Petang tu Abu kusut giler. Dia kesuntukan wang. Dia betulbetul dah takde punca nak cari duit. Hutang semakin menagih. Kereta, rumah, silap-silap seluruh kehidupan nya akan punah.
Pada saat bersedih, teringatlah kembali Abu kepada Yang Maha Pemurah. Dia Yang Sentiasa Mendengar, apatah lagi keluhan ummat akhir zaman. Dia Yang Maha Bijaksana melakukan sesuatu adakalanya berlawanan dengan asbab.
Tetapi Abu bukanlah seorang yang taat. Abu ialah playboy. Usahkan sembahyang, dia tak rasa pun dia macam orang Islam. Tidak kurang ajar juga untuk mengatakan Abu pun dah tak macam Melayu. Nama pun dah pelikpelik: "Helo, saya syes jezel..."
Masa senang, usahkan yang tak nampak, benda yang depan mata pun dilanggar. Hidup ikut suka. Kepala dok pikir tahapahapa. Orang sumer kumpul reta. Abu hidup bergelumang noda.
Abu rasa malu. Kerana bila dah terdesak macam ni baru nak mengaku. Salahkan setan, tuding kat nafsu. Padahal bila diberi nikmat, sekelip mata ajer berubah. Dan mula main theory-theory 'terlupa'. Pandai bagi hujah saikotik atau falsafah. Tu sebab peringatan kalini agak parah.
Abu tertunduk pasrah selepas solat Zuhur. Dah dua hari Abu mula TERASA macam dia bersolat. Desakan duit dan lubang lama semakin mencengkam. Abu menambahkan kekusyukan berdoa...
Tetiba ada sorang brader bagi salam kat Abu. Abu berpaling. Kelihatan sorang brader kurus macam kesejukan sebab kat luar surau tu hujan. Dari muka kesiannya Abu dah tau ni mesti nak pau Abu. Abu boleh mengelak dengan mengatakan bahawa dia sendiri pun belum habis lagi doa mintak tolong kat tuhan, ni ada orang nak mintak ikram RM10 plak.
Abu memandang brader tu. Brader tu memandang Abu. Dia buat muka sedih. Abu tak pedulik brader tu kencing ke apa. Tapi kalau ye, kang, camner? Nilah ujian itu. Abu mintak ampun kepada Allah dan beristighfar dan berazam untuk taubat. Tapi masa tu dia lebih fokus kesiankan cerita brader tu yang diuji tuhan (kalau betullaaa).
Tah kenapa Abu terus jer seluk poketnya walau dia tahu, poketnya kosong. Eh? Terasa cam duit kertas. Tapi Abu tak lalai. Dia menggenggam duit kertas dalam poketnya itu (banyaklak rasanya tu! Ishhh...) dan terus memberikannya kepada brader itu. Brader itu menyambut cover duit ikhlas dari Abu. Dia cakap time kasih bebanyak. Kemudian dia beredar ke belakang dan keluar dari surau. Abu tengokkk jer gelagat brader tu. Tenang sekejap hati Abu. Tapi masalahnya masih belum selesai. Duit masih perlu dicari...
Tibatiba kedengaran bunyi orang menjerit "Subhaaanallaahhhhhh!!!" dari luar surau. Setelah semuanya reda, rupanya brader tadi pengsan setelah melihat apa yang diberikan oleh Abu tadi bernilai dekat dua ribu.
"Subhaaaanallaaahhhh!!"....
Abu pulak menjerit
1 comment:
berkat taubat ikhlas... bertuahnya abu. mesti syed jezel jeles tahap cipan
Post a Comment