Tuesday, October 26, 2010

Melayu tak suka Membaca

Ramai yang sangka mereka 'sudah baca' setelah 'membaca'

Bila anda melihat sebuah artikel dengan perenggan yang panjang dan takde penerangan bergambar, adakah terdetik di benak anda untuk mengambil tahu apakah isik kandungan artikel tersebut? Atau adakah anda akan skip dan hanya cari perkataan-perkataan yang anda anggap sebagai isik penting artikel tersebut?

Atau bila anda membuka halaman suratkhabar, adakah anda akan browse setiap kolum dan ruang dalam muka surat itu dengan sistematik atau sekadar membaca tajuk berita yang menarik sahaja? Dan bila jumpa cerita yang menarik, adakah anda membaca berita tersebut sehingga perenggan yang terakhir? Adakah anda skip beberapa perenggan yang mengandungi nama orang, tempat, alamat, nombor atau butiran lain tentang berita tersebut?

Atau bila anda membeli belah, adakah anda mengambil tahu dengan butiran tentang produk pada banner dan bunting yang digantung oleh promoter yang sedang bercakap dengan anda tanpa henti ini?
Atau adakah anda membaca fine print tentang cara penggunaan atau kandungan benda yang anda nak beli tu?
Masa kat library, kita kena pandai pilih pot yang sesuai

Semua ini adalah tanda bagaimana nak tahu samada anda ini golongan pembaca atau tidak. Membaca itu, bukanlah sekadar memahami isik kandungan sebuah buku. Atau mengetahui jalan cerita sesebuah fakta atau senario. Membaca adalah satu mindset.

Golongan yang terus membaca sebuah artikel panjang dan tak berperenggan adalah golongan yang susah nak dikencing. Kerana mereka tidak terpengaruh dengan rupa atau presentation tetapi lebih tertumpu kepada isik artikel tersebut. Dan untuk terus-menerus membaca dan menghayati sebuah artikel yang panjang memerlukan self-confidence dan daya tumpuan yang sederhana tinggi. Sifat inilah yang membezakan seorang jurutera dengan seorang Manager. Ketelitian.

Membaca pulak bukan sekadar mengeja setiap patah perkataan dalam ayat dan cuba memahami mesejnya. Contohnya ialah orang yang suka melancong juga adalah golongan pembaca. Mereka dapat membaca keadaan masyarakat, keadaan alam sekeliling tanpa perlu mengeja satu perkataan pun. Mereka dapat baca seorang pemandu teksi itu menipu atau tidak dalam meletakkan harga tambang teksinya. Mereka juga dapat membaca bahawa makanan yang mereka order tadi tu adalah masakan yang terkini atau masakan reheat.

Membaca juga berkait rapat dengan sifat mendengar. Listening. Acap kali kita membuat kesimpulan yang salah kerana kita tersalah dengar. Kita tersalah dengar sebab kita tak tumpu perhatian. Perhatian kita tidak fokus kerana kepala hotak kita sedang merewang ke tempat lain. Otak kita sedang buat apa yang dia suka. Dan dia akan dengar apa yang dia suka saja. Tu sebab agaknya walau camana pun kita dah nasihat seseorang untuk berubah, dia masih berperangai cibai jugak sebab dia memilih untuk mendengar apa yang dia nak dengar saja. Serupalah macam membaca suratkhabar tadi. Kita memilih apa yang ada kaitan dengan kita sahaja berbanding dengan sifat mengambil tahu yang sepatutnya menjadi mindset semasa membaca suratkhabar. Ni tidak, kita straight pergi ke bahagian sukan atau komik dan capai ejakulasi tanpa mukadimah atau geli-geli.

Dan kat sinilah kelemahan utama kaum Melayu. Mereka tak suka membaca. Mereka sekadar suka melihat. Dan suka menafsirkan apa yang mereka lihat berdasarkan data-data grafik yang ada dalam kepala hotak mereka yang kebanyakannya adalah salah faham sebab mereka tak suka MEMBACA. Kalau mereka membaca pun, mereka baca setakat apa yang mereka mahu saja. Dan bila sekadar baca sikit sini, sikit sana, alamat memang salah faham lah jadinya. Dah tak paham, taknak angkat tangan dan tanya pulak tu. Maka tak hairanlah ramai yang jadi Ayah Pin atau Rasul Dahri.

Banyak yang boleh kita ketahui tentang diri kita melalaui tabiat pembacaan kita. Kita tahu kita ni golongan main sebat ajer jika tak pernah pedulikan tentang ada tidaknya logo halal pada makanan kita. Kita tau kita ni seorang yang serkap jarang jika kita tak pernah peduli dengan papan tanda jalan raya. Kita tahu kita ni seorang yang cibai bila kita membaca sekadar nak cari kesalahan atau kelemahan seseorang.

Dan bila kita dah ketahui akan sifat diri kita, maka kita sudah tahu titik mula akan sebuah perubahan. Langkah seterusnya ialah untuk belajar dari pengetahuan itu atau sebaliknya. Namun kesedaran ini telah lama hilang dari bangsaku. Tak hairanlah jika satu hari nantik, Tanah Melayu ini akan tergadai sebab Melayu malas nak ambil masa dan baca isik kandungan kontrak yang mereka tandantangani. Atau berpecah belah sebab mereka berilmu dalam berhujah saja, tanpa pengamalannya.

Takde guna aku akhirkan artikel ini dengan kesimpulan jika isik kat tengah tadi korang dah skip.



13 comments:

CPFZ said...

dah baca sampai abes,
tade skip2...
hee~

FazMelati said...

hi irwan, thanx for visiting my blog, cari shoutbox tak jumpa... =(

tajuk menarik tu =))

Unknown said...

berblogging jjuga satu budaya membaca scuba,yng membezakannya ialah ada yang xmembaca,tetapi meninggalkan jejak saja di shotbox,namun ada yang membaca serta meninggalkan komen yang bernas.

Irwan said...

macam tukang komen kat aderberani tu ker? hehehe

ni entry untuk orang yg blogwalk ajer tapi tak baca:

http://akuskizo.blogspot.com/2010/10/naik-skizo-aku-berblogwalking-ni.html

± said...

cemana kau tau melayu x suka membaca? adakah bangsa lain lebih byk membaca dr melayu?
kau adalah contoh melayu yg byk membaca (dr observation aku je la) sebab byk entry kau based on ur knowledge n experience yg dah tentu dari berbagai sumber termasuk pembacaan

aku jugak x suka memuji (sebab kau x suka) tapi entry2 dlm blog kau adalah antara beberapa blog yg aku baca entrynya sampai habis

Irwan said...

dark haniff,

dalam hal mempermajukan diri, kita tak perlu tahu adakah bangsa/orang lain lebih banyak/sempurna dari kita atau tidak. Cukuplah sebagai sebab untuk mulakan perubahan, pabila mengetahui bahawa sifat yg menunjukkan kekurangan itu sudah ada pada kita.

aku maybe suka membaca tetapi nowadays, bahan bacaanku bukanlah material berbentuk tulisan. Aku percaya perkataan 'iqra' dalam surah pertama dari Allah kepada manusia itu, bukan suruh perutusan Nya yang ummi itu pergi bukak buku teks.

dan tiada gunanya jika pengetahuan yang diperoleh dari bacaan itu sekadar disimpan dan makan sorang, melainkan ia disebarkan, dengan harapan orang lain akan lebih memahami message dari Nya LEBIH baik dari kita yang UMMI ini.

Wallahualam

Gen Fujita said...

Artikel yang menarik. Cuma aku rasa kurang bernas melabelkan sesuatu berdasarkan bangsa, tapi rasanya anda pun tahu pasal tu. Apa pun, aku suka entry ni. Sekadar mengingatkan, memang ada yang tak baca tapi cuma tinggalkan mesej di shoutbox tanpa komen, tapi bukan semua. Ada juga yang baca tapi tak komen. Contoh macam aku sendiri, bukan semua entry aku perlu komen, maybe sebab kurang pengetahuan dalam bidang yang diutarakan, mungkin sebab tak nak buat spekulasi, mungkin sebab tak nak curah minyak dalam api, so aku tinggalkan saja di shoutbox tanpa komen. Ada masanya lebih bernas diam saja dari berkata-kata. :)

Fontonk said...

aku baru nk baca kesmpulan. haha
skali takada. yes, aku jenis yg baca setakuk mana yg aku mampu.
i admit it bro.
tp kalau artikel tu menark macam kisah2 teladan, ksah para sahabat, kisah benar. aku akan baca sampai habs. yehaha

Irwan said...

Gen Fujita: Aku cakap pasal bangsaku sebab aku hanya tahu pasal bangsaku. Namun, sifat tak MEMBACA itu semakin pudar, lebih-lebih lagi dalam dunia internet. Dan ia berlaku kepada semua dalam dunia ni.

Artikel ini juga bertujuan nak provoke silent readers yg menjenguk kerana aku sukakan komunikasi dan komunikasi itu sepatutnya dua hala.


Diam itu lebih baik dari berkata-kata. Benarrr..Tapi kalau orang dah mintak pendapat, buat apa diam? Kasi taruk laaaa..hehehe..Lagipun, adakah anda makan cili?

Fontonk:

Akupun cam kau gak. Benda pasala ILMU memang aku akan paksa baca sampai habis. Benda pasal pengetahuan ni, aku baca ikut nafsu jer...

Anyway, artikel ni dibuat supaya ia mencilikan bloggers dan non bloggers, malay dan non malays.

Anonymous said...

belajar banyak

Cik Kuntum said...

Sy jujur sejak follow twitter akuskizo tidak pernah gagal membaca entri beliau...cuma sy akui sy tidak pernah rasa perlu untuk komen, tp kali ni sy surrender kena komen jugak..ttg budaya membaca ni walaupun sy bukan melayu sy nak kata jugak ttg satu hakikat yg sy lihat ttg majoriti melayu iaitu mereka membaca tetapi kualiti bacaan mereka tidak membina..contoh? Melayu suka baca bahan picisan seperti majalah hiburan, cerita hantu mcm tamar jais yg bisa bikin otak fikir tahyul khurafat sbb tu melayu sukar dipisahkan dgn kepercayaan karut...majalah mastika dsb...

Kes blogwalking pulak alahai dah jd lumrah blogger penipu akan takat jenguk kejap...carik shout box or komen tanpa membaca entri...kdg2 tajuk lain dan apa yg nak disampaikan lain...tp yg malas baca tu kantoilah pasal komen based on tajuk je...dan hal ni xkan terjadi sekiranya entry yg panjang berjela tu dibbca habis.. Baru dpt lihat apa yg hendak disampaikan sbnrnya..

Cik Kuntum said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Irwan said...

Salam Cik kuntum, Terima kasih atas komen dan pemerhatian yang dikongsikan.

Sesungguhnya saya masih tersangkut dengan soalan 'kenapa' dalam bab membaca dikalangan bangsa saya ni. Tapi, setelah penat berfikir, saya akan bersangkabaik bahawa saudara mara saya ni, telah dilalaikan oleh setan...

hehehe. Tak habis-habis menyalahkan setan (orang lain)

Lain-lain cerita berkaitan:

Related Posts with Thumbnails