Thursday, January 13, 2011

Wali Dari Bangi (Terima Kasih!!!)

To those who cares
"Sebagaimana yang sedia maklum, kita perlukan wang untuk menebus kenderaan brader tu. Siapa yang sanggup mengorbankan sedikit wang untuk maksud itu?" tanya abang karkun kepada kami. Kami sedang bermesyuarat. Kami sedang memesyuaratkan tentang rancangan kami nak bantu orang yang keretanya ditarik tadi.

"Saya cuma ada ni ajer"
kata Atan sambil menghulurkan sumbangannya.
"Saya sanggup ni ajer. Keringlaaa" kata Abu.

"Saya kena keluarkan duit dari ATM dulu"
kataku.
Brader bus stand tak bercakap. Dia cuma menganggukkan kepala tanda dia akan bagi kemudian.

"Ada apa-apa cadangan camana kita nak tambah lagi jumlah sumbangan?"
tanya abang karkun. Semua hanya diam. Benda camni adalah baru padaku. Aku ingatkan, abang karkun akan support semua memandangkan dia anak orang kaya. Tapi tak. Approach abang karkun ni agak lain padaku.

"Aku cadangkan agar kita minta sumbangan dari rakan-rakan terdekat agar kita semua dapat sedikit habuan dari keadaan ini. Melepaskan kesusahan saudara amatlah besar ganjarannya" targhib abang karkun.

"Kejap lagi Atan dan saya akan keluar mengepau rakan-rakan kami"
kata Abu sambil angkat-angkat keningnya pada Atan.

"Saya akan buat iklan dalam blog-blog saya"
kataku. Aku sendiripun tak berduit, dan inilah saja ikhtiar yang terilham dariku pada ketika ini. Aku pun tak tau ada pekdah ke aku buat iklan dalam blog aku yang tak seberapa mana sangatlah pembacanya. Ah tak kisahlah.
Brader bus stand sekadar mengangguk-angguk tanda bahwa dia juga ada plan dia yang tersendiri.

"Baiklah. Atan dan Abu keluar sekarang. Kita bertemu semula pada pukul 11 malam nanti. Kita akan kumpulkan berapa yang kita ada dan kita rancang camana kita nak bantu dengan apa yang kita ada tu nantik"
syor abang karkun. Kami tangguhkan mesyuarat dengan tasbih kifarah dan surah Demi Masa.

Orang itu tak tau apa yang sedang berlaku kerana dia sibuk menenangkan anak-anaknya yang diserang selsema sejak kami sampai tadi. Sorang batuk dengan ngerinya. Isterinya juga tak berapa sihat dan kami pun tak nak tanya lebih-lebih lagi.


Malam itu, kami bertemu kembali pada pukul 10 malam. Duit yang dikumpul cukup-cukup untuk menebus kenderaan orang itu esok. Semasa menyerahkan sumbangan tersebut, baru kami perasan keluarga itu (dan kami juga) masih belum makan malam. Tapi wang kami telah kehabisan. Jika kami gunakan, maka esok tak cukuplah duit nak tebus kereta...Kami semua blank.

Ketika itu jugalah mesej masuk ke henponku mengatakan ada sedikit sumbangan dari kawan baruku. Syukur...Dengan wang itu, kami beli sedikit keperluan dari kedai runcit yang masih buka dan masak cincai-cincai.



p/s: Di sini kami nak ucapkan terima kasih sekali lagi kepada pembaca-pembaca blog ini yang telah menghulurkan sumbangan pada hari Jumaat dan sabtu lepas. Kamu semualah miracle yang kami maksudkan di dalam entry yang ini:


Jazakallah khairan katheeran...

No comments:

Lain-lain cerita berkaitan:

Related Posts with Thumbnails