Friday, October 15, 2010

Kita, Mug dan Realiti (solat2)

Macam-macam betul permainan jin sekarang ni


sambungan dari sini...

Semua orang dah tahu kisah Israk dan Mikraj. Semua orang dah tau bahawa peristiwa itu disamping meninggikan martabat Baginda SAW, adalah bertujuan mengingatkan kepada manusia betapa penting dan istimewanya perintah mendirikan solat itu. Semua perintah yang lain di utuskan kepada Baginda SAW melalui perutusan Jibrail. Tapi perintah solat, Baginda SAW dapat direct dari Allah.
Dome of the Rock

Setelah melalui pelbagai kesukaran dalam perjalanan dakwahnya, kadang-kadang Baginda SAW terasa juga kesunyiannya. Sungguhpun iman kepercayaan Baginda SAW kepada perintah dan janji Allah adalah 100%, Baginda SAW juga adalah manusia. Dan sebagai manusia yang telah diuji dengan pelbagai ujian yang getir, serta berjaya pula dengan cemerlang, Baginda SAW telah di Israk Mikraj kan untuk menerima perintah agung.

Kita pendekkan cerita Baginda SAW bergerak dari Makkah ke BailtulMaqdis, kemudian ascend ke langit hingga bertemu Allah. Pada satu tahap yang paling tinggi antara para nabi, Baginda SAW berserempak dengan Nabi Ibrahim a.s, sedang bersandar di batang pokok kehidupan yang terletak di tengah-tengah padang rumput yang luas. Setelah bertukar-tukar salam, Nabi Ibrahim a.s berkata:
Mangkuk Nabi Ibrahim a.s

"Syurga itu, tanahnya subur. Padangnya luas dan pemandangannya indah" sambil melemparkan pandangannya ke arah padang rumput yang menghijau di hadapan mereka.

Kemudian Baginda SAW naik lagi ke langit yang tinggi sehingga Jibrail sendiri pun (ketua malaikat) tak pernah sampai. Baginda meneruskan perjalanan secara solo. Jibrail hanya memandang dari bawah. Kelihatan Baginda SAW semakin naik ke dalam cahaya yang gilang gemilang, semakin jauh, Baginda SAW seumpama menjadi titik yang halus di dalam cahaya megah yang mengasyikkan.


"Attahiyatul muba rokatus solawatut toyyibaa tu lillah" kata Baginda SAW.

"Assalamualaika ayyuhan nabiyyu warohmatullahiwabaro katuh" sahut jawapan Nya.

"Assalamualaina wa ala ibadillah hissolihin" jawab Baginda SAW lagi.
Angkasa lepas tu belum habis lagi langit pertama

Jibrail yang memerhatikan dialog yang penuh emosi, rindu, kasih, perhambaan, keagungan, takut, harap, dan penuh ikatan antara Allah dan Muhammad SAW ini hanya mampu berkata:

"Asy hadu alla ila ha illal lah. Wa asy hadu anna muhammadan abduhu warosuluh" dalam kekaguman dan membenarkan kebijaksanaan Allah pada sebelum kejadian manusia dulu.
Apa-apa jer laahh. Janji kusyu..

Jibrail terus bersalawat ke atas Baginda SAW dan Nabi Ibrahim a.s.

Setelah selesai, Allah tunjukkan lagi rahsia kerajaan Nya kepada Baginda SAW sebelum melepaskan Baginda turun ke bumi semula.

Sejak dari hari itu, hubungan Baginda SAW dengan Allah menjadi lain. Kalau dulu, Baginda SAW menghadapi ujian ini dengan keseorangan. Dulu komunikasi hanyalah satu arah. Jibrail membawa perintah dari Allah, Baginda SAW kena ikut. Kadang-kadang, perintah itu mendapat tentangan. Kini, setelah peristiwa Israk Mikraj, Baginda SAW sudah boleh mengadu DIRECT kepada Allah SETIAP malam...

10 comments:

Gunawan Aziz said...

Assalamu 'alaikum,

Kisah bacaan tahiyyat ini akan jadi lebih cantek jika dapat disertakan rujukan, daripada mana sumber amalannya.

Jazakallah.
Wassalam.

Irwan said...

nak sumber camner, dah saya dengar pun dari bayan...

one2paii said...

pengertian jari telunjuk diangkat semasa tahiyat penuh makna dan amat besar bro..ramai yg masih x tahu..kalo dapat detail lagi bagus,masa bila jari tuh diangkat,masa bila gunanya, apa yg diiringi apabila jari telunjuk diangkat..betul x?

Irwan said...

kalau nak tau lebih lanjut, bukan kat blog ni la gamaknya tu..sila tanya ke: http://hambalialorstari.blogspot.com/

atau ke abang gunawan kita tadi...Dioranglah abang2 karkun ku

Ziarah76 said...

mintalah pertolongan dengan jalan sabar dan mendirikan solah...

Irwan said...

Abu menjawab:


memang arr tuan ziarah. tapi sebagai manusia hina yg penuh dgn riba dan maksiat, kita ni kenalah takwa, kena ada plan B kalau doa tak makbul...

Ni kang, tuan suruh saya solat dan sabar, tapi pertolongan tak sampai2. Masa tu, masa saya tengah sesak tu, sapa yang akan tolong? Mana tuan dan sedara mara? Owhh..semuanya menjauhkan diri kena racun dek setan..

Saya tau semuanya datang dari Allah. Masalahnya, orang yang TAHU pun taknak jadi ASBAB turunnya pertolongan Allah kepada yang meminta. Kita bukan wali. Tadah, makbul. Tadah makbul. Ikhtiar memang ikhtiar. Tapi kita yang dah melihat sedara dalam berhajat, kenapa tak USAHA nak tolong langsung (dunia pun tak dapat tolong, nak tolong akhirat pulak, berangan laaa korang) Instead, diorang serahkan kawan yang berhajat tu kepada Allah.

Besok, masa dia pulak mintak tolong kat Allah, Allah uji benda yang sama camana dia birakna sedara dia tadi. Masa tu mula lah persoalkan Allah punya janji.

Cakap jangan main sebarang cakap. Jangan main sampaikan ajer. main copy-paste. Kena copy, amal, paste. Kalau tak, copy, modify, paste...

hehehe

Abu

± said...

sori tetiba menyampuk kat sini wpun aku bkn in the circle

aku penah jumpa one whole list of blog2 para wali. aku cuba2 browse blog2 tu tapi nak join lepak2 tu rs rendah diri gler lagipun bahasa2 org yg lebih tinggi ilmu ni x sama dgn org golongan cam aku menyebabkan aku menjauhkan diri

tp ada certain blogs dr kalangan wali2 ni berjaya memikat org2 kebiasaan cam aku. x rasa kekok nak join. x tau sbb apa,tp itulah kelebihan mereka2 ini

Irwan said...

patutnya para wali menenangkan hati. kalau pegi blog dia dan hati makin kacau bilau, maknanya blog tu student dia yang kelola tu, jangan ambik ati sangat.

Orang inner circle takde blog-blog der...

Anonymous said...

Assalamualaikum, ana pernah dengar kisah asal tasyhud ini secara detail yg mana telah di taghribkan oleh almarhum sayyid ahmad khan al madini, amir n penanggungjawab usaha agama di madinah/ mekah.
Ketika d sidratul muntaha, Allah telah berfirman attahiyyaa tulmubarakatus...(sampai kpd) assalamualaka aiyuhannabiyuwarohmatullahiwabarakatuh.
Bila sampai kpd ayat tu, nabi saw dgn kerisauan lalu merayu dgn assalamualaina waalaibadillahisoliheen.. Ucapan ini telah menakjubkan sekalian malaikat yg berada d 7 petala langit n bumi.
Mengapa?
Dalam majlis kemuliaan pertemuaan dgn Allah, ahlullah sepatutnya dalam ke"fana'"kan seperti yg dialami oleh nabi musa as. Nabi musa as berkhalwat dgn Allah selama 40 hari. Tapi tidak bagi nabi saw, perjalanan israk mikraj telah ditunjukkan kpd nabi saw akan nasib umat, dgn ditunjukkan kpd baginda saw neraka n syurga.
Maka ketika dlm bertemu dgn Allah, dgn kerisauan baginda saw ingin terus sahaja sambung tugas dakwahnya kerana KASIH nabi kpd umat.. Dlm fikir nabi saw hanya ada KASIH UMAT.
Inilah yg menakjubkan sekalian malaikat.. Lalu semua penduduk langit mengucapkan, ashadu alla illahaillallah, mengiktirafkan akan hakikat wa ashaduanna muhammadar rasulullah.
Maka untuk ini kita dperintahkan untuk berselawat atas pengorbanan n kasih nabi utk kita, UMAT NABI SAW
Majmak bayan taghrib fikir oleh sayyid ahmad khan rata2nya menangis...
Mulianya nabi saw n umat baginda..

Irwan said...

AKHIRNYA!!!!


Terima kasih tuan Anonymous!

Saya harap tuan sudi menerjah lebih dalam lagi blog cikai saya ini dan berkongsi apa-apa info yang relevan...


Terima kasih...Subhanallah...

Lain-lain cerita berkaitan:

Related Posts with Thumbnails