Monday, November 1, 2010

Ujian Keimanan



"Kenapa monyokkk jer ni?" tanya abang karkun kepadaku. Aku tersentak dari lamunanku dan memandang kepada abang karkun.


"Biaser arr bang, sindrom tengah bulan. Duit dah tahap rentung laa" jawabku.


"Apsal tak sound?" tanya abang karkun. Dia menyeluk poketnya. Aku rasa rendah diri bila dia buat camni. Abang karkun menghulurkan angpow raya kepadaku.


"Nah" abang karkun mempelawaku agar mengambil angpow tersebut. Aku tenung ajer angpow tu. Air mata rasa macam nak berlinang jer.


"Rilek arr bro. Biaser arr ni, student" katanya cuba menenangkan hatiku. Dia memasukkan angpow tadi ke dalam kocek bajuku.


"Timer kasih" kataku lemah.


"Kita kena bersatu padu. Harini aku ada lebih. Mungkin besok lusa, kau pulak yang mengulur untuk aku" katanya lagi nak kasi suasana tenang. Aku tertunduk. Mulia sungguh hati abang karkun. Dahlah bagi duit, rendah diri pulak tu.


Snapshot dari Utusan Harini: Ferrari kat Malaysia lagi banyak dari Australia


"Semakin hampir kita kepada kiamat, semakin banyak ujian keimanan yang datang, sebelum ujian besar" kata abang karkun memulakan.




"Kau kira beruntung kerana diuji dengan ujian yang ringan; kemiskinan" sambung abang karkun.




"Tapi bukan ke kemiskinan tu, mendekatkan kita kepada kekufuran?" tanyaku. Tah kenapa tanganku meraba ketebalan angpow tadi. Cam tebal jer...Setan berbisik (salahkan setan pulak).


"Iyer. Tapi Baginda SAW dulu lebih risaukan ummatnya diuji dengan kemewahan dan kesenangan berbanding dengan kemiskinan" jawab abang karkun.


"Baginda SAW sedar bahawa akhir zaman ni, ummat Islam hidup mewah sebab mereka beramal. Solat 5 waktu tu punca rezeki, jangan tak tau" kata abang karkun.


"Sekurang-kurangnya, kau masih ingat kat Allah masa kau susah. Berapa ramai orang kaya yang menyangka asbab usaha dan ikhtiar merekalah mereka hidup senang" sambung abang karkun lagi.




"Ramai juga yang bila dah senang, ingat cakap dia jer betul. Dia jer yang berpengalaman. Bahkan ramai yang mudah nak lupakan Allah semasa diuji dengan kemewahan" kata abang karkun lagi.


"Dah tu pulak, bila Allah uji mereka dengan menghantar orang yang meminta sedikit bantuan dari mereka, mereka mengelak dengan alasan itu ini. Malah ada yang melabelkan orang yang meminta-minta itu sebagai pemalas atau dungu atau sebagainya" sambungnya lagi. Bertubi-tubi abang karkun bagi point. Tak kasi chan betul setan dalam kepala hotak aku ni nak menyampuk.


"Tapi bang, kadang-kadang, kemiskinan juga mendesak manusia melakukan jenayah atau ada yang sampai menjual maruah atau agama mereka" kataku cuba mendalami.


"Itu dah masuk bab lain" katanya pendek. Aku taktau apa maksudnya dengan bab lain tu. Mungkin sebab aku masih menhadamkan hujah-hujahnya yang tadi. Mungkin sebab aku tak pandai ilmu agama sepertinya. Tapi yang pasti, aku masih lapar sebab dah dua hari aku dok hidup dengan biskut Marrie dan roti banjir jer.


"Dahlah. Jom makan. Aku belanja" kata abang karkun. Aku mengikut...dalam diam, tangan meraba dan meneka; berapa isik dalam angpow. Cukup, ke?


"Allah yang kasi cukup. Bukan tebalnya envelope, atau duit. Tauhid kena jaga, wahai adikku" sampuk abang karkun dari depan sambil merangkul kepala dan menserabaikan rambut aku

9 comments:

Idalara said...

kiranya bertuah mempunyai seorg seprti abg karkun..bukan saja pemurah duit tp juga pemurah dgn ilmu.sukar nak dapt sebegitu zaman sekarang..yg lebih bnyk ambil kesempatan dr meringankan beban, yg suka mengata dr membela... sebab itu bila bersahabat dgn org sebegitu kena give n take..bukan take saja..

ye..kita mng sgt2 beruntung...hnya diuji dgn kemiskinan dan kekurangan...bukan mala petaka dan kehancuran..

betul kata mak...tanpa solat 5 waktu hidup kita terumbang ambing tanpa tiang..

Idalara said...

Hari ni cuti...sebab itu sempatlah singgah di sini dan di sana...

Mashe said...

story yg bagus...
:))

Irwan said...

salam. Story bagus. Kemiskinan itu pun memang ujian paling rendah..Tapi yang menanggungnyer....Subhanallah...

Memang ramai orang cam abang karkun. Cuma aku belum berjumpa dengan mereka setelah aku terpisah dengannya selepas grad...Eh?!!..ada satu...nama dia Kem. Cuba check label 'tribute to kawan'

± said...

aku tertarik part ni.."Allah yang kasi cukup. Bukan tebalnya envelope, atau duit. Tauhid kena jaga, wahai adikku"

ada org yg gaji kecik tapi cukup je utk menampung hidup keluarga yg ramai sedangkan ada yg bergaji besar tapi sentiasa x cukup (kisah2 camni aku baca dari blog dan email)

Danial Jaafar 🇲🇾 said...

memang satu perkongsian yang bagus la, jadi peringatan untuk orang yang macam aku ni. yang baru mula kerja. hahah =)

Irwan said...

dark, itulah keberkatan rezeki namanya...

ada karkun yang aku tengok depan mata kepala aku sendiri: bawak uncang ke sana ke mari...bila nak bayar, dia seluk uncang. Bila nak beli, dia seluk uncang...

Sekali dia tertinggal uncang kat tempat wudhu..aku checkla isiknya...

Subhanallah..yang ada cuma IC dan beberapa ekping duit singgit...Pastu aku pulangkan..

Petang ada sorang mamat nak pinjam duit kat dia, dia seluk lagi dan kasi dua ploh hinggit...aku pikir (mana datangnya duit tu? tadi aku check takde?)

Dia menjawab (again, diorang ni boleh baca pikiran orang agaknya)

"Razkul kareeeeemmmm" (rezeki dari Al Karim)

Kemm said...

huhu, seluk je ada, seluk je ada.. macam santa klos laa pulak.

Irwan said...

kau la santa klos aku, kemmm

Lain-lain cerita berkaitan:

Related Posts with Thumbnails