Monday, November 1, 2010

Kita Mug dan Realiti (Teori konspirasi dan kita)

"Weiiii...nombor aku naik weiiii..Aku belanja ko McD la.."


Konspirasi itu memang ada. Pertarungan antara baik dan jahat itu memang wujud. Tetapi ia bukanlah dalam bentuk Illuminati vs seluruh manusia. Atau manusia vs manusia. Konspirasi yang kita maksudkan ialah rencana Iblis dalam menyesatkan keturunan Adam a.s.


(aku nak berenti sampai sini ajer, tapi arah angin yang bertiup dan siaran berita terkini dalam TV seolah-olah memberikan suruhan agar 'teruskan sikit lagi'...Ni mesti kerja freemason ni...hehehe)

Teori konspirasi memang appealing dalam dunia internet ni sebab sebelum ni, ia hanya tersebar melalui tabloid dan email berantai. Dan ia sangat menarik sebab teori ini cuba menerangkan ruang kosong yang wujud antara fragment memori yang ada dalam kepala hotak kita. Akal memang sentiasa mencari sense dalam non sense hidup sehari-hari. Dan bila ada orang yang menceritakan maksud atau makna 'gap' yang ada antara untaian memori yang tak masuk akal itu, maka orang akan tertarik.

Bagaikan kita baru saja mendengar berita bahawa kawan baik yang selama ini kita support mati-matian, mengata kita dibelakang kita. Atau ada orang yang tunjukkan bukti bahawa kerajaan Malaysia menjual baby-baby yang berpotensi menjadi genius kepada Jerman atau Rusia. Atau ada mangkuk yang kata Anwar dan Mahathir tu ahli freemason. Semua ni sensasi dan macam best. Dan semua ini menarik perhatian ramai.

Semua orang ada paranoia. Ada saja benda yang ditakutkan. Job security. Loyalty awek atau balak. Apa yang anak remaja kita buat, balik malam-malam. Orang yang keseorangan lagi la banyak paranoia nya. Orang yang selalu bergaul, biasanya kurang sikit paranoid. Tapi ia memang ada. Dalam Islam, ia dipanggil prasangka.

Teori konspirasi mengajarkan kita agar memikirkan bahawa semua perkara dalam dunia ni dirancang oleh freemason atau illuminati atau Yahudi. Seolah-olah diorang ni takde kerja lain selain main treasure hunting dengan peminat-peminat teori ini. Klue sini, tersirat sana. Semua ini sebenarnya menjauhkan manusia dari Si Pentadbir dengan cuba memberikan penerangan yang menerangkan kejadian mistik atau pelik dalam dunia ni. Takde benda yang kebetulan. Semuanya rencana Zionis. Amenda laaa.


Semua yang berlaku dalam dunia DAN REALITI ini adalah ketentuan Allah. Palestin di gasak kerana izin Allah. Bosnia didera kerana izin Allah. Peristiwa 9-11 juga berlaku kerana izin Allah. Malangnya, penerangan akan pengajaran yang boleh kita ambil dari segala peristiwa ini tak banyak dipopularkan. Dan lebih malang lagi, orang yang percaya teori konspirasi ini ramai datang dari kelompok muslim (yang belajar tinggi lak tu)

Semua huru-hara dalam dunia ini diturunkan kerana amalan orang Islam yang semakin cam sial. Kemungkaran dan kezaliman dibiarkan berleluasa dengan sewenang-wenangnya. Amal ibadat orang Islam semakin kosong dan takde harga. Malahan orang Islam yang MAMPU berbuat sesuatu pun, hidung mereka dicucuk kerana hati mereka ada sindrom Abu Lahab (takut kelebihan duniawi mereka di tarik balik jika mereka perjuangkan Islam). Walhal karkun burzuk pun kengkadang goyang jugak nak keluar 4bulan sambut takazah meruncing kerana keperluan anak bini takde. Apatah lagi orang yang tak pernah keluar?

Illuminati? Apparaa...Lu dah sedia nak mati?

12 comments:

noorafzan.blogspot.com said...

huhu..
memang tak ambil port dengan teori2 konspirasi macam tu.
=)

± said...

teori konspirasi dah jadi cam 1 trend yg x penah nak out of date. benda yg sama, fesyen je lain. The Arivals adalah fesyen terkini selain kisah Tasik Galilee yg berjaya membuatkan ramai org esp umat Islam kelam kabut.

aku cadangkan incik scuba pulak mulakan satu trend baru utk counter balik geng2 teori konspirasi ni

Irwan said...

dah, cik dark half. hamba takleh nak halang sifat manusia yang suka dengan cerita mistik dan khayal..apa yang hamba boleh buat ialah...














buat cerita tentang wali...

hehehehe

Irwan said...

eh? gambar profile noor afzan kat seblah ni saiko laaa...laki yg tengah tu sapa? ishhhh...konspirasi betulla diorang ni

Hairil Rizal said...

Ah, muak dgn konspirasi tiada pengakhiran tu. Pelik bin ajaib sbb ramai yang percaya buta buta!

Mana ntah pegi kepala, mata dan telinga utk tapis maklumat??

Kita minum teh pun tapis serdaknya. Hari-hari makan serdak sakit perut beb!

Idalara said...

Konspirasi?...gasak diaorg lah...

lom bersedia nak mati...amal senipis kulit bawang...

Ya Rabb terimalah amalku..

Irwan said...

amal ke, iman kak Ida? hehehe...

Either way, kalau setebal kulit bawang...ader gak ketebalan...

Daripada iman biskut chipsmore...

pagi ada...

dhuha takde...

Gen Fujita said...

Aku cuma memandang teori konspirasi sebagai satu kebarangkalian, kerana terdapat elemen yang bercampur aduk dalam menafsir isu konspirasi, mempercayainya secara membuta tuli memang tak patut, tetapi menolaknya secara membuta tuli pun tak patut juga. Aku setuju sungguh dengan kenyataan entry ni, terutama bahagian "Konspirasi yang kita maksudkan ialah rencana Iblis dalam menyesatkan keturunan Adam a.s." Yang ni memang tak dapat disangkal lagi.

Unknown said...

Aku cuma memandang teori konspirasi sebagai satu kebarangkalian, kerana terdapat elemen yang bercampur aduk dalam menafsir isu konspirasi, mempercayainya secara membuta tuli memang tak patut, tetapi menolaknya secara membuta tuli pun tak patut juga.
Saya setuju dengan kenyataan ni.
Islam mengajar ummatnya bersederhana.
Jangan terlalu taksub sehingga benda remeh pun dikata kerja konspirasi.dan jgn selesa sangat sehingga menidakkan semua teori konspirasi.
Kita kena akui zaman sekarang memang yahudi menguasai politik dan ekonomi dunia tapi tak bermakna teori tu betul 100 peratus.

Irwan said...

Benar atau tidak sesuatu itu, kita tetap kena ambil tahu, itu pandangan saya.

Kerana jika tiada angin, masakan pokok bergoyang. Dan jika pokok bergoyang, kita kena paham, apakah effect yang terhasil akibat goyangan itu....

Jejaka Terhangat said...

setiap orang ada pandangan sendiri pasal teori konspirasi..tp kelakar la kalo ada satu benda yg agak jauh menyimpang je terus2 cop bnda tu teori konspirasi..mcm Dark Half kata dah jadi satu trend..

dan of course aku setuju ngn ijok kata..bnda tu kebarangkalian..tp brape percent kebarangkalian tu takde sape yg tau..

mmg kita kena amik tau..tp jgn terus mengiyakannya bulat2 sblm kaji btol2..ye dak..=)

Irwan said...

yup! menyelidik itulah sifat mukmin. bahkan kita semua kena selidik kenapa kita buat itu, kenapa kita buat ini dalam hal amalan kita ni. macam pergi haji contohnya...

Lain-lain cerita berkaitan:

Related Posts with Thumbnails