Tuesday, November 30, 2010

Wali dari Bangi (Wow! 2)

"Abis tu, apa fadhilatnya kita bagi salam secara oral kepada orang yang tak kita kenali?" tanyaku kepada abang karkun untuk menunjukkan aku tak lari dari topik.

"Benda pertama ialah dapat senyuman dan balasan balik" jawab abang karkun.

"Tapi kau kena buat dengan betul" sambung abang lagi.

"Masa berjalan tu, jangan asyik tenung jalan jer. Kau kena tundukkan pandangan masa depan yang menjolok mata atau tak menutup aurat saja. Pada lain-lain masa, kau car point nak SEBARKAN SALAM. Pada yang selayaknya serta kanak-kanak...Lebihlebih lagi kepada kanak-kanak.

Kau mulakan dengan eye contact. Kau tenung muka sensorang. Tapi kau rilekskan muka kau. Muka takleh tegang. Muka kena rilek dan senyum-senyumkan bibir tu. Walaupun kau sedang tak happy.

Bila dapat eye contact, kau terus besarkan senyuman kau dan bagi salam dengan jelas dan lembut. Kau rendahkan pandangan kau masa kau sebut salam tu.

Dia akan tersenyum dan membalas kembali. Tak kiralah dia seorang yang warak atau seorang mungkereen cam kita ni"

Kami tertawa dengan istilah "mungkereen" tu.

"Kalau dia tak balas salam kita?" tanyaku blank.
"Kau teruskan senyuman dan salam kau kepada orang lain pulak" jawab abang karkun.

"Kalau takde orang setelah dia?" tanyaku mengusik.

"Kau niatkan salam kepada semua makhluk lain yang mendengar salam yang kau sebarkan pada saat itu" kata abang karkun lagi. Aku tau kalau aku tanya lagi, abang karkun akan ada jawapannya pula. So aku stop part ni jerrr...

4 comments:

~* chirpy_chummy *~ said...

suke entry ni.. mulakan dgr senyuman (:

Irwan said...

in fact cik chirpy, kalau masa roadblock pun, mulakan dengan senyuman dan bagi salam. Silap-silap abang polis akan bagi kita lepas...kikiki

Dark Half said...

aku buat muka sengeh tahap maksima pun kene gak, scuba.kalau cik chirpy, lepas kot....urmm...aku lupa bagi salam, patut la...

Irwan said...

Alhamdulillah, aku baru try semalam, dark..berkesannn

Lain-lain cerita berkaitan:

Related Posts with Thumbnails