Friday, October 15, 2010

Kisah Para Wali (Ahmad Khazruya dengan lilin)


Pada satu ketika, Ahmad hendak menjamu seorang tamunya. Untuk itu Ahmad menyalakan 70 batang lilin. Melihatkan layanan yang mewah itu, tamunya itu menyindirnya.

"Aku tak senang menyaksikan semua ini. Pembaziran ini tidak sesuai untuk seorang sufi"

Ahmad menjawab: "Jika demikian, padamkanlah lilin-lilin yang telah kunyalakan bukan kerana Allah"

Sepanjang malam itu tamunya tdai sibuk memadamkan lilin itu tapi tak satupun dari 70 lilin itu dapat dipadamkannya. Keesokan harinya Ahmad berkata kepada tamunya itu:


"Mengapa kau merasa hairan. Mari, ikuti aku, akan kutunjukkan hal yang benar-benar menakjubkan"


Lalu mereka pergi sampai ke pintu sebuah gereja. Ketika melihat Ahmad dan sahabatnya, pengurus gereja itu segera mempersilakan mereka masuk. Kemudian ia mempersiapkan jamuan di atas meja dan mempersilakan Ahmad makan.


"Orang yang sedang bermusuhan tidak akan makan bersama" kata Ahmad.
"Jika demikian, Islamkanlah kami" jawab ketua gereja itu. Ahmad mengislamkan mereka yang semuanya berjumlah 70 orang. Pada malam itu Ahmad bermimpi dan di dalam mimpi itu, pesanan Allah disampaikan berbunyi:

"Ahmad, engkau telah menyalakan tujuh puluh lilin untuk Ku dan kerana itu untuk mu Ku nyalakan 70 jiwa dengan api iman"

4 comments:

± said...

mudahnya ahmad khazruya mengislamkan mereka. bila dah smpai tahap wali, agaknya semuanya jadi mudah

masih memikirkan kisah ni...

Irwan said...

memang ar..tu sebab takde benda yang mengagumkan diorang selain Allah...
tapi diorang bukan suka-suka pergi Islam kan orang atau suka-suka bunuh bundak (kisah Nabi Khidir). Diorang bertindak hanya dengan perintah Allah

Fontonk said...

nice. wali boleh buat apa saja atas izin Allah. wali ini sgt zuhud kan? mereka yakin kpd Allah.

cerita wali ni bagi pengajaran

Irwan said...

senang cerita fontonk, dalam hati seorang wali, takde benda lain selain ALLAH...

Lain-lain cerita berkaitan:

Related Posts with Thumbnails