Wednesday, December 8, 2010

Semalam dan Hari ini




Semalam aku batu kelikir
Harini aku dah jadi batu asah

Sungguhpun aku hanyalah batuan
Dulu aku sekadar jadi bahan beristinjak
Sekarang aku dah jadi bahan mempertajamkan pulak

Dan sudah tentulah dengan kejadian baruku
Jodohku hanyalah bergaul dengan yang tumpul-tumpul
Aku tak kisah
Bahkan aku bangga
Kerana aku
Ada juga gunanya

Bukanlah aku mahu lekakan diri
Dengan menggaulkan kemungkaranku dengan positiviti
Jauh sekali nak meriak
Atau mentakburkan diri
Sebab aku sedar
Aku
Belum jadi pisau lagi

3 comments:

± said...

timbul tanya tanya jugak sebenarnya dari org yg jahil cam aku bila tengok para 'sufi' berdialog dgn Allah dalam FB.ikhlas ke camtu?perlu ke semua org nampak akan kesufian korang dgn cara begitu?rasanya better kau bangon sepertiga malam dan berdialog secara rahsia dgn Allah

aku pernah baca komen irwan sebelum ni pada sufi zamani.rasanya bukan irwan sorang saja yg nampak akan ketidak'perlu'nya ditonjolkan kesufian tu, sedangkan golongan sufi amat low profile dan tak perlu pun mewar-warkan..waalahualam

podeh3 said...

salam. betul3... bukan semuanya betul. sama2 lah kte mengambil ikhtibar dri pe yg kte semua telah baca. bese la tu, ble kte di tempat yg tinggi berkemungkinan kte tidak mahu di persoalkan pe yg kte lakukan malah pabila ade seseorg yg di katakan kurang ilmu seperti ilmu yg kte ade maka kte menempelak dan memberitahu rakan sekenalan kte yg mereka tu bagaikan lalang. mudah2han kte semua di ampunkan dosa olehNya. amin..

Irwan said...

apa yang korang mengarut, ni, setannnn?

(macam dalam citer P Ramlee tuu)

Lain-lain cerita berkaitan:

Related Posts with Thumbnails