Monday, November 1, 2010

RTM3 buat lagi

Banyak betul orang ganjil kat SmallVille. Bilala kampung aku ni nak camtu..

Aku dah naik muak dengan RTM3. Tapi sebab hanya siaran RTM (TV free dari kerajaan) ajer yang dapat kat area kampung aku ni, apa lagi pilihan yang aku ada? Aku nak sound pasal kekurang-asaman mereka dalam mempermain-mainkan perasaan peminat rancangan SmallVille. Dah berapa kali dah ni.

Korang nak tau apa yang diorang buat? Diorang taruk satu siri yang memang cool ratingnya kat slot yang berdasarkan data, ramai pengunjungnya. Contohnya macam waktu prima selepas berita utama atau time-time senja. Dalam kes ni, diorang taruk cerita Smallville (yang dah bertahun disiarkan setiap hari Ahad). Lepas tu, diorang susun episod siri tu supaya episod yang mencemaskan itu disiarkan sebelum minggu yang mereka nak salahgunakan tu.

Dah dua minggu diorang salah gunakan crowd Smallville ini untuk siarkan Calon Anugerah Skrin diorang. Semalam cerita Fasha Sanda kena rogol dek Datuk Rahim Razali. Amenda laaa..Kalau cerita tu bagus, pergilah siarkan kat slot korang yang kurang jumlah penontonnya. Baru betul kita tengok adakah cerita tu ada power takde power. Ni asyik-asyik curik penonton Smallville.
Watak Lex seriously ingatkan aku, pada diri aku sendiri
Aku tau, aku boleh download ajer kat internet. Aku tau aku boleh dapatkan DVD full season dari member-member aku kat oversea. Tapi aku hanyalah budak kampung yang update blog dari CC. Takde Astruu. Takde antenna yang pakai booster. RTM3 pun kadang-kadang semut-semut.

Bila diorang buat camni, aku dapat assume bahawa orang RTM3 takde integriti selain mempermain-mainkan hati penontonnya. Channel yang macam ni, aku doakan agar lingkup agar aku terus menerus tengok orang bincang tak abis-abis kat TV1 dan 2.



Korang jangan memain ngan aku...Sibbaik ada Supernatural hari Selasa...Ada ke?
Ke, apa ke?




6 comments:

LadyzuL ⎝⏠⏝⏠⎠™ said...

salam perkenalan...
ni akak nk tanya TV3 ke RTM 3?

± said...

kak lady,RTM3 ni umah scuba je ada.umah aku baru pasang bulan lepas..hehe

aku paham perasaan kau scuba sebab semlm aku pun terkuciwa bila nampak muka fasha sandha

Idalara said...

jrg tguk tv3 yg dah tkde modal...sbb ada astro yg citernya diulang 100x..sudahnya akak tk tguk semua sbb dok layan blog,novel atau jait manik..hehehe

Irwan said...

Kita panggil mereka RTM3 sebab mereka dah bersekongkol dengan kerajaan. Dah takde bezanya dari tengok RTM. Malahan, lately, makin galak pulak diorang menjilat sejak kes PM datang pejabat diorang bukak poser dulu..


Dark: Aku dah la kwciwa, tengok cerita rogol-rogol tindas-tindas ni memang buatkan aku naik darah...Tapi lakonan Rahim RAzali memang menjadi. Aku rasa dia layak ambik watak orang tua gedik jelah...

Kak Idalara: kalau saya ada masa, saya pun nak buat cam akak. Tapi biasanya saya kena layan Nina...

touya said...

SIYES ! Masa aku tak download citer nie dulu , aku tengok kat RTM3 , memang sakit hati . Sikit-sikit tukar citer ... sikit-sikit tukar cerita . Klu tukar citer yang best takpa gak . Supernatural gak salah satu jadi mangsa .

Anonymous said...

ohohohohho...aku mmg tak layan TB3 ni...buletin utama ja pstu tukar axn...pun sama boring gak 10000000000000x diulang tayang citer yg sama....bagus lg aku layan baca buku, buka tenet...masak2...makan2 hehehehehe

Lain-lain cerita berkaitan:

Related Posts with Thumbnails