Friday, December 3, 2010

Interview dengan Wali (Hanya ada Dia)

Kengkadang kesungguhan kita berdoa tergambar dek kedudukan tangan yang menadah...
"Apsal muka monyok jer ni?" tanya brader bus stand. Pelik. Kenapa brader tak straight to the point ajer setelah membaca fikiranku macam biasa. Mesti ada hikmah ni. Aku layan jer dulu.

"Saya merasa tersinggung dengan apa yang berlaku dalam hidup saya ni"
jawabku jujur. Aku tak berusaha nak menyembunyikan fikiranku di lipatan benak ketiga macam biasa. Aku mahukan penjelasan. Brader bus stand pun menyangkung disebelahku dengan rapatnya, tanda dia nak tau dengan lebih lanjut. Aku pulak yang dapat membaca fikirannya bahawa dia mahu perkara itu keluar DARI MULUTku sendiri.

"Tersinggung apasallll?"
tanyanya lembut.

"Saya hairan. Dulu masa saya bujang, mencari rezeki tutakdelah susah camni sangat. Tapi sejak saya dah kawin dan beranak ni, saya terperasan macam semakin mencabar pulak"
kataku dengan nada sedih. Aku tau prasangka ini tak baik dilayan. Kerana umpama aku tak redha dengan apa yang Dia dah tetapkan untukku. Brader tersenyum mendengar jawapanku.

"Dulu, masa Maryam zaman anak dara, Allah berikan dia makanan dari langit yang DIHANTAR kepadanya. Hinggakan ayahandanya Nabi Zakaria a.s pun jeles dengan karamah Maryam" mula brader bus stand.


"Tapi sejurus selepas kelahiran Nabi Isa a.s, bahkan ketika nak hilangkan keletihan akibat melahirkan seorang nabi itu pun, Allah suruh Maryam BERUSAHA untuk mendapatkan rezekinya"
sambung brader lagi. Aku pernah dengar cerita ni. Ye tak ye juga.

"Kenapa jadi camtu?" tanyaku.

"Kerana zaman bujangnya, yang ada dalam hati Maryam hanyalah Dia. Tapi setelah adanya Isa a.s, hati itu sudah terbahagi kepada dua. satu Allah dan satu lagi anaknya" jawab brader tanpa merenggangkan pun senyuman dibibirnya.

"Salah ke saya risaukan ehwal anak isteri saya?" tanyaku bagaikan yahudi.

"Tak salah. Tapi mementingkan sesuatu melebihi Dia itulah yang Dia beri teguran"
kata brader pula. Kami memandang ke arah bas yang tiba. Aku membiarkan saja ia berlalu.

"Ada ramai yang mahukan tahap seperti kau. Cuma kau jangan mengalah dengan ujian di tahap ini. Kau kena kuatkan semangat dan berjuang untuk tidak turun tahap" sambung brader.

"Apa dia?"
tanyaku pendek.

"Taat dan tawakal pada Nya" jawab brader pendek juga.

Sungguhpun begitu, aku MASIH kantoi lagi...

5 comments:

kulupSakah said...

jika kau sampai ke tahap tertinggi sekali pun, kau terpaksa turun balik..haha! sila ke blog aku yg satu lagi - wak jono (ada link kat blog kulupsakah

± said...

ke memang Dia dah siap programkan manusia camtu...takut bila dah sampai tahap tertinggi tak turun-turun, jadi riak dan takbur seperti yg terjadi pada Iblis

tapi bagi yang masih belum mencapai tahap apa2pun cam aku ni,rasanya patut fikirkan apa yg dikatakan brader bus stand.takut jatuh lebih jauh sebelum smpai satu tahap pun...apa aku cakap ni?haha

Irwan said...

perghhh...brader kulup datang blog aku weiiiiiiiii...


dark: hahaha..aku lebih suka di tahap orang biasa...

Pert Doherty said...

:).. gua cuma dapat senyum..
kalau boleh nak bual pjg dgn brader bus tu..

p/s: gua nak sistem pembelajaran menerapkan nilai ini.. TAUHID!!.. di mana letaknya tauhid anak-anak kita sedang kita pun melilau,.. :) gua sambung senyum.. (tu yg slalu kita bising kenapa doa kita tak makbul, rupanya kita "bercinta" separuh jalan)

Irwan said...

itulah...in fact, baru nak buktikan cinta lagi dah kantoi...

Lain-lain cerita berkaitan:

Related Posts with Thumbnails