Tuesday, November 2, 2010

Berdakwah melalui blogging

Aku masih sedih kerana Dia belum bagi mesej pada ku...


Dunia dakwah melalui internet telah lama diperkatakan dikalangan ulama. Aku malas nak quote sapa yang kata boleh gunakan internet dan sapa yang kata tak boleh. Aku nak komen sebab mereka mempersoalkan niat aku yang ada cerita pasal akhirat (payabesarpedas) sedangkan di satu sudut yang lain, aku bercerita pasal underground. Dalam payabesarpedas juga ada kondem RTM3, parti politik dan bangsa aku. Pada abang-abang karkun, ini sudah langgar adab tertib usaha (takleh kondem orang, takleh usik politik, ekonomi atau mazhab). Pada brader-brader bus stand (tarekat) pula, aku ini dah macam munafik.

Memang kadang-kadang aku rasa aku macam munafik. Takyah nak ingatkan aku....

Aku masih baru dalam semua ini. Dan terus terang aku katakan niatku berblogging bukanlah berdakwah. Aku cuma mahu belajar dan berkongsi. Walhal masa aku keluar tabligh atau bersuluk sekalipun, aku masih dalam niat nak belajar. Tak pernah dalam hatiku ada niat nak mengajar.
Siapalah aku? Aku kan, seorang munafik?
Akhlakku buruk dan aku popularkan cerita cerita yang takku pastikan kesahihannya.

Dan semua kesalahanku ini, langsung tak pernah aku sandarkan kepada ayat Al-Quran atau sunnah atau sebagainya. Salahkan aku. Aku bukan menyampaikan. Aku hanya merekodkan kefahamanku tentang semua ini. Kemudian mereka mempersoalkan pula niatku memblog walk kan blog-blog aku. Mereka kata aku ni menjual agama untuk dunia (sebab letak iklan nuffnang dalam semua blogku).

Padaku, takde gunanya jika aku menulis dengan bersungguh-sungguh, tapi yang baca hanyalah aku. Aku mahu orang lain tahu pendapatku. Dan sebagai orang yang berilmu, aku harapkan mereka itu menegurku sekiranya apa yang aku tulis adalah salah. Lagi banyak komen, lagi bagus kerana setiap pandangan adalah hanya sekelumit daripada keseluruhan rupa bentuk hakikat sebuah realiti. Kalau satu entry dapat satu komen, maka aku akan banyakkan entry supaya komen yang aku dapatpun banyak. Bak kata falsafah dalam statistik: 'the more data we gather, the merrier'

Dan padaku juga, sekiranya pun aku benar-benar BERDAKWAH melalui blogging, apa kejadahnya jika aku sekadar berdakwah (update blog) sekurun sekali? Bukankah 2 jam setengah kena buat HARIHARI? Bukankah berzikir kepada Allah itu paling kurang pun pagi sekali, petang sekali? Jadi aku updatelah blog blog aku setiap hari. Tapi brader-brader otai dan awwalin-awwalin burzuk ni mempersoalkan pula kekerapan update ku, kononnya aku nak dapatkan buffered earning dengan banyak.

Dalam hal iklan tu pula, ia aku gunakan sebagai penanda. Bila aku dapat BE, maknanya blog aku tu ada nilai. Ini ialah penyenyap kepada bisikan setan dalam diri seorang munafik ini yang masih terpaut dalam dunia. Sekiranya setan berbisik: apa kejadahnya kau beria-ia mengupdate blog kau ni?, Aku boleh jawab dengan; kan kita dapat duit tu? Setan pun diam dan kalah. Tapi ini ialah cara aku. Tambahan pula, aku mengupdate semua ni dari CC. Apa salahnya aku dapatkan kembali duit yang aku gunakan? Kau orang tau ke kalau aku sumbangkan semua cashout aku kepada badan amal? Kau orang tau tak berapa aku sedekahkan hasil dari duit blogging ni setiap hari Jumaat? Ni tidak, asyik nak berparanoid buruk ajer dengan aku (baik aku berenti kejap sebab Abu dah nak keluar dah ni)


Untuk semua ini, aku nasihatkan kepada semua agar bacalah disclaimer kat bahagian bawah sekali kat payabesarpedas. Kliklah link yang aku iklankan dalam shoutbox mereka dan baca entryku dulu sebelum menyerkap jarangkan ku. Ni tidak. Bila diorang tengok aku datang dua tiga kali sehari dalam blog mereka, mereka ingat aku ni sekadar nak promo blog dan diri aku lalu terus melabelkanku.
Prejudisma itu satu kebodohan. Tolonglah atasinya dengan akal dan kesabaran.

9 comments:

Unknown said...

Salam,apa khabar tuan blog,harap dlm keadaan sihat dan ceria,maaf kerana lama tidak mengomen di sini kerana baru balik tashkil...doa kan sy..(jemput baca entry terbaru sy di blog sy..)

zarch said...

Assalamualaikum, semoga tenang-tenang selalu, sesungguhnya berzikir dapat menenangkan hati.

Maaf ye, hari ini, baca nukilan Irwan, nampaknya macam tension aje...he he he...releks brader.

Berintenet ini mampu membawa tekanan jiwa kerana kita menggunakan fikiran serta perasaan kedalamnya samada mencurahkannya atau membaca sesuatu artikel dll. Samada disedari atau tidak.

Dan memang pun setiap hari, berbillion insan mengalami tekanan perasaan, cuma dalam kehidupan seharian, tiada siapa pun tahu tetapi dengan intenet atau dunia komunikasi, segalanya dapat dicurahkan dalam bentuk tulisan dll dan seluruh dunia dapat membacanya.

Dalam usaha dakwah pun, ramai yang tertekan jiwanya, namun usaha dakwah adalah usaha islah atau membaiki diri, usaha membaiki hati dan membawa kearah sakinah, jadi secara senyap-senyap kita baiki diri tetapi bila dibuat open-open macam dunia intenet, segala tekanan perasaan, kesilapan mahupun kejahilan terserlah. Terutama pada yang jenis stress atau dalam keadaan stress.

Sebagaimana pesan orang tua-tua, jangan buka pekung didada. Sebegitulah, semoga kita jangan membuka segala apa yang didalam hati kita.

Yang kita cuba lagi dan lagi, bawakan kebesaran Allah kedalam hati kita, keyakinan atas usaha dakwah, menambahkan pengalaman serta belajar berhikmah. Apa-apa pun...semuanya memerlukan masa dan pengorbanan, semoga kita sentiasa dapat mengorbankan masa, tenaga dan harta dijalan Allah.

Doa hidayat untuk semua dan terutama untuk saya.

Haw said...

sabar bro!.. kat mana2 pun mmg ada dugaan.. mcm org slalu kata "buang yg keruh, ambil yg jernih".. err! rasanya aku pun kekadang je datang sini

~* chirpy_chummy *~ said...

sabar je la bro. bese la..byk dugaan dlm berdakwah ni. niat satu, tp cara berbeza. sy lebih suke bc jenis dakwah yg santai dan mesra alam begini. lebih mudah d digest tanpa perlu kerut2 kening nk paham. hee~

ape pn, gud lak!

Irwan said...

SAYA BUKAN BERDAKWAH...

SAYA CUMA INGIN BERUBAH...

CUMA IA ADALAH SATU BONUS, jika ada yang turut mendapat sesuatu dari apa yang berlaku pada saya...


Tension? Tak lah..saya cuma takut apa yang berlaku adalah mesej dari NYA

[...dan sepi itu kembali lagi....]

(dah lah ustaz Hambali gi Holland)

± said...

aku bukan sebahagian dari korang. aku cuma peminat himpunan data dari irwan kerana aku suka membaca pengalaman seseorang dan pengajaran dari setiap kisah.

maaf kalau aku jugak berprasangka pada blog2 serius dalam menyebarkan dakwah kerana adakalanya aku merasa hina dan tidak layak berada di dalam blog2 tersebut.pilihan yg aku ada cuma pada blog2 santai seperti ini sebab aku merasa 'dekat' dengan penulisnya. terima kasih irwan kerana sudi berkongsi detik2 perubahan dalam diri kau kerana ia seperti menempelak diri aku yg asik leka dgn mainan dunia.aku dpt rasakan passi yg begitu ikhlas wujud dalam setiap entry di sini.kalau niat kau x baik, benda baik yg disampaikan pun,dah tentu aku tak tertarik sedikitpun utk membaca dan mengambil iktibar daripadanya

MJ said...

dakwah ke? macam cetusan idea ja... macam "ko terasa, amek. tak terasa, baca jeeee..ngeee" ye x?

tegurlah, tapi jangan sampai orang ditegur merasa dihina, yang menegur meninggi diri.. tu utk org yg kutuk2 u broo.... =) MJ

Irwan said...

Entry ini sebenarnya bukan untuk menempelak sesiapa (walaupun saya cuba sedaya upaya untuk tidak membenarkan ABU keluar-sapa Abu? ikuti siri Atan dan Abu)..

Entry ini saya harap, dapatlah digunakan oleh saya dan semua sebagai ubat kepada setan yang berbisik agar berprasangka dengan blogger yang menyajikan cerita berbaur dakwah atau keislaman di blog mereka.

Entry ini sebagai jawapan kepada andaian orang terhadap apa niat saya berblogging. Kepada yang tak biasa berdiari, isik payabesarpedas memang macam dakwah. Tapi yang biasa berdiari dan bermuhasabah, mereka pasti dapat relate dengan setiap entry saya ni.

Jika diari, kenapa buat dalam bentuk cerita? Tang ni saya mengambil iktibar dari cara penyampaian dalam Al-Quran..

Wallahualaam..

Terimak kasih kepada semua kerana kesabaran dari anda semua.

Unknown said...

Kita serupa..

Lain-lain cerita berkaitan:

Related Posts with Thumbnails