Wednesday, December 8, 2010
Atan dan Abu (Pernahkah?)
"Bu, aku nak tanya ni" mula Atan. Abu yang sedang mengorek bijih terhenti dari aktiviti melombongnya. Dia menarik jemarinya dan tercari-cari kat mana nak calit benda tu.
"Katakanlah aku baru lepas solat. Pastu, aku wirid-wirid sikit. Pastu masa doa, aku baru perasan ada kesan dakwat pen marker kat telapak tangan kiri aku" Atan terhenti. Dia memandang pada Abu yang sedang sibuk mencari tempat nak calitkan benda tu.
"Kau dengar, tak ni?" marah Atan pada Abu yang macam endah-tak-endah dengan soalannya"
"Dengarrrrr" kata Abu. Abu berhenti mencari. Dia mengentel benda di jarinya tu.
"Kalau aku baru perasan yang ada kesan pen marker kat tangan aku lepas solat, maknanya, air wudhu tak kena lah kat area tu" sambung Atan tak mempedulikan kelakuan Abu. Abu masih menggentel.
"Abis, tu?" tanya Abu.
"Abis tu, aku kena ulang balik tak solat aku?" tanya Atan.
"Ntah" jawab Abu. Abu menjentik bend ayang di jarinya itu ke udara.
"Siot punyer Abu" kata Atan kekecewaan.
Ada sesapa yang tau apa jawapannya? Sapa yang tau, silalah komen. Sapa yang taktau, jangan memandai. Pergi tanya ustaz dan jawab dalam ruangan komen. Aku pun akan tanya soalan ni pada ustaz aku.
Kita lumba sapa yang jumpa jawapan dulu, amacam?
Labels:
Atan dan Abu,
Isu Semasa
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
5 comments:
Aku tau jwpn.sbb uztaz penah ckp
tp ak lupa sbb dia haha
yg ak tau sah solat
lain la kalu kena liquick paper
lgpon camane nk buang dakwat marker weh
ak dgn rndh diri minta diperbetulkn kalo slp..huhu
forum tentang problem sah ke tak solat pasal dakwat ni ada dibincangkan kat SINI
tapi aku penah tanya ustaz yg salu tunjuk ajar aku tentang ni.. katanya, kalau dakwat yg bila dibasuh tinggal bekas tapi tak menghalang air sampai ke kulit, dikira sah wuduk dan solat
salam. good info.
ni keluar sikit dr topik yg dibincangkan ya.
apa2x pun minta tolong basuh tangan yang bekas melombong bijih tu dulu ek... [terpaksa menahan kegelian yg amat sgt nk menghabiskan bacaan entry nih]
Kahkahkah..komen salmah series lol
Post a Comment