Tuesday, October 26, 2010

Interview dengan Wali (Tertinggal Kayu Sugi)

Bekelah. Bukan tempat kami keluar 3H tu


Kami sedang keluar 3 Hari di sebuah kampung yang terpencil di Pahang. Punyalah terpencil, hinggakan sumber airnya datang dari gunung. Jadi untuk aktiviti macam mandi dan membasuh pakaian, kami terpaksalah pergi ke sungai yang berdekatan dengan surau tersebut. Abang karkun sebagai amer, telah membahagikan kami kepada 2 jemaah. Satu ialah Atan, Abu dan abang karkun. Satu lagi ialah kami: brader bus stand dan aku. Jadi, sekarang ni turn jemaah kami untuk mandi dan basuh pakaian...



"Bang. Abang mesti pernah dengar pasal para wali yang boleh pergi Mekah balik hari, kan?" tanyaku pada brader bus stand memulakan perbualan.
Pun bukan gambar jemaah kami


"Pernah" jawabnya pendek. Dia sedang mencangkung di tepi sungai sedang membasuh pakaiannya. Aku pula sedang nak gosok gigi.




"Apsal?" tanyanya kepadaku, tanda dia berminat.
"Abang tau tak ilmu tu?" tanyaku. Sefaham aku, masa kami ke Mekah yang pakai ilmu lipat bumi tu, adalah kontribusi dari brader bus stand. Beliau memandang kepadaku.


"Kenapa kau nak tau?" tanya brader. Dia langsung tak menoleh padaku tapi terus menerus membasuh pakaiannya. Dia dah sampai part membilas pulak.


"Takdelah. Masa pergi Mekah haritu, saya rasa saya tertinggal kayu sugi kat tepi paip air zamzam tu" kataku ikhlas. Aku rasa bersalah sebab terlupa pasal kayu sugi tu. Bukannya sengaja nak buat point nak pergi ke Mekah balik. Aku betulbetul tak ingat pasal kayu sugi tu lepas ambik wudhuk sebab Pak Arab di belakangku sibuk tolak-tolak.


"Alah, beli jelah kayu sugi yang lain. Abang karkun kau kan ada banyak?" tanya brader. Dari raut wajahnya, nampak macam soalan terakhir ni, nak uji aku je, ni? Aku takbley fail.


"Takde la. Kang Tabligh jugakkk yang kena fitnah sebab kelemahan saya tertinggal kayu sugi kat situ..." jawabku selamba. Aku membayangkan isu-isu semasa dengan golongan tabligh yang selalu terkenal sebagai jemaah yang pengotor dan suka parking kayu sugi merata-rata tempat.


"Kalau kau nak sangat, aku boleh pergi ambilkan" kata brader sambil mengangkat baldinya dan meletakkannya di tepi. Dia bangun dan membetulkan kain basahan dan tshirt lusuh yang dipakainya. Nampak gaya macam dia nak buat terjun tiruk ke dalam sungai ni.

Buat lawak pulak brader ni.


"Boleh gak. Kalau senang nantik abang pegi ambik, k?" pintaku. Brader mengangguk sambil berkata:
"Insya Allah".
Brader terjun lebih kurang cam gambar ni

Aku memerhatikan gelagat brader yang buat gaya macam orang nak buat dive. Dah lama aku tak tengok dia melawak camni. In fact, tak pernah aku tengok dia siap buat aksi lawak camni. Biasa lawak lisan jer...Tibatiba, brader bus stand betulbetul terjun tiruk ke dalam sungai. Aku ketawa dengan lawaknya. Brader hilang dari permukaan air sungai. Ni nak buat skill menyelam masuk kat sini dan keluar kat hujung sana la, ni.

Aku pandang kat seberang sungai. Aik? Tak keluar-keluar pun brader ni? Aku mula cemas. Aku pun pergi ke tempat brader terjun tadi. Eh? Tempat ni cetek, lah. Kalau brader terjun tiruk kat sini tadi, mesti dia terhantuk kat batu yang banyak kat dasar sungai ini. Aku mencari-cari brader takut-takut dia lemas atau hanyut ke hilir ke. Tak jumpa jugak. Aku betul-betul cuak.


"Brader! Brader!" jeritku memanggil walaupaun aku tau takde sapa dan kalau brader ada dalam air pun, mana dia boleh dengar. Tapi aku terjerit-jerit jugak memanggilnya. Aku mula cemas. Apa yang aku nak explain kat amersab (abang karkun) nantik? Mesti bahu aku kena tujal ni kang sebagai denda tak jaga ahli jemaah.




"Amenda yang kau ter brader-brader tu?" suara brader. Aku menoleh ke belakang. Kelihatan brader bus stand berdiri di tepi baldinya dalam keadaan basah, sambil memegang kayu sugiku yang tertinggal di Mekah masa bulan Syawal baru-baru ni....

8 comments:

± said...

pandai brader bus stand buat lawak
bila pulak kau nak blaja skil terjun ghaib tu..

Irwan said...

cerita wali pergi ke Makkah dengan terjun ke dalam sungai itu klasik dalam himpunan cerita para wali yang ada di kawasan sekitar Rembau.

Aku suka mengangap ilmu/kelebihan ini WUJUD sebagai bukti KEADILAN Allah kepada muslim yang bersemangat nak tunaikan rukun Islam ini (tunai haji), tapi tak berkemampuan (macam orang kampung atau orang yang tersedar setelah tua dan tak berdaya)

Isu pergi Makkah pula bertujuan nak menempelak golongan yang MAMPU tapi tak pernah ada azam pun nak pergi tunaikan haji.

In all, artikel ini menempelak AKU andainya pabila aku sudah berkemampuan nantik, tapi tak tanam azam nak sempurnakan ISLAMku.

Wallahualam

± said...

baru aku faham kisahnya. maaf la kalau aku ingat kau cuba buat lawak karkun. makna yg amat mendalam di sebalik cerita rupanya..

the hidden message is like a secret password to a circle of friends.i'm not one of 'em, so i have to ask. great explanation. kurang kusut sket,heh

Irwan said...

Dark...YOU ARE AT THE CENTER OF THAT CIRCLE as of today (27th Oct 2010).

Semua artikel yang orang anggap lawak dalam blog ni punyai mesej sebegini...

Idalara said...

perlu penghayatan yg mendalam untuk memahami segala yg tersurat..

Irwan said...

tapi kepada yang malas menghayat, layan apa yg tersurat pun kira OK gak...

Idalara said...

dan pastinya akak sgt suka melayan yg tersurat sebelum dapat menghayati sepenuhnya apa yg tersirat...

Irwan said...

terima kasih, kak. Berselirat la saya lepas ni...

Lain-lain cerita berkaitan:

Related Posts with Thumbnails