Monday, November 15, 2010

kita mug dan realiti (So, what?)


Baiklah. Aku rasa, stage telah disetkan. Yakni korang semua dah paham konsep 'realiti' dalam blog ini. Kalau tak tau, korang boleh start baca dari mula di sini. Dan untuk the rest of November, aku akan cuba fedapkan korang dengan cerita dari siri ini saja. Konsep realiti ini penting supaya korang yang membaca entry dalam diary payabesarpedas ni NAMPAK benda tu camana aku nampak. Sebab kalau kau tak cuba memahami, kau takkan nampak, dan buat apa kau susah-susah membaca semua INI?

Bila kita dah tau konsep realiti, maka kita kononnya dah tau kat mana kita berada. Kat stage apa dalam skala kehidupan dan penciptaan roh kita ni, with respect to the timeline yang Allah dah setkan, kita berada. Kerana setelah kita diwujudkan, maka kita takkan takde. Jangan perasan anda itu sama dengan Allah sebab Allah takde mula, takde akhir.Kita ada mula. Tapi takde akhir. Cuma akhir cerita kita dalam realiti ini ialah samada syurga atau neraka. Sebab itulah entry yang ini dipostkan haritu...

Dan sebab kita dah tau takkan ada yang dok dipertengahan, dan kita pulak nampak gayanya macam lebih ke kiri-kirian, kita kena sediakan bekalan bebanyak. Bekalan apa?

Bekalan perjalanan.

Sebab sekarang kita dah tau kita kat mana. Contohnya Asan yang sekarang berumur 32 tahun dan bakal menjadi 33 lagi sebulan dua. Dan bila dah 33, maka akalnya bakal sempurna lagi 7 tahun, berdasarkan pendapat Imam Ghazali. Setelah akalnya sempurna, setiap dosa yang dilakukannya akan dikira FULL. Sebelum 40, dosa tu boleh jugak ditudingkan kepada nafsu yang dah conquer badan sejak kita puberty. Lepas 40, patutnya seorang yang BERAKAL boleh membezeakan yang mana BENAR dan yang mana TIDAK BENAR. Contohnya:

Mati itu BENAR.
Dan kehidupan selepas MATI itu benar
Soalan di barzakh itu BENAR
Hari Kiamat itu benar
Mahsyar itu benar
Kita akan diperiksa di depan Allah menggunakan mizan itu BENAR
Dan kalau dah lepas tu
Meniti titian sirat itu benar
Dan balik ke kampung,
Ke tempat di mana moyang kita yang mengikut turutan
Fikiran LOJIK dan semangat ingin kekal
Dari ketaatan sebuah larangan,
Telah menyebabkan kita semua terpaksa melalui
SEMUA BULLSHIT ini

Namun, apakan daya.
Kita sudah di sini.
We might as well enjoy the journey...


Dan kita pulak telah ditunjukkan jalan yang BENAR, oleh Nabi Muhammad SAW tentang KEBENARAN itu. Semua orang tau dialah KEBENARAN yang ditunggu-tunggu kepada manusia kerana dialah nabi AKHIR ZAMAN sebelum KIAMAT yang ditakuti EVEN oleh golongan para malaikat tu berlaku. Melalui dialah kita tau akan cerita semua ini. Melalui agama inilah kita mengerti semua ini. Apa dia semua ini tu? Jalan keselamatan untuk perjalanan kita seterusnya.

Dan untuk itu, kita bersambung ke esok hari...

3 comments:

± said...

so betul la org ckp life begins at 40.tapi kalau by the time we reach 40,perangai camcibai gak cane?adakah kita x sempat nak terima hidayah lagi?

Idalara said...

mudah2an ramai org akan mengerti apa yg mahu kamu sampaikan..kerana bukan mudah memahami apa yg tersurat di sebalik yg tersirat..

mudah2an sebelum mencecah 40 kita telah dpt membezakan yg mana benar dan yang mana tidak..

Irwan said...

dark: life begins at forty tu cuma guideline. Some people's life begins earlier than that. Because i ends earlier.

Idalara: Saya faham apa yang Kak Ida mudah-mudahkan. Dan saya aminkan mudah-mudahan kak Ida.

Lain-lain cerita berkaitan:

Related Posts with Thumbnails