini soal leadership qualities. Bukan soal keturunan atau agama. ni dah kira baik ni. Kalau gua persoal dari segi keturunan dan agama, silapsilap gua keluar sokkabar Isnin depan

Lain-lain cerita berkaitan:

Related Posts with Thumbnails